Kuasai Pelbagai Bahasa

Friday, December 3, 2010

Dengan berbahasa, kita bergerak menguasai dunia



Kuasai pelbagai bahasa
Oleh : BroHamzah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Salam penuh keceriaan, kebahagiaan dan ketenangan. Semoga hidup saudara-saudari – sidang pembaca- berada dalam payungan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT. InsyaAllah.

Di hujung minggu ini, marilah kita perkemaskan kerja-kerja harian kita dan memantapkan keazaman dan tekad usaha untuk menjadikan hidup ini lebih bermakna dan bernilai. Kehidupan kita harus meningkat dan tertingkat. Rugi, jika kita persia-siakan kehidupan ini dan membiarkan ia berlalu begitu sahaja - amal yang lemah, dan tidak menguntungkan.

Saya sangat teruja dengan kata-kata yang saya petik daripada Blog Abu Ridhuan, Usrah Keluarga :

"Hidup ini perlu kaya dengan pekerjaan-pekerjaan yang agung dan pendek angan-angan."

Ya, kerja yang membuahkan suatu hasil untuk akhirat kita.
Kerja dan karya hidup yang nyata dan memberikan kesan kepada diri kita, jiwa dan perasaan.

Kerja yang membangkitkan rasa perhambaan kita kepada-Nya
Kerja-kerja yang qawiy (kuat) yang akan mempertingkatkan keimanan, keyakinan dan kefahaman kita kepada deen Allah SWT. InsyaAllah

Bahasa – ia penting untuk kita.

Hari ini, sekadar coretan yang bersahaja. Saya kira, saya ingin berkongsi dengan anda tentang sesuatu perkara yang bermain-main difikir saya sejak sekian lama.

Saya kini, sedang dalam usaha untuk memperkasakan penguasaan saya terhadap bahasa-bahasa di dunia. Kini, setelah 25 tahun hidup – saya telah belajar beberapa bahasa antaranya, bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Arab dan bahasa Kemboja.

Bahasa Ibunda

Saya cintakan bahasa Melayu. Ia adalah bahasa jatidiri saya. Bahasa yang kaya raya dengan makna-makna bahasa yang tersendiri dan ia adalah bahasa pertuturan dan interaksi komunikasi saya sejak kecil.

Namun, saya kira bahasa Melayu saya masih di tahap biasa-biasa. Sekadar bertutur, menulis, membaca dan – medium – perhubungan sesama bangsa Melayu sahaja. Saya berhajat untuk melihat dan merentas keupayaan penguasaan bahasa ini sehingga ia menonjol sebagai bahasa yang berupaya membawa saya untuk menguasai bahasa-bahasa yang lain.

Saya membelek-belek Kamus Dewan Edisi 4 , dan melihat perkataan-perkataan yang ada di dalamnya. MasyaAllah masih banyak perkataan yang saya tidak pernah dengar, tahu dan gunakan ia dalam pertuturan harian, penulisan dan pembelajaran. Saya teringat suatu artikel temuramah Faisal Tehrani tentang penguasaan bahasa Melayunya.

Katanya, setiap hari dia akan menambahkan satu perkataan baru bahasa Melayu yang diambil dari Kamus Dewan dan ia ingat serta dihafalnya. Itulah sebab, karya FT penuh dengan bahasa-bahasa yang unik, jarang-jarang didengari dan ia menambah banyak maklumat baru.

Itu bahasa Melayu, ia juga kaya dengan bahasa-bahasa puitis dalam puisi, sajak, gurindam dan pantun. Saya paling sukakan pantun. Dengan berpantun, kita perlu bijak dalam berbahasa dan perlu kaya dengan intonasi suku kata. Kita dalam berbahasa dalam bahasa ibunda – saya fokuskan dalam usaha meningkatkan pengkayaan perkataan bahasa Melayu. - harus ada usaha untuk benar-benar menguasainya.

Dengannya, saya mampu menulis dan mengarap bahasa dengan makna, erti dan maksud yang lebih tepat dan sampai maksud.


Ana uhibbul lughatul arabiyah

Saya mulai mempelajari bahasa Arab ketika menjejakkan kaki ke sekolah menengah. Perasaan mula-mula diperkenalkan dengan bahasa Arab, membuatkan saya takut, cuak dan bimbang.

Minda saya menyatakan bahasa ini adalah bahasa yang paling susah dalam dunia. Tetapi, persepsi saya silap. Bahasa Arab itu mudah, apabila kita setkan ia mudah. Itu pelajaran pertama saya terhadap bahasa ini.

" al-Laghatul Arabiyah Sahlun Jiddan."

" Bahasa Arab adalah Bahasa yang sangat mudah."

Emak dan Abah saya juga belajar bahasa Arab. Masa kecil-kecil dulu, emak saya tiap-tiap minggu akan ke kelas bahasa Arab. Abah saya, ke kelas sijil bahasa Arab di Nilam Puri, Kelantan. Hairan saya, kenapa perlu belajar Bahasa Arab? Penting sangat ka?

Segalanya terjawab, semasa saya menjalani proses mempelajari bahasa Arab. Sewaktu di peringkat sekolah sehingga di persediaan menara gading di universiti. Suatu hari saya bersembang-sembang dengan seorang sahabat saya, Nur Muhammad Mohd Jamil. Saya memanggilnya dengan Abang Mad.

“ Ana dulu, letak target belajar Bahasa Arab ini untuk memahami Al-Quran. Itu target ana dalam mempelajari Bahasa Arab. Anta juga kena letakan target,” Nasihatnya kepada saya.

Saya bagaikan tersentak. Betul juga. Selama ini, apa fokus saya dalam belajar bahasa Arab. Sekadar hendak dapat A atau apa?

Semasa sekolah dahulu, ramai dikalangan kawan-kawan saya kurang berminat dengan bahasa Arab. Tidak tahu mengapa?- Ada kata susah, payah, bosan dan mengelirukan. Dahulu, saya juga benar-benar tidak berupaya untuk mempelajari bahasa ini. Saya sangat lemah dalam nahu dan sorf. Sedang ia adalah tunjang utama kepada bahasa Arab.

Tetapi, saya lihat kepada seorang pendidik yang gigih dan mengajar saya bahasa Arab sewaktu tingkatan 3 iaitu Ustazah Aishah. Beliau sudah berusia, tetapi sanggup melakukan pelbagai pendekatan untuk mengajar Bahasa Arab. Maaf saya sebut, kerana kesiankan Ustazah Aishah saya tekun, memberikan fokus dan membuat latihan yang diberikannya.

Saya belajar bahasa Arab hanya kerana perasaan simpati dan kesian melihatnya. Itu sahaja. Tetapi dengan izin Allah, ia adalah titik tolak untuk saya lebih kehadapan dalam bahasa ini. Sudah lama, meninggalkan bahasa ini daripada suasana pembelajaran – hanya menggunakannya sewaktu membaca dan mentadabbur Al-Quran dan membaca Hadis.

Sekurang-kurangnya, saya belajar Al-Quran untuk ini. Namun, saya kira – ia bukannya setakat ini sahaja.Saya harus lebih menguasainya lagi – terutamanya dalam pertuturan dan penulisan!

Bahasa Ahli Syurga

Bahasa Arab adalah bahasa yang sangat indah, unik dan mudah dipelajari. [ MINDSETTING]. Allah SWT meletakan bahasa ini pada kedudukan yang tertinggi disebabkan tarafnya sebagai bahasa ilmu, peradaban, ketamadunan dan keintelektualan sejak dulu sehinggalah kini. Anda percaya ka?

Bahasa Arab, kalau tidak salah saya ia merupakan bahasa antarabangsa kedua terbesar selepas bahasa Inggeris dan ia telah menarik minat berjuta-juta orang untuk mempelajarinya sehingga wujud pelbagai kelas, kursus serta pengajian tinggi yang menawarkan program bahasa Arab.

Dan, bahasa Arab adalah bahasa Ahli Syurga. Pernah kawan saya bertanya kepada Ustazah :

“ Ustazah, kalau tidak reti bahasa Arab macam kita hendak bertutur dalam syurga nanti,”
Sambil tersenyum dan bergurau.

“ Jadilah orang BISU!,”

Improve Your English

Bahasa Inggeris adalah bahasa kedua yang saya belajar selepas bahasa Melayu, semenjak tadika lagi saya sudah belajar bahasa Inggeris. Kira-kira 19 tahun yang lalu. Wah, sudah 19 tahun saya belajar bahasa Inggeris.

Emak saya, seorang guru Sains yang mengajar dalam bahasa Inggeris. Sememangnya, dia sangat mahir dalam bahasa Inggeris. Tetapi, sayang – anaknya tidak begitu mahir dalam bahasa ini. Saya masih ingat semasa kecil, emak saya belikan pelbagai buku dalam bahasa Inggeris sehingga penuh rak di rumah. Setiap hari ada kelas intensif grammar yang perlu saya dan adik-adik buat dan selesaikan.

Kesannya, Alhamdulillah. UPSR English saya dapat A. Sedangkan sebelum itu, begitu susah untuk dapat B. (‘’,) Terima kasih emak.

Namun, semenjak ke sekolah menengah saya berjauhan dengan emak saya. Juru pandu saya dalam berbahasa sudah tiada akrab di sisi. Dan, saya kurang fokus dalam memahirkan diri dalam bahasa ini. Kesannya – saya sudah tidak lagi berusaha meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris saya.

Saya berusaha untuk menguasai bahasa ini. Kerana saya sedar, kini banyak buku yang ditulis dalam bahasa ini. Bahkan bahasa Inggeris adalah bahasa antarabangsa nombor satu di dunia. Tidak dapat tidak, menguasainya adalah suatu keperluaan.

Abah saya selalu nasihatkan saya : “ Improve your English.” – Cuba dan cuba, buat sesuatu katanya. Dan, Dr Abdullah Sudin Abd Rahman juga memberikan nasihat yang sama.

“ Anta kena tingkatkan penguasaan bahasa Inggeris, bukan sahaja kebolehan membaca, tetapi bertutur, dan menulis dalam bahasa ini.”

Merenung panjang saya memikirkannya. – Siapa ada tips ?

Bahasa Champa dan Kemboja

Dan, saya juga pernah belajar bahasa Kemboja semasa tinggal bersama beberapa orang pelajar kemboja. Tiap-tiap hari mereka bercakap sesama mereka bahasa Champa atau Kemboja. Menyebabkan saya kebingungan seorang diri. Dan saya, bertekad hendak tahu sedikit apa yang mereka cakap.

Setiap hari, saya update satu perkataan baru. Dan, Alhamdulillah boleh lah kalau hendak sapa menyapa dalam bahasa Champa. Apa khabar,? Sudah Makan?

Sok Sab Bai?
( Sudah Makan ya?]

Dai Re Tei

Aron Sok Se Dae? – [ Siapa boleh jawab pertanyaan ini?]

Itulah, sekurang-kurangnya mereka tidak boleh mempermain-mainkan saya. Tahu sedikit pun tidak mengapa. Di sini, saya belajar suatu perkara – Maha Agung Allah SWT yang menjadikan semua bahasa ini. Masya Allah, inilah Maha Besarnya Allah SWT.

Penutup – Di mana kita?

1)- Berusaha pelajari dan menguasai bahasa yang pelbagai terutamanya bahasa-bahasa yang penting untuk kita kuasai ilmu. Dan – minat untuk pupuk kesedaran ini harus bermula sejak kecil.

2)- Belajarlah Bahasa Arab . Bahasa Arab adalah bahasa yang paling mulia disisi Allah SWT sehingga menjaga diri seseorang dari kebodohan dan perselisihan. Sahabat yang mulia, iaitu Umar Al-Faruq diriwayatkan menulis surat kepada Abu Musa Al-Al-Asy’ari seraya berkata : “ Belajarlah bahasa Arab kerana sesungguhnya bahasa Arab itu sebahagian dari agama kalian.”

3)- Bahasa Arab adalah Bahasa Kaum Muslimin. Galakan mempelajarinya adalah suatu galakan yang sangat penting dan tidak boleh dipandang remeh. – Belajar suatu perkara, menguasainya suatu perkara.

4)- Bahasa Arab akan kekal buat selamanya – Telah terdapat bahasa-bahasa Dunia yang kian pupus : Antaranya bahasa Chamicuro ( Peru), Dumi (Nepal), Ongota/ Birale (Efhiopia), Tanema ( Pulau Vanikolo) dan Chemehuevi (Uteh). – Sukar untuk menemui penuturnya di seluruh dunia.

Kita akan dikatakan menguasai sesuatu bahasa apabila kita, mampu bertutur, berkomunikasi, menulis, membaca dan berfikir dalam bahasa itu.

Saya merenung jauh.- Bahasa apakah yang aku kuasai saat ini?

Bahasa Kemboja – Amat-amatlah jauh.
Bahasa Inggeris- sikit-sikit sahaja.
Bahasa Arab – masih jauh lagi.
Bahasa Melayu ?- Belum kuasai sepenuhnya, -

Bagi sesiapa yang pakar bahasa, bantulah saya untuk meningkatkan penguasaan bahasa. Hajat juga, jika dapat sharing tips, kaedah atau apa sahaja yang boleh membantu kita semua mempertingkatkan bahasa kita semua.

Kagum dengan Sultan Muhammad Al-Fateh – kuasai 7 bahasa. ( Luar Biasa!)

14 comments:

Unknown December 3, 2010 at 8:30 PM  

Teruja saya membaca artikel ini. sangat ilmiah dan membuatkan saya berfikir. Yang pasti, saya tahu bahawa mulai saat ini, saya ada sebab, tujuan serta motivasi untuk menguasai bahasa :)

BroHamzah December 3, 2010 at 8:48 PM  

1)- iqbalsyarie

Alhamdulillah, saya pun sedang berfikir bagaimana hendak tingkatkan keupayaan penguasaan bahasa. Siapa boleh bantu??--

Diri sendiri.

~ BroHamzah

hoodsunny,  December 3, 2010 at 9:25 PM  

tercampak di bumi asing membuatkan kita terpaksa berbahasa mengikut masyarakat sekeliling.

من تعلم لغة قوم , أمن مكرهم

Bahasa, penting utk para duat!

X mahu bisu di syurga nanti.

iEra NaDiRa December 3, 2010 at 10:40 PM  

Teruja belajar bahasa Arab kerana ingin faham AlQuran juga. Dan bila ada sesetengah perkataan dalam Quran yang saya faham, mulalah senyum meleret. Dan kemudian lebih bersemangat untuk menguasainya lagi. :P

Bagi saya, B.Arab lagi senang drpd B.Inggeris. Sebab masa 2 tahun belajar B.Inggeris dulu, saya masih belum mampu menulis karangan dalam bahasa tu. Sedangkan B.Arab, dalam 2 tahun saya sudah boleh, alhamdulillah.

Tapi ini pendapat saya la, orang lain tak tau. :D

BroHamzah December 3, 2010 at 11:16 PM  

1)-hoodsunny

Alhamdulillah, Allah beri peluang kepada saudari untuk Ter-campak ke bumi asing. Banyak pengalaman, ilmu dan pengetahuan.

Semoga saya juga akan ter-campak ke sana.
Dan, tidak mahu bisu di syurga!

~ BroHamzah

BroHamzah December 3, 2010 at 11:18 PM  

1)- iEra NaDira

Alhamdulillah, good sharing. Baguslah kerana berpeluang mempelajari BA. Apapun kita, boleh dan perlu untuk kuasai 2-2 bahasa Asing ini. InsyaAllah.

Syukran 'alla kulli hallin
('',)

Mukhlis Nasri December 4, 2010 at 12:38 AM  

Abg ali, Aron Sok Se Dae? itu maksudnya selamat pagikan?
Terima kasih abg Ali kerana bagi semangat kat ana nak belajar bahasa asing...

BroHamzah December 4, 2010 at 2:35 AM  

1)- Mukhlis Nasri

Ya. Tepat sekali. Cekap juga nta bahasa Kembo ini.Tahniah la, tak sia-sia abg-abg Kemboja didik antapa. ('',)

Sama-sama, insyaAllah. Jangan sebut bahasa Asing, nanti jadi lain.

InsyaAllah, ana pun sedang berusaha jugak.

Unknown December 4, 2010 at 5:04 AM  

Bahasa susah untuk dikuasai jika tiada dalam praktikal. Maka kita kena lazimkan penggunaannya dalam kehidupan dan program2 kita.

Ataupun kita selalu adakan program-program yang menggunakan bahasa-bahasa selain bahasa Melayu.

Artikel dan post dalam bahasa Arab dan Inggeris.

Wallahu a'lam. Atau bagaimana?

BroHamzah December 4, 2010 at 5:08 AM  

1)- Afdholul Rahman

Ya, betul kata anta tu. Setuju, Perlu ke arah itu.

Anonymous,  December 4, 2010 at 10:51 AM  

Assalamualaikum.
bahasa korea abang ali? :)

BroHamzah December 4, 2010 at 2:57 PM  

1)- Liveyourseoul

Walaikumusalam,
Minat bahasa Korea ke?

Jika berminat, belajar la.
Dan, sebarkan bahasa ini utk sebarkan kebaikan
~ BroHamzah

Unknown December 5, 2010 at 4:43 AM  

salam ziarah.. long time no read this site.
ni ana nak kongsi CIA language position..
https://www.cia.gov/careers/opportunities/foreign-languages/index.html
16 bahasa yg dorang perlu ada.
tu musuh kita.
kita ni sepatotnya kena azam lebih siket.
ana dah buat list bahasa yg perlu dikuasai sepanjang sepuluh tahun ni.
stakat ni :
-arab
-english
-cina
-india
-spain
-jepun
-jerman
-french

tapi kena tengok priority jgak yg mana perlu dulu.
ana belajar ni pon sbb nak luaskan rujukan ilmu.
Billai ana ma ka'a fillah (Bajau)
ana uhibbuka fillah.
for me language is one of art of life.

Anonymous,  January 10, 2012 at 5:53 PM  

assalamu'alaikum
semoga akhi ttp tsabat serta istiqamah mmpelajari bahasa2 dunia. Allah sebut dlm quran 29:69 *boleh rujuk* inshaaAllah Allah akan bantu kita mmpelajari bahasa2 ne.

sekadar kongsi, dlm mmpelajari english, perlu bnyak membaca buku2 english, spya kita terbiasa dgn perktaan2nya. krna apabila mmbaca, kita sendiri 'miming' perkataan2 tu kan, jdi sebenarnya kita sdg belajar mmpelajarinya. InshaaAllah ianya adlh satu usaha.

yg penting, trlebih dhulu kita mnta pada Allah. spya dprmudahkn utk mmpelajari dn menguasainya. inshaaAllah 40:60

sekian. wassalam

Post a Comment

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP