Motivasi : Aktifkan Subuh Anda!

Sunday, December 12, 2010


Udara Subuh yang hening, sentiasa menggugah perasaan perhambaan



Motivasi : Aktifkan Subuh Anda!
Oleh : BroHamzah

Salam penuh kebahagiaan dan ketenangan yang dipayungi oleh keimanan dan keyakinan yang sepenuhnya kepada Allah SWT.

Salam ceria penuh himmah buat semua.- Semoga kita semua, terus menerus berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah SWT.

Alhamdulillah, saya kini berada dalam mood yang sangat ceria, bersemangat dan penuh bertenaga. Baru pulang dari Kuala Lumpur , menempuh permusafiran yang sudah tentu meletihkan dan sebagainya. Tetapi, lain pula jadinya – pagi ini saya bangkit dengan penuh rasa perhambaan, kesyukuran dan dipenuhi ruh himmah yang membara.

Tidak tahu mengapa, setelah diselubungi kepenatan, keletihan dan kelesuan untuk beberapa hari. Rupa-rupaya, Allah SWT mengantikannya dengan suatu perasaan yang luar biasa kepada saya saat ini.

Ya, L U A R B I A S A!

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.

Jom terus bersemangat, aktif, dinamik, dan teruskan kerja-kerja kita. Gerakan segala kudrat dan tenaga. Kita jadi mukmin yang sentiasa tersenyum, mengerakan segala fikiran dan fokus kita kepada suatu yang tinggi dan mulia iaitu : Hasrat yang tinggi untuk menjadi Hamba Rabbani!.

Amalan dan aktiviti selepas Subuh

Hari ini, hati saya tergerak untuk berkongsi dengan anda berkaitan komentar salah seorang teman berkaitan dengan artikel saya yang bertajuk “ Bangun Subuh Awal”. – Syukran atas pertanyaanya, katanya itu sebelum subuh. Tetapi, biasanya selepas subuh kita akan menyambung semula bab-bab mimpi kita sebelum subuh. Jadi, bagaimana hendak elak tidur selepas Subuh?

Saya kira, ini soalan yang sedang bermain-main difikiran kita semua. Saya boleh menggagaknya. Betul tak?

Ya, saya melihat anda tersenyum dan mengangguk kepala dengan begitu tenang sekali.

Selepas Subuh : Apa manfaatnya?

Seringkali kita tertanya-tanya apa yang boleh kita buat selepas Subuh? :- Bagi saya, kita boleh manfaatkan waktu selepas solat subuh ini dengan mengisinya dengan amalan-amalan dan aktiviti-aktiviti yang boleh mengaktifkan, mencergaskan dan menggerakkan tubuh badan kita.

Fokus saya ialah ayuh kita cari sebab untuk memanfaatkan suasana selepas solat Subuh. – Selalunya apa yang kita buat selepas subuh?

Eh, ramainya terdiam tunduk.

Ya, saya tahu ramai dikalangan kita memilih untuk kembali dan menyambung untuk meneruskan mimpi yang indah-indah. Wah, enak gitu. Bagi saya tidak salah. Ya tidak salah. Berkemungkinan kita keletihan dan kepenatan.

Tetapi, bagaimana jika ia adalah tabiat? – Itu boleh jadi keaiban. Betul ka? Wallahu’alam, kena tanya yang pakar.

Dan mungkin ada dikalangan kita, jika berada dinegara-negara yang waktu selepasnya Subuh begitu panjang sebelum terbit matahari – sekitar 3-4 jam. Maka wajar baginya untuk mencukupnya rehatnya. – Saya tidak berhajat memfokuskan kepada ini.

Kita punyai pilihan.

Saya ingin mengajak dan mengesyorkan untuk kita mencari pilihan-pilihan untuk kebaikan dan manfaat kita bersama. – Kita memilih untuk meneruskan hari kita dengan berpagi-pagian yang lebih indah, segar, hidup dan mendamaikan. Ya – kita terus AKTIF seusai subuh dengan pelbagai aktiviti dan amalan yang soleh dan baik. InsyaAllah.

Sekiranya, kita ada aktiviti untuk dilakukan selepas subuh, insyaAllah kita boleh gerakan minda dan fizikal untuk melakukannya agar kita terus ceria aktif dan kekal bersemangat.

Apa yang kita boleh buat selepas subuh? ( Dalam konteks, Malaysia) :

(1) – Selepas Subuh, kita digalakan untuk berzikir – memuji, memuja dan mengingati Allah SWT. MasyaAllah, terasa terisi dengan ruh ketenangan, kedamaian, dan keasyikan. – Kemudian diteruskan dengan menatap Mashaf Al-Quranul Karim. InsyaAllah, kita boleh jadikan ia amalan harian kita. Kuat rasanya hati dan mantapnya hubungan dengan Allah SWT – kerana jiwa dan hati bersih, jernih dan putih sentiasa. Firman Allah SWT yang bermaksud : “ (iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” [1]

(2) – Satu, lagi satu amalan yang sangat baik yang boleh kita jadikan amalan ialah membaca dan menghayati zikir al-Mathurat. Salah satu zikirnya yang sangat mengisi jiwa saya ialah : “ Kami berpagi-pagian dalam fitrah Islam, dan kalimat ikhlas dan dalam agama nabi kami, Muhammad SAW , dan dalam ajaran bapa kami Ibrahim yang hanif sedang dia bukan seorang musyrik.” Maksud Zikir Al-Mathurat. [2]

(3)- Waktu Subuh juga, sangat baik untuk kita : - kita membaca buku, mengulangkaji pelajaran dan menelaah kitab-kitab untuk memantapkan aqal dan fikiran. Kita boleh peruntukan masa sekitar 30 minit untuk itu. – Tetapi, hendak membaca saat ini adalah sangat mencabar bukan? – Mengantuk sangat! : Apakah formulanya? - Kata seorang teman, tidur saja la. Hmm

(4) – Saya ada pilihan selepas Subuh – menulis artikel dan mencatat sesuatu di dalam buku perancangan harian. Menulis diwaktu Subuh, sangat membahagiakan. Saya cuba gerakan larian tangan dihadapan laptop selepas Subuh. Alhamdulillah – ia sangat memberangsangkan. Ketika ini, idea datang mencurah-curah. Laju sahaja, taipannya. Syukran, Hilal Asyraf atas nasihat anta tempoh hari.

(5)- Selain itu, kita boleh melayari alam maya. Mengemaskinikan blog, menyemak email yang bertandang ke peti emel kita, mendapatkan maklumat serta berita-berita terkini di website akhbar-akhbar online dan sebagainya. – Banyak rupanya yang boleh kita buat.

(6) -Sekiranya hujung mingggu, kita boleh berekreasi, bersenaman, berjogging dan membawa sahabat-sahabat, keluarga dan kaum kerabat bersiar-siar ke taman. Ketika itu, rasakan sesuatu yang sangat luar biasa. – Cergas, ceria, hubungan silaturahim yang harmoni dan kita sendiri pun menjadi bermotivasi.

(7)- Dan – sebenarnya banyak lagi. Mungkin sahabat-sahabat teman ada cadangan. Boleh kongsikan dan usulkan di sini. InsyaAllah.

Penutup

Dalam satu hadith diriwayatkan bahawa Rasul telah berdoa kepada Allah supaya memberkati umatnya yang berpagi-pagian. Sabda Nabi:

باكروا الغدو -أي الصباح- في طلب الرزق، فإن الغدو بركة ونجاح

Maksudnya: Berpagi-pagilah (subuh) dalam mencari rezeki,sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah keberkatan dan kejayaan. [3]

Rasulullah SAW, sangat menyukai sekiranya kita – mengaktif- pagi-pagi kita dengan usaha-usaha dan gerak kerja mencari rezeki.

Disebalik semua ini, adalah keberkatan yang akan memayungi kehidupan kita dan menghampirikan diri kita dengan kejayaan-kejayaan yang diimpikan.

Ayuh, kita cuba aktifkan diri selepas Subuh. Mungkin kita buat secara bertahap-tahap. Atau kita letakan azam untuk menjadikan ia sebagai amalan bersempena keazmanan ma’al hijrah ini.

Terpulang kepada anda. Itu hak anda.

Tugas dan peranan saya mengajak, menyeru dan berkongsi sebagai DAYA TOLAK utama buat diri saya sendiri. Dan juga sebagai perkongsian untuk ajak para pembaca untuk sama-sama menjayakannya.

A K T I F K A N D I R I :- Tarbiyah untuk terus maju!

[1] Al-Quranul Karim, Surah Ar-Ra’d (13) : ayat 28
[2] Zikir al- Mathurat, Susunan Imam Hassan al-Banna
[3] Hadis Riwayat at-Tabarani dalam al-Awsath

8 comments:

Qawiem Khairi December 12, 2010 at 5:55 PM  

Allahuakhbar!

terasa cergas hari ini.. (",)

BroHamzah December 12, 2010 at 6:00 PM  

1)- MQ

Takbir! - Cergas dan cerdas.
- BroHamzah

sfatimahzj December 13, 2010 at 12:43 AM  

tinggal untuk pratikkan sahaja...

BroHamzah December 13, 2010 at 4:51 AM  

1)-Sfatimahzj

Ya, begitu sukar sekali.
- BroHamzah

Humayra' December 14, 2010 at 4:29 AM  

hm.. tips untuk tak mengantuk kalau study pagi-pagi apa ya? kadang-kadang, bersemangat untuk belajar lepas subuh, tapi tumbang semula, tertidur atas buku pula..

BroHamzah December 14, 2010 at 7:35 AM  

1)- Humayra'

Cadangan seorang shbt - Buat apa yang kita suka, minat dan penuh semangat.

Syukran

فراس الزهرأ February 6, 2011 at 1:06 AM  

teringat kata-kata ibnu 'athoillah.
-ketika pagi tiba,orang yang lalai akan berfikir apa yang dia akan lakukan. orang bijak akan berfikir apa yang ALLAH sediakan untuknya-

wallahu a'lam

BroHamzah February 6, 2011 at 2:02 AM  

1)- Firas Az Zahra'

Syukran. Ingatan buat jiwa ini. Alhamdulillah

Post a Comment

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP