Santai ~ Sekitar Pewaris V @ ALERT 1

Tuesday, March 23, 2010

Para Pemuda & Pemudi Harapan Ummah



Alhamdulillah, dua minggu lepas saya sempat bersama-sama adik-adik KeARAH dalam satu Perkhemahan Kebangsaan KeARAH yang diadakan di Perlis. Saya rasa sangat-sangat gembira dan begitu teruja melihat wajah-wajah muda yang menyertai kem ini. Baru-baru ini, saya sempat bertanya salah seorang peserta mengenai perasaannya tentang kem ini. Jawapan ringkas sahaja.



" The Best Camp In The World!,"



Tahniah untuk semua yang terlibat dan berusaha keras untuk menjayakan kem ini.Semoga usaha antum diberkati Allah SWT.


CORETAN KEM @ Berita KeARAH National

Seramai 143 pimpinan remaja berserta lebih 60 fasilitator HALUANsiswa dari seluruh negara telah berkampung selama tiga hari dua malam di Eagle Park Resort & Spa, Sungai Batu Pahat untuk menghadiri ProACTIVE Leaders Retreat (ALERT) 2010 atau lebih dikenali sebagai Perkhemahan Pewaris Remaja HALUAN Kebangsaan (PeWARIS 5) di sini. Bertemakan "Singa di Siang Hari, Rahib di Malam Hari", program yang kali kelima diadakan ini menampilkan beberapa tokoh, antara lainnya Tuan Haji Mohd. Abdoh Zainal Abidin yang membentangkan kertas kerja "Youth in Islamic Renaissance", al-Fadhil Ustaz Haji Abdul Hadi Osman, "Islam and Da'wah" dan Tuan Haji Abdul Nasir Salleh, "Collective Da'wah".

Sesi Forum " Dakwah @ Dakwa"

Turut bersama dengan program tahunan Kelab Remaja HALUAN (KeARAH) Nasional ini ialah beberapa tokoh belia iaitu saudara Mohd. Fadhli Mohd. Diah (Setiausaha KeARAH Nasional), al-Fadhil Ustaz Ahmad Muhtad Yusoff (Timbalan YDP II HALUAN Kedah) dan Ustaz 'Ali 'Irfan Jamalludin (Ahli Majlis Tertinggi HALUANsiswa) sebagai panel forum yang mendiskusikan usul "Dakwah atau Dakwa?" bersama moderator, Ustaz Afdholul Rahman Che Ani. Turut turun hadir untuk berkongsi dalam PeWARIS kali ini ialah Cikgu Azmi Bahari, Ustaz Fazlon dan Cikgu Md Adi.

Jalan-jalan sambil Berdakwah @ Kangar

Kemuncak ALERT2010 ialah Ucaptama Khas oleh Prof. Madya Dr. Abdullah Sudin Abdul Rahman, Presiden HALUAN yang membentangkan kertas kerja bertajuk "Youth in Islamic Renaissance" pada Sabtu malam. Beliau kemudiannya menyempurnakan Simbolik Perlancaran Portal Rasmi KeARAH Nasional. Beliau sempat menyatakan rasa gembira beliau berhadapan dengan peserta ALERT2010 selaku pemimpin remaja di negeri masing-masing dan melafazkan harapan tinggi beliau kepada mereka untuk terus berakhlak, mendidik dan berbakti kepada masyarakat.


Mujahidah berdiri melaungkan alunan Nasyid Tema

Terdahulu, peserta dihidangkan dengan pelbagai aktiviti yang mencabar antara lainnya XPDC Utopia yang menyaksikan bandar Kangar dibanjiri dengan gelombang hitam, kuning dan putih setelah para peserta menyerbu jalan, lorong dan kedai untuk masuk berhadapan dengan masyarakat secara lebih dekat dengan jalan-jalan mencari mentee. Selain XPDC Utopia, peserta juga menjalani modul CounterStrike, Think Tank, Synergy dan Break the Ice.




Urusetia juga bersiap sedia membantu



Bakal pewaris Kepimpinan Ummah


Kenali Kelab Remaja HALUAN ( KeARAH)

0 comments:

Post a Comment

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP