Luahan : Penghargaan buat kalian

Saturday, December 18, 2010





P E N G H A R G A A N
- Buat Kalian yang sentiasa meneman -




Luahan : Penghargaan buat kalian

Oleh : BroHamzah

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh
Salam penuh kecintaan dan kasih sayang keinsanan buat semua,

Saya ingin mengucapkan jutaan penghargaan buat sahabat-sahabat, teman-teman, rakan-rakan dan semua pengunjung yang sudi bertandang ke blog saya ini.

Syukran jazilan khathiran kepada semua yang tidak jemu-jemu menziarahi dan berkunjung. Kehadiran anda semua telah memberikan makna yang sangat bererti buat blog ini.

Blog BroHamzah adalah pondok teduhan buat saya. Ia adalah pondok yang biasa-biasa sahaja. Tetapi di sinilah saya berteduh mencari kekuatan, ketenangan, kedamaian dan ketenteraman.

Pondok ini kian berseri dengan tetamu-tamu yang ramah lagi budiman seperti kalian. Kehadiran kalian memberikan suatu rahmat yang berpanjangan buat saya dan sidang pembaca sekalian.

Pondok teduhan ini berdiri teguh dengan kata-kata yang begitu memberikan sentuhan kejiwaan buat sanubari saya :

“ Sesiapa yang menghendaki kejayaan dan kepuasan dalam kehidupannya, maka dia dapat menemukannya dalam iman dan hidayahNya.Sebab kedua unsur itulah rahsia dijaganya nikmat dan kebahagiaannya di dunia & akhirat”

Buat semua, sama ada pembaca diam (silent reader), para blogger yang aktif, penyapa yang ramah mengusik, pemberi komentar artikel, para kenalan yang menghantar emel pertanyaan serta pelbagai soalan – terima kasih banyak-banyak saya ucapkan.

Di kesempatan ini, saya ingin memohon maaf andai lambat memberi maklum balas serta respon kepada emel, mesej dan pertanyaan kalian di blog, FB, emel dan sebagainya. Saya benar-benar menghargainya sebagai salah satu medium kita berinteraksi, berkomunikasi, berbincang dan berusaha mencari ilmu serta pengetahuan. Alhamdulillah.

Semoga pondok teduhan saya ini, memberikan banyak manfaat buat diri saya. Saya kongsikan ia buat kalian semua, agar kita semua mampu bersama bangkit mempertingkatkan diri menjadi hamba Rabbani.

Pondok teduhan ini adalah pondok teduhan daripada hujan panas ujian, cabaran dan dugaan buat saya. Di saat ujian melanda, di sinilah saya merenungi diri mencari kembali tujuan perjalanan diri. Pondok teduhan ini juga adalah medan untuk saya berkongsi pengalaman, kisah pengajaran dari sudut dunia yang berbeza dan ibrah-ibrah di sepanjang perjalanan saya memproses diri melalui jalan dakwah dan tarbiyah ini.

Semoga pondok BroHamzah ini juga akan meneduhi kalian. Sepertimana, saya berteduh seketika di saat berlayar di alam maya yang tiada hujung sempadan.

Sekian

Yang memerlukan doa kalian
BroHamzah

4 comments:

Qawiem Khairi December 18, 2010 at 8:15 AM  
This comment has been removed by the author.
Qawiem Khairi December 18, 2010 at 8:17 AM  

Kadang2 di pondok ini jugalah ana mendapat kekuatan..
belajar erti tidak serik kpd keletihan..
Menjd pondok persinggahan yg wajib diziarahi..

moga Allah menngukuh & mgharmoni pondok ini demi kebaikan bersama..

fatahallahu'alaik ;D

BroHamzah December 18, 2010 at 4:21 PM  

1)- MQ

Alhamdulillah, singgahan anta adalah cahaya kekuatan buat jiwa ana.

- BroHamzah

Anonymous,  December 21, 2010 at 6:31 PM  

salam..btul ~MQ~...bila saat diuji..di pondok ini utk disinggah mencari sedikit kekuatan...terima kasih atas segala perkongsian wahai insan...

Post a Comment

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP