Berita Yang Mengejutkan! (Update 2.09PM)

Sunday, March 14, 2010

Suhaib Shafiee ( Gambar 2006)
Beliau seorang yang ceria, suka membantu dan sedia berkhidmat untuk menolong sesiapa sahaja di sekitarnya. Ya Allah, bantulah dan rahmatilah sahabatku ini.


Afdholul Rahmn Che Ani ( Duduk berbaju Hijau sebelah kiri)


Pagi tadi 14 Mac sekitar jam 9.45 pagi saya mendapat mesej daripada saudara Numan Afifi yang menyatakan bahawa 2 orang sahabat saya Afdholul Rahman dan Suhaib Shaifee mengalami kemalangan. Saya terkejut. Afdaholul cedera ringan dan Suhaib dikatakan cedera parah. Saya sertakan gambar kereta yang mereka naik ( Sumber Gambar daripada Cikgu Saiful Rahman, MATRI, abang kandung kepada Afdholul). Menurut berita yang saya perolehi mereka berlanggar dengan pokok ketika dalam perjalanan pulang ke kem dari Kangar.



Kemas Kini 15 Mac 2010 ( 9.45 pagi)



( Dari makluman yang saya terima daripada sahabat-sahabat di tempat program, kejadian berpunca kerana mereka keletihan dan mengantuk. Dengan izin Allah SWT, mereka berlanggar dengan sebatang pokok.)



Tambahan : Suhaib merupakan seorang pelajar Kolej Teknologi Darul Naim, jurusan Diploma Komunikasi kerjasama KUIS. Kini beliau berada pada semester ke 2. Baru sahaja, selesai Peperiksaan akhir pada minggu lepas.Beliau merupakan salah seorang ahli Majlis Perwakilan Pelajar KTD 2010 yang baru sahaja dipilih melalui pilihan raya kampus KTD pada bulan lepas.



Afdholul Rahman merupakan pelajar Tingkatan 6 atas atau Marhalah Khassah yang akan menduduki Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) pada tahun ini dan beliau juga merupakan ketua pelajar MATRI sesi pengajian 2010.


Semalam, saya baru sahaja bertemu dengan mereka di Kem Pewaris 5 atau ALERT 1 yang diadakan di Bukit Ayer, Perlis. Dan selesai sahaja slot semalam, (Perasmian oleh Presiden Haluan) terus saya pulang ke Kota Bharu. Dan pagi ini, berita yang mengejutkan saya terima dari sana.


Kemas Kini perkembangan terkini 15 Mac 2010, Jam 2.09 pm


Suhaib mungkin akan dipindahkan ke Hospital Penang untuk bertemu dengan Pakar dari Pulau Pinang. Tujuan untuk "makeup fracture" di bahagian kening dan rahang yang rosak.


Kereta yang mereka naik AY ( Kereta Ustaz Mahadir MATRI)


Keadaan kereta


Terkini, jam 8.30 malam. Suhaib masih berada dalam kritikal. Bebola mata kirinya tercedera dan sedang dibedah. Keadaannya cedera serius dan memerlukan doa daripada sahabat-sahabat sekalian.


(Semoga Allah beri kekuatan kepada kedua ibu bapa dan keluarga serta sahabat handai Suhaib) Kita sama-sama doakan untuk kesejahteraan beliau. InsyaAllah



Bahagian depan kereta remuk teruk

3 comments:

BroHamzah March 14, 2010 at 7:54 PM  

Menurut Dr Noram, mata kiri beliau tidak berfungsi dan dr cuba untuk bentukan semula. Doakan

lowprof March 15, 2010 at 10:20 AM  

semoga Allah menyembuhkan mereka berdua... espeacially suhaib, mereka sanggup mengantuk demi menyampaikan fikrah... ana disini terasa rendah diri dgn pengorbanan suhaib... jika dia dah sembu, kirimkn salam ana pada die, ana rasa die x kenal ana, tapi ikatan asas akidah tidak mengenal sempadan... slm perjuangan buat shbtku...

BroHamzah March 15, 2010 at 5:02 PM  

InsyaALLAH. Doakan juga untuk Afdholul yang kini trauma dan tertekan. Doakan agar mereka berdua terus tabah, bersabar dan reda dengan musibah ini. Sebagai sahabat, sokongan dan doa kita amat diperlukan oleh mereka.

Post a Comment

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP