Manual Berfacebook - Bijak, berhemah & berakhlak

Wednesday, December 8, 2010

Fungsian aplikasi FB - manfaatkannya dengan berhemah, bijak, berakhlak dan penuh tarbawi.

Manual Berfacebook
Oleh : BroHamzah


“ Seharusnya kita perlu berikan panduan dan manual kepada adik-adik dan rakan-rakan yang melayari alam maya dan menggunakan FB ini secara jelas dan bersuluh,” Suatu hari ada seorang teman memberikan komentarnya.

“ Ya, saya setuju dengannya,” Cetus hati kecil. Saya kira, selepas saya coretkan beberapa artikel berkaitan facebook (FB) ini – Facebook, pencorak keperibadian kita?,dan FB, medium terkini menjemput jodoh? - [1] ramai juga teman-teman yang memberikan respon yang positif dan ada juga yang memberikan jelingan maya yang sinis.

Saya tidak memberikan pandangan yang berbau ekstrim dan melampau dalam soal ini. Seharusnya kita harus berpijak dibumi yang nyata dan menjadikan prinsip asas – nilai dosa dan pahala- dan merujuk Al-Quran dan Hadis sebagai asas berhukum yang utama. InsyaAllah (‘’,).

Ajakan menyebarkan kebaikan melalu FB

Saya ingin mengajak, (diri saya dan anda semua) dan menyeru agar kita semua melakukan sesuatu yang boleh memberikan impak yang sangat baik dalam ruangan maya ini. Apa kata kita gunakan FB untuk menyebarluaskan dakwah (seruan) kebaikan dan kebenaran.

Boleh ke? – Sudah tentu, boleh.

Dewasa ini, kita berada dalam arus pembangunan moden dan perkembangan teknologi maklumat yang kian pesat berkembang. Malah, kecanggihan alam maya seperti internet ini juga adalah sarana yang sangat berkesan dan mampu member impak kepada masyarakat. Mampukah?

Idea memanipulasi jaringan social sebenarnya, telah lama berlaku semenjak adanya produk-produk seperti Friendster, Myspace, Multiply, Tagged, Twitter dan terkini yang hangat diperkatakan ialah Facebook. Kebijaksanaan dan kepintaran kita dalam menggunakan setiap kemudahan, kecanggihan dan apa jua peralatan yang ada dialam maya ini, sebenarnya akan memberi manfaat yang sangat berguna kepada kita semua.

Bijak dalam mengendalikan aplikasi FB

Saya mencadangkan kepada anda yang telah memiliki akaun FB agar benar-benar membuat penilaian terhadap corak penggunaan anda dalam aplikasi FB ini. – Soal diri anda?

Sepanjang tempoh anda membuka dan mendaftar akaun FB, apakah manfaat yang telah anda perolehi? Apakah yang telah anda buat dengan menggunakan FB ini, dalam menyalurkan kebaikan kepada masyarakat di sekeliling anda? Adakah FB ini telah memberikan seribu kebaikan atau telah memberi seribu keperitan kepada anda?

Atau, bagaimana?

Saya mencadangkan, - setelah hampir setahun memiliki FB – agar marilah sama-sama kita memanipulasikan aplikasi FB ini dengan berhemah, bijak, berakhlak dan dipenuhi dengan nilai-nilai dakwah. Anda mahu? – Begini :

1)- Setiap hari sebelum menggunakan atau membuka FB anda, perbaharui niat anda bahawa anda menggunakannya adalah untuk tujuan-tujuan kebaikan dan hanya kerana Allah SWT. Niatkan ia untuk mewujudkan suatu komuniti masyarakat alam maya yang baik, harmoni dan soleh. Apabila berniat kerana Allah SWT, sudah tentu segala bentuk amalan yang akan kita lakukan – akan mencenderung kepada amalan-amalan yang Allah SWT cintai dan gemari sahaja.

2)- Hiasi dinding atau wall FB anda dengan petikan-petikan maksud yang diambil daripada Al-Quran dan Hadis. Atau boleh juga sebarkan mutiara kata yang pernah diungkapkan oleh para ulama-ulama muktabar, warak, soleh dan jernih hatinya. Saya yakin – hati kita akan tersentuh. Ruh motivasi tertingkat dan masyaAllah – rasa dekat dan hampir dengan Allah SWT. ( Bayangkan semua dinding FB anda dan rakan anda semuanya sebegitu – MasyaAllah fenomena yang sangat baik dan terwujudnya biah FB yang soleh)

3)- Kongsikan link-link blog atau website yang menarik, berilmu dan mendidik bersama rakan-rakan FB anda. Berikan komentar dan nyatakan pandangan anda tentangnya.- Wujudkan perbincangan, bertukaran pandangan dan sembang-sembang tarbawi di dalamnya. Saya yakin, kita akan perolehi banyak ilmu, perkongsian, pengetahuan dan pengalaman yang menarik.

4)- Berkongsikan (muat turun/upload) video-video berkenaan Islam, ilmu-ilmu bermanfaat, info-info yang berguna dan isu-isu semasa yang akan membawa kepada kebaikan kepada semua orang. Saya lihat, video-video berkaitan sains dan dakwah Islam banyak dikongsikan oleh rakan-rakan saya di FB. Ceramah yang segar, hidup dan penuh sentuhan hati juga memberikan banyak kebaikan kepada saya. Antara tokoh-tokoh yang saya gemari seperti, Dr Zakir Naik, Khaleed Yasin, Yusof Estes, Ahmad Deedat dan ramai lagi. Di samping, tokoh-tokoh ceramah tempatan seperti Ustaz Azhar Idrus, dan sebagainya.

5)- Gunakan aplikasi “notes” untuk menghantar artikel atau catatan perkongsian berbentuk dakwah penulisan yang menarik. Kemudian, tandakan (tag) ia kepada rangkaian rakan-rakan yang ada. Tidak perlu panjang lebar, yang penting ia mampu mengajak rakan-rakan berfikir, bermuhasabah dan menilai diri.

6)- Cipta kumpulan atau group sendiri dan jemput (invite) rakan-rakan menyertainya. Cipta kumpulan yang boleh mewujudkan diskusi yang sihat dan perkongsian ilmu yang baik. Contoh kumpulan, kami cintakan Al-Quran, Kami menyokong Palestin, Kami sayangkan kebaikan dan sebagainya. Di sini, kita perlu menjaga adab-adab bertutur dan perhubungan komunikasi antara lelaki dan perempuan sesuai dengan objektif kumpulan yang kita ciptakan tersebut.

7)- Elakan menjatuhkan kredibiliti sebagai mukmin dan daie’ dengan bermain-main kuiz-kuiz yang tidak mendatangkan faedah. – Ramalan nasib, tilikan perasaan anda, penentuan jodoh, horoskop dan sebagainya. Hal ini adalah kerana keputusan kuiz tersebut akan terpapar di wall FB anda. – Nasihat saya, buangkan segala aplikasi third party seperti kuiz, permainan dan yang seumpama dengannya. Biasanya, - sesiapa yang terbiasa dengan perkara sebegini akan terpinar dan tersihir sehingga dihinggap dengan suatu perbuatan iaitu “ketagih”. Ketagihan dengan FB, maka berhati-hatilah.

8) – Promosikan atau iklankan program-program, aktiviti-aktiviti, kem-kem, ceramah-ceramah dan sebagainya – untuk diperpanjangkan kepada rakan-rakan di FB. Letakan makluman ringkas, seperti tarikh, tempat, objektif program, individu yang terlibat, yuran dan intipati program, Boleh cipta event ini untuk manfaat bersama. InsyaAllah.

9)- Berhati-hati dengan setiap apa yang ada tulis, lakarkan, panjangkan dan lakukan di dalam FB. Bimbang sekiranya tidak peka, kita akan terjerumus ke dalam lembah dosa tanpa sedar. Saya syorkan untuk anda membaca artikel tulisan Ustaz Zaharudin ini seperti Dosa-dosa & Facebook dan Promosi Maksiat di Facebook dan Blog.[2] Semoga bermanfaat.

10)- Mengawal penggunaan FB dengan bijak dan mengutamakan apa yang utama dalam kehidupan. Seorang pengguna alam maya yang baik dan terurus kehidupannya, ialah seorang pengguna yang mampu menghadkan masa penggunaan FBnya dengan hal-hal yang boleh mendatangkan manfaat kepadanya. – Elakan daripada ketagihan yang melampau sehingga melupai daratan dan dunia realiti yang sebenarnya.

Firman Allah SWT yang bermaksud :

“ Telah nyatalah kejayaan para Mukmin. Iaitu mereka yang di dalam solat mereka, khusyu’ mendirikannya. Dan mereka itu terhadap perkara-perkara yang melalaikan, mereka menghindarkannya”[3]

Semoga perkongsian ini memudahkan kita dalam menggunakan FB dengan berpaksikan nilai-nila itarbawi yang mampu mendidik diri dan dimanfaatkan untuk sebarang dakwah kepada semua manusia.

Harapan, agar corak penggunaan FB diwarnai dengan unsur-unsur Islamik yang menyenangkan jiwa yang beriman, menggugahkan perasaan yang dipenuhi himmah dan membantu proses pembangunan keperibadian mukmin soleh.InsyaAllah.

[1] Blog BroHamzah ( http://brohamzah.blogspot.com)
[2] Blog Ustaz Zaharuddin (http://zaharuddin.blogspot.com)
[3] Surah al Mu’minun (23) : 1-3

4 comments:

Afra' Azam December 9, 2010 at 6:26 AM  

Saya setuju dengan cadangan dan pandangan sebegini.

Memang biasanya. Awal2 diniatkan utk suka2, tambah kawan, cari kawan yang lama. Dan, bajet boleh kawal masa.

Tapi bila da lama2, tak terangkat dah. Jadi ketagih. Asal dapat tengok wall tu pun dah OK.

Komunikasi mmg dah berbasi-basi dah. Mana perlu dan mana tidak. Dah tak nampak. Hentam BOLEH saja.

--

Ini sekadar pandangan berdasarkan pengalaman dan pemerhatian sahaja.

Maaf salah silap. TQ.

BroHamzah December 9, 2010 at 6:34 AM  

1)- mr IQ

Alhamdulillah, setuju. Maka sama-sama kita bumikannya.

BroHamzah December 9, 2010 at 6:37 AM  

1)- Afra' Azam

Terima kasih atas cadangan, dan pandangan. Benar kata saudara itu,

Artikel adalah ajakan untuk kita memperhalusi setiap tindak tanduk kita dalam berFB. INsyaAllah

Kita manfaatkan ia setiap ketika dan setiap masa.InsyaAllah

- BroHamzah

Post a Comment

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP