Smart Dalam Penampilan

Saturday, December 4, 2010

Bulan itu indah?

Perkongsian : Smart Dalam Penampilan

Oleh : BroHamzah

Salam sejahtera dan salam keimanan buat seluruh teman-teman yang budiman,
Semoga bangkitnya kita daripada “mati” yang sementara akan terus menguatkan keazaman dan tekad kita untuk menjadi hamba rabbani yang sentiasa memelihara hubungan hati dengan Allah SWT.

Setiap detik dan ketika dalam hayah ini, kita fikirkan sesuatu kebaikan dan bagaimana cara untuk dicintai dan dikasihi oleh Allah SWT.

Teringat satu ungkapan yang sangat mengesani saya, yang dicatat oleh adik saya – Siddiqi JR- di dinding FB nya : "Seorang mukmin sentiasa memikirkan pandangan Allah terhadapnya"

Ya, sentiasa mengutamakan pandangan dan nilai Allah SWT terhadapnya.

Neraca dan nilai Allah SWT menjadi agenda utama dalam dirinya.

Bagaimana penampilan kita?

Di hujung minggu ini, saya ingin bersembang-sembang maya dengan anda semua. Kita berbincang tentang suatu perkara berkaitan penampilan diri seorang insan. Minggu lepas, dalam mesyuarat pengurusan di tempat bekerja, ketua saya berpesan berulang kali kepada kami staffnya :

“ Kita mesti smart dalam penampilan.” – Smart, segak, bergaya, kemas dan berwibawa.

Smart yang akan membawa suatu gambaran awal, atau first impression apabila seseorang memandang dan melihat kita. Penampilan diri dan kekemasan kendiri harus dijaga, kerana ia adalah lambang kebersihan, keperibadian dan sahsiah diri.

Rasulullah SAW, adalah seorang yang sangat smart dan kemas dalam penampilan. Baginda seorang jejaka, lelaki dan pemuda yang dikatakan tersangat hensem, indah penampilannya dan sedap mata memandang.

Rupa paras Rasulullah SAW, iaitu wajahnya berseri-seri macam bulan purnama, badannya tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah, dadanya bidang, rambutnya bersikat rapi dan rambut hitam lebat jenis ikal mayang tapi tidak terlalu ikal.

Jabri Ibnu Samurah RA meriawayatkan “ Aku melihat Rasulullah SAW pada suatu malam yang terang benderang oleh cahaya bulan. Baginda memakai baju berwarna merah. Aku menatap Baginda dan memandang bulan. Sungguh, menurutku Baginda lebih indah daripada bulan."

Rasulullah S.A.W mempunyai janggut lebat, tidak bermisai, dan kedua belah matanya hitam, kedua pipinya lembut dan halus, mulutnya tebal, giginya putih bersih.

Penampilan Rasulullah,Nabi yang Allah suka iaitu merapi,menjaga dan memanjangkan janggut dan memendekkan misai. Ini Rasulullah SAW, sangat-sangat menitik beratkan soal rupa paras dan ingin sentiasa kelihatan bersih, cantik dan indah sepanjang masa.

Inilah sunnahnya. Sunnah untuk sentiasa smart dalam penampilan. Baginda juga sentiasa memakai bauan wangian yang menyegarkan dan membangkitkan rasa keselesaan.

Rasulullah SAW bersabda : “ Yang sangat aku cintai dari duniamu, adalah isteri dan haruman, Dan dijadikanlah solat sebagai penyejuk mataku.”

( Hadis Riwayat Ahmad, An Nasai dan Al-Baihaqi)

Innallah jamil, wa yuhibbu jamal : Allah itu cantik dan sukakan kecantikan.

Smart, segak, bergaya, tampan, hensem - Lelaki
Cantik, anggun, ayu, menawan, mempesona – Perempuan

Semua orang pada fitrahnya, suka kepada kecantikan. Dan, Allah SWT juga sukakan sesuatu yang kelihatan cantik, menarik dan indah. Namun, marilah kita membawa penampilan dan keterampilan kita menjadi menawan dan indah menurut nilaiaan syara’. InsyaAllah

Kita teliti aspek-aspek yang perlu kita tekankan, agar kita ini boleh dikatakan smart dan segank dalam penampilan :

(1)- Kita adalah orang yang menghiasi diri dengan akhlak mahmudah. Hati dijaga bersih dan sehingga berkilau jernih. Penampilan dalaman memberikan kesan kepada penampilan luaran. Betul tak?

(2) – Menjaga aspek kebersihan dan penampilan berpakaian. Menutup aurat, sentiasa kemas, berseterika, pilihan warna yang sesuai dan matching dengan diri kita. – Tidak semestinya untuk kelihatan kemas dan segak kita perlu habiskan wang yang banyak untuk membeli pakaian yang mahal. Yang penting, ia elok dan berkualiti untuk kulit dan diri kita.

(3)- Kebersihan diri seperti gigi, mulut, nafas, lidah dan sebagainya. Perlu dijaga. Lihatlah Rasulullah SAW sentiasa peka aspek ini. Aisyah penah ditanya, amalan yang Rasulullah SAW sangat suka. Jawabnya : “ Bersiwak!” – Menggosok gigi. Hadis ini diriwayatkan oleh Muslim.

(4)- Harum mewangi – Menjaga keharuman diri dengan memakai perfume atau minyak wangi yang sesuai. Untuk wanita – hal ini perlu dititikberatkan kerana, terdapat larangan memakai wangian yang berlebihan sehingga mengganggu ketenteraman “iman” kaum lelaki.

(5)- Bagi lelaki, rambut anda juga adalah mahkota anda. Rambut harus dirapikan, disikat dan dijaga sebaiknya. – Sebenarnya susah juga hendak jaga rambut. Setiap bulan, perlu digunting lebihan rambut yang mulai panjang menyentuh telinga. Namun, ada juga yang stlye rambutnya panjang kebelakang. Itu style masing-masing, yang penting kemas, beretika dan selesa.

P/s : Saya agak rimas tengok rambut orang lelaki yang panjang, kusut masai, dan tidak terjaga. Ramai mahasiswa begitu, kenapa ya? – Tak serabut ka?

(6)- Diri kita, adalah tanggungjawab kita. Ia adalah pinjaman pemberian daripada Allah SWT. Semoga kita semua, menyayangi diri kita dan anggotanya. – Tanda sayang ; kita peliharanya agar sentiasa berada dalam keadaan baik.

(7)- Bagi seorang wanita – kecantikan, keayuaan, keanggunan dan kesolehan terpancar apabila – auratnya tertutup dan dijaga. Konsep penutupan aurat harus difahami, disedari dan dilaksanakan dengan sempurna.

Aurat itu maksud asalnya adalah keaiban. Indahnya menjadi wanita muslimah, kerana sepanjang masa keaibannya terpelihara dan terjaga. Menutup aurat bukan sekadar, memakai tudung. Tetapi – ia harus difahami dengan konsep menutup aurat yang lebih luas, indah dan sangat bersih.

Cantik Hakiki

Penampilan luaran juga penting, tetapi yang lebih utama ialah penjagaan dalaman. Bagi sesiapa yang mementing luaran sahaja – Lihat-lihatlah dalaman anda. Hati juga perlu dijaga dan dipelihara agar ia sentiasa smart, hensem dan juga Berjaya.

Hati bersinar, bercahaya dan bersih – itulah kecantikan hakiki. Daripadanya, akan lahirlah akhlak terpuji dan sifat mahmudah yang menghiasi diri.

Itulah smart hakiki. Cantik yang harus dicari. Dan - ia perlu dicari gali agar terbit dalam peribadi.

Lelaki dan wanita yang menitik beratkan hal ini, insyaAllah akan memahami perkongsian ini. Inilah keindahan dan ke”smart”an dalam bersyariat Islam.

Tiada yang lebih indah pada ibu bapa selain anak-anak yang soleh solehah, tiada yang lebih bahagia pada seorang suami selain seorang isteri yang solehah dan tiada yang lebih bernilai pada Allah selain hambaNya yang soleh solehah.

8 comments:

Qawiem Khairi December 4, 2010 at 5:19 PM  

Salam. (",)

tiada yang lebih indah pd ibu bapa selain anak2 yg soleh dan solehah..

berusahan utk mencapainya..

ya Allah, kuatlah diriku ini utk mjd anak yg soleh sbagai hadiah buat ibu dan ayah..

Jazakallah abg ali..

BroHamzah December 4, 2010 at 5:45 PM  

1)- MQ

Hadiah dan anugerah buatmu yang tersayang.
Yang sentiasa bermain dijiwa.
Katkala - hati ini benar-benar direndam rindu yang berpanjangan buat 2 insan yang sentiasa hidup disanubari ini.

BroHamzah

Isyraf Imrani December 5, 2010 at 12:42 AM  

Syukran atas entri ini BroHamzah

BroHamzah December 5, 2010 at 1:04 AM  

1)- Isyraf Imrani

Afwan, semoga kita boleh bumikan dan operasikan ia dalam kehidupan ini.

Syukran atas coretan
~ BroHamzah

.::: mr IQ :::. December 5, 2010 at 5:35 AM  

ana tau contoh terbaik utk diikuti... (org plg smart kt KTD).... Abg Ali Irfan namanya... huhuhu

BroHamzah December 5, 2010 at 7:16 PM  

1) Nur Najihah

Alhamdulillah, semoga Allah reda.
Mari kita bumikannya.

~ BroHamzah

BroHamzah December 5, 2010 at 7:18 PM  

1) mr IQ

Nta silap, kat KTD ada yang lebih smart iaitu KE sendiri. Dan yang seterusnya ialah - mr IQ

BroHamzah

Post a Comment

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP