Santai : Kesungguhan & Kegigihan

Friday, December 10, 2010

Potret HA : Hasil karya MusliMultimedia


Santai : Kegigihan dan kesungguhan
Oleh : BroHamzah

Suatu hari saya bersembang-sembang dengan sahabat saya, akhi Hilal Asyraf ketika beliau datang menziarahi saya di Kelantan.

“ Masa peringkat awal ana buat blog dan menulis artikel dulu, ana akan ziarah blog ke blog. Macam promosi blog ana. Sebagai medium dakwah.” Katanya.

“ Satu hari berapa blog yang anta ziarah?,” Tanya saya.

“ 300 blog,” Katanya bersungguh.

“300 blog!,” Terkejut saya. Banyaknya.

Itulah seorang insan yang saya kenal semenjak beliau tingkatan satu. Kegigihan, kesungguhan, keazaman dan tekadnya sememangnya luar biasa. Hari ini, Hilal Asyraf telah menulis banyak artikel secara konsisten di dalam blognya Langit Ilahi dan menukilkan banyak karya-karya berbentuk novel, cerpen dan buku motivasi Islami.

(1) – Dari kesungguhan dan keseriusan insan yang bernama Hilal Asyraf ini saya belajar tentang keazaman yang membulat, kecekalan yang tegar dan kegigihan yang luar biasa. Sebagai seorang sahabat dan juga individu yang pernah bersamanya – perkara inilah yang paling menonjol dalam keperibadiannya.

(2) Sahabat adalah cerminan dan juga individu pewangi yang boleh memberikan kekuatan, sokongan, dokongan dan motivasi kepada kita. Kerana itu, kita harus punyai sahabat. Bau harumannya - akan membangkitkan motivasi dan keghairahan kita dalam mengejar cita-cita dan harapan.

(3) Kegigihan, kecekalan, kesungguhan dan ketekunan adalah sesuatu yang harus dipelajari dan dilatih. Jika ingin Berjaya dalam bidang yang kita ceburi dan minati, - Kata Kuncinya ialah GIGIH – CEKAL – TEKUN & BERSUNGGUH – Adunan kesemuannya harus diuli dengan siraman air kesabaran dan keyakinan yang membulat kepada Allah SWT.

(4) Amal kita akan memperlihatkan siapakah kita yang sebenarnya?- Benar kata-kata Imam Hassan Al-Banna : “ Biarkan amal kita yang menceritakan siapakan kita yang sebenarnya.”

Kejayaan, kecemerlangan dan kegemilangan kita – memerlukan usaha-usaha yang nyata dan konsisten daripada kita. Jika kita benar-benar inginkan menggapai kejayaan, jawapannya ada disebalik coretan saya ini?

Saya lihat anda, tersenyum keseorangan. Saya yakin anda memahaminya. Tahniah! Tunggu apa lagi – gerakan kudrat anda untuk mencapainya.

Kejayaan dan kemenangan, adalah hak semua manusia dan bangsa.

Kita - saya & anda- berhak memilikinya!

2 comments:

Qawiem Khairi December 10, 2010 at 10:14 AM  

Subhanallah..

ya, tepat abg ali..
mmg ana tersenyum..
tersenyum melihat abg2 yg membawa qudwah ini..

tahniah juga utk abg ali & abg hilal..
menjdkn diri sbg qudwah utk ana berusaha naik..

BroHamzah December 10, 2010 at 3:56 PM  

Assalamualaikum wbt, -

Nta juga qudwah buat kami. Sama-sama bahu membahui/
- BroHamzah

Post a Comment

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP