Pensil Terbaik

Tuesday, December 21, 2010

Pensil - Lakaran mampu mengubah dunia!


Pensil Terbaik
Oleh : BroHamzah

Salam penuh keimanan dan kesejahteraan buat sidang pembaca. Semoga kita dalam redha-Nya.
Saya mulakan bicara hari ini, dengan sebuah perkongsian.

Ada sebuah kisah dan cerita.

Seorang pembuat pensil baru sahaja menyelesaikan tugasnya mencipta sebatang pensil di kilangnya. Tiap-tiap hari, pekerjaannya adalah mencipta dan membuat pencil untuk kegunaan orang ramai.

Pensil yang diciptakannya itu, akan dibuat dengan penuh ketelitian, penuh kesungguhan dan ketekunan. Dia inginkan, pensil itu adalah pensil yang bagus, baik dan terbaik!

Si pensil begitu bersemangat untuk menjalani kehidupannya sebagai sebatang pensil. Ia teruja untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kelak. Berkhidmat sebagai sebatang pensil yang bermutu dan disukai ramai.

Sehinggalah, si pembuat pensil sedang membungkus pensil itu untuk disusun di dalam kotak untuk diedarkan ke pasaran dan ketika itulah, si pembuat penulis memberi nasihat kepada pensil itu.

Katanya : “ Wahai pensil, kamu ingatlah pesanan aku ini agar kamu boleh menjadi pensil yang terbaik.”

“ Pertama, untuk menjadi pensil yang terbaik kamu mesti membenarkan diri kamu untuk berada dalam genggaman seseorang.”

Pensil mendengar dengan penuh khusyuk.

“ Kedua, apabila berlalunya masa kamu akan menjadi tumpul dan ketika itu, kamu perlu bersedia untuk mengalami kesakitan dan kepedihan apabila diasah agar kamu kembali tajam.”

“ Ketiga, bahagian anggota kamu yang paling berharga dan bernilai ialah bahagian dalaman kamu. Bahagian inilah yang akan menentukan berkualitinya diri kamu atau tidak. Karbon dalam diri kamulah yang akan menjadikan kamu pensil yang berkualiti atau sebaliknya.”

Pensil tetap setia mendengar pesanan si pembuatnya.

“ Keempat, kamu juga harus bersedia untuk memadam segala kesilapan-kesilapan yang telah kamu lakukan dengan segera.”

Si pembuat pensil berhenti seketika, sambil merenung tajam kepada pensil.

“ Dan yang terakhir, kamu perlu ingat di atas permukaan apa pun, sama ada lincin, kasar, tidak rata atau sekata kamu perlu meninggalkan kesan dan bekas. Kamu harus melakukan tugas kamu dengan nyata dan jelas sebagai sebatang pencil. Biar pun sukar, kamu mampu melakar dengan baik! ”

Pensil terdiam. Dia membiarkan dirinya dibalut dan dibungkus di dalam kotak. Ketika itu, dia berazam untuk menjadi pensil yang terbaik.

Saya lihat, wajah anda berkerut kehairanan. Betul tak? Sebenarnya saya hajat - sharing dengan anda. Saya ingin kongsikan sesuatu dengan anda. Sebuah analogi yang baik untuk sama-sama kita renungi.

Mari kita letakan diri kita dalam situasi si pensil itu. Jika pensil itu adalah pensil yang terbaik, ia perlu melakukan apa yang telah dipesankan oleh si pembuat kepadanya itu dengan nyata dan bersungguh-sungguh.

Apa kata kita letakan situasi analogi itu kepada diri kita. Untuk menjadi manusia yang terbaik, kita perlu melihat nasihat dan pesanan si pembuat pensil itu dalam presepsi dan sudut pandang kita sebagai insan, manusia dan hamba.

Manusia yang terbaik

Kita jadikan analogi diatas sebagai panduan dan kita reflekkannya kepada diri kita.

Pertama, untuk menjadi manusia yang terbaik kita perlu berada dalam genggaman Allah SWT. Kita perlu berada dalam naungan dan membenarkan diri untuk meyakini, mengimani, mematuhi dan mentaati-Nya sepenuh jiwa dan hati.

Firman Allah SWT :

“ Katakanlah (Muhammad) : “ Apakah (patut) aku mencari tuhan selain Allah, padahal Dialah Tuhan bagi segala sesuatu. Setiap perbuatan dosa seseorang, dirinya sendiri yang bertanggungjawab. Dan seseorang tidak akan memikul beban dosa orang lain. Kemudian kepada Tuhanmulah kamu kembali, dan akan diberitahujan-Nya kepadamu apa yang kamu dahulu kamu perselisihkan.” [1]

Kedua, untuk menjadi manusia yang hebat dan tabah kita sebagai manusia perlu menahan kepedihan apabila diasah dan diasak dengan ujian-ujian, dugaan dan cabaran yang Allah SWT berikan.

Firman Allah SWT :

“ Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “ Kami telah beriman,” dan mereka tidak diuji?” [2]

Ketiga, untuk menjadi manusia yang terbaik – seseorang itu perlu memiliki bahagian dalaman yang terbaik. Apakah bahagian itu?

Ia adalah hati. Hatinya perlu dipenuhi dengan keimanan kepada Allah, ia sentiasa memelihara hubungan dengan Allah SWT dan hati itu ia sangat bersih, jernih, bercahaya dan berkualiti.

Keempat, untuk menjadi manusia yang terbaik – seseorang perlu bersedia memadam segala kesalahan-kesalahannya yang bertentangan dengan syara. Dosa dan maksiatnya harus dihapuskan dengan linangan air mata taubat. Ia perlu sentiasa bertaubat dan memperbaharui taubat.

” Katakanlah, “ Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah SWT. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang.” [3]

Dan yang terakhir iaitu yang kelima,

Untuk menjadi manusia yang terbaik, kita perlu menzahirkan amalan kita walau apa pun situasi dan keadaan dengan keikhlasan, keimanan dan keyakinan yang membulat kepada Allah SWT. Manusia yang terbaik, akan memberikan kesan dan pengaruh terhadap suasana di sekelilingnya.

Penutup : Komentar seorang hamba

(1) – Semua manusia berhajat, berkeinginan dan menyimpan hasrat untuk menjadi terbaik. Namun, hanya segelintir sahaja yang bergerak dan bersungguh menuju jalan-jalan yang akan mendekatkannya kepada tangga kejayaan untuk menjadi yang terbaik.

(2) – Pensil dan manusia adalah 2 unsur yang berbeza. Namun analogi diatas mewujudkan persamaan yang sangat mengena. Saya termenung panjang apabila memikirkannya. Syukran kepada sahabat saya, a Faizal Kaze atas perkongsian semalam mengenai kisah di atas.[4]

(3)- Jika kita lihat, untuk menjadi terbaik ia kembali kepada diri kita dan perubahan yang harus kita gerakan. Memang benar, jika ingin kan yang terbaik kita harus melakukan perubahan, untuk melakukan perubahan kita harus berkorban. Pergorbanan itu benar-benar diperlukan untuk menjadi yang terbaik!

____________________

[1] Al-An’am (6) : 164
[2] Al-Ankabut (29) : 2
[3] Az-Zumar (39) : 53
[4] Pertemuan bersama-sama teman 20 Disember 2010

17 comments:

affendik? December 21, 2010 at 7:29 AM  

karangan autobiografi - 'aku sebatang pensel' ^^

BroHamzah December 21, 2010 at 7:38 AM  

1)- affendik?

Cubaan pertama, dalam gaya keseniaan bersahaja bermazhabkan penulisan separa moden.

BroHamzah

QurrataQalbiey December 21, 2010 at 1:00 PM  

minta copy artikel ni untuk menghilang dahaga jiwa2 yang kehausan =)

BroHamzah December 21, 2010 at 2:55 PM  

1)- QurrataQalbiey

Dipersilakan. Syukran atas usaha saudari

.::: mr IQ :::. December 21, 2010 at 4:18 PM  

hmm... penulisan separa moden... huhuhu

WildFlower December 21, 2010 at 10:55 PM  

nak copy ye. bagus cerita ni untuk diri sendiri dan anak2 murid :)

BroHamzah December 22, 2010 at 6:01 AM  

1)_ Nur Najihah

Dipersilakan, insyaAllah.
Terima kasih atas usaha anda

BroHamzah December 22, 2010 at 6:03 AM  

1)- mr IQ

Ya, 1 istilah baru

BroHamzah December 22, 2010 at 6:05 AM  

1)- RoSensei

Dipersilakan.InsyaAllah

ong ong kedek kedek December 22, 2010 at 6:45 AM  

Salam ukhwah dan salam kenal...

Nice entry... analogi yg cukup menarik...gua baru terfikir...

BroHamzah December 22, 2010 at 7:23 PM  

1)- HASRUL NIZAM

Salam ukhuwah juga, salam taaruf buat saudara juga. Ya, analogi ini banyak menyedarkan kita.

Alhamdulillah.

Ibn_Sina95 December 25, 2010 at 7:13 AM  

lepas ni, aku sebuah ppemadam. Boleh, brohamzah??

BroHamzah December 26, 2010 at 7:25 PM  

1)- Ibn_sina95


Boleh saja. Silakan pemadam yang tahap kekenyalannya di tahap tertinggi.

Anonymous,  December 28, 2010 at 6:48 AM  

aku sebatang pensil. sgt simple analoginya tetapi sangat tersirat maksudnya. x pernah pula terlintas ibrah dr sebatng pensil.sgt kreatif. jazakillah.

فراس الزهرأ February 18, 2011 at 9:23 AM  

subhanallah.
pujian bagi ALLAH yang menyediakan analogi tersendiri buat peningkatan taqwa hambanya.

mabruk!
akh teruskan memintal seni dakwah.

firas az-zahra'

BroHamzah February 18, 2011 at 3:25 PM  

1)- Anonymous

Alhamdulillah, saya dapat pun ini daripada perkongsian sahabat saya.

Sharing is CARING.
BroHamzah

Post a Comment

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP