Santai : Merokok Sehingga Mati

Sunday, December 5, 2010

Rokok, asap, dan bau - " Sangat-sangat tidak menyelesakan!"


Santai : Merokok sehingga mati
Oleh : BroHamzah

Seorang ibu sedang melihat anaknya yang sedang meningkat dewasa - asyik menghisap rokok dihadapannya. Ibunya melihat dengan jiwa dan hati yang resah.

Puas dia menasihati dan memarahi anaknya itu. Tetapi tidak berhasil. Lalu ibu tersebut memandang kepada suaminya yang juga merangkap jawatan sebagai ayah kepada anak lelakinya.

“ Abang, cubalah nasihat anak kita tu, sudah berbuih mulut saya menasihatinya,” Kata ibu itu kepada suaminya.

“ Ala, biarkanlah. Biar dia merokok sehingga mati,” Katanya selamba sambil menghembuskan asap rokok keluar dari mulutnya.

Merokok sehingga mati

Merokoklah sehingga mati, agar dicatat faktor utama kematian kita kerana masalah jantung. – “ Jantung tidak berfungsi lagi.”

Merokoklah sehingga mati, agar dikenali oleh semua makhluk di dunia dan di langit sebagai pengemar rokok yang hakiki.

Merokoklah sehingga mati, agar duit yang selalu dibakar itu dapat diguna pakai untuk program pembangunan diri, bukannya membazir sehingga lupa diri.

Merokoklah sehingga mati, agar teman-teman disekelilingi tidak lagi terganggu keselesaan diri dengan bau-bau busuk, jijik dan keji.

Merokoklah sehingga mati, agar diri dinobatkan sebagai insan yang punyai komitmen dan beristiqamah dalam amal ini.

Merokoklah sehingga mati,ia memberi tanda yang tersendiri bahawa himmah dalam hati sudah mati dan lemah jatidiri.

Eh, merokok sehingga mati atau merokok sampai mati?

Catatan :

1)- Maaf andai coretan ini menguris hati dan sanubari bagi sesiapa yang membacanya. Catatan santai ini, sebagai suatu luahan dan cetusan hati.

2)- Sejujurnya, saya sangat anti kepada “bau” rokok. Pernah diajak menghisap rokok semasa darjah tiga. Saya batuk-batuk dan sesak nafas dibuatnya. Dengan izin Allah SWT, saya terus boikot rokok dalam hidup.

3)- Terdapat 2 golongan yang saya hilang rasa hormat atau respect sekiranya menghisap rokok. Pertama, Golongan agamawan iaitu ustaz-ustaz, tok-tok guru, dan para sheikh-sheikh. Dan kedua, golongan doktor,yang begitu arif soal perubatan dan kesihatan.

Rokok, - begitu istimewakah kamu?

16 comments:

BroHamzah December 5, 2010 at 10:01 PM  

1)- Anisa Hang Tuah

Is best?

Anonymous,  December 5, 2010 at 11:50 PM  

Salam,

ustaz saya pun benci giler rokok dan org yg menghisap rokok & sekutu-sekutu nye....

HaDi December 6, 2010 at 12:05 AM  

Salam...

Ana juga tidak suka kepada bau rokok..
Pengalaman dpt rumate perokok mmg spt satu penyiksaan..nikmat keselesaan di tarik balik...

BroHamzah December 6, 2010 at 12:18 AM  

1)- nordaily

Kita benci kepada rokok dan sikap merokok. Bukan benci kepada si pelakunya. Semoga Allah SWT memberikan hidayah.

BroHamzah December 6, 2010 at 12:20 AM  

1)- HaDi

Wassalam, 1 penyeksaan. MasyaAllah. Kena maklumkan kepadanya. Semoga dia sedar.

.::: mr IQ :::. December 6, 2010 at 1:18 AM  

artikel yg sy tulis lagi kejam... huhuhu..
setuju dgn Brohamzah...

Isyraf Imrani December 6, 2010 at 2:14 AM  

Betul2, saya pun tak suka dengan bau rokok dan asap rokok.

Protokol Yahudi yang ke-10

ada 8 perkara (4S dan 4F)

4S - 1. Song
2. Sex
3. Screen
4. SMOKE

4F - 1. Fun
2. Female
3. Fashion
4. Food

(kalau salah tlg betulkan ya)

BroHamzah December 6, 2010 at 2:38 AM  

1)- mr IQ


Mana yang artikel yg anta tulis?- Ana hendak melihat kadar kekejamannya.

BroHamzah December 6, 2010 at 2:38 AM  

1)- Isyraf Imrani

Syukran atas perkongsian dan maklumat saudara.
BroHamzah

sfatimahzj December 6, 2010 at 4:19 AM  

setuju sesangat nom 3 tu..
diri jadi tak selesa kalau ada orang ngh hisap rokok

BroHamzah December 6, 2010 at 4:27 AM  

1)- sfatimahzj

Ya, kurang selesa.
Bau dan asap yang menyesakan.

- BroHamzah

Anonymous,  December 6, 2010 at 6:55 PM  

maaf, saya salah, kita x berhak untuk membenci sesama manusia, tapi kita berhak membenci perbuatannya yg salah itu....terima kasih teguran ustaz....

BroHamzah December 7, 2010 at 11:31 PM  

1)- nordalily

InsyaAllah. Sayangi sesama manusia, dengan kasih sayang kerana Allah SWT.

- BroHamzah

.::: mr IQ :::. December 10, 2010 at 7:24 AM  

to brohamzah...
kalau nak baca tengok la kat blog ana... huhuhu

BroHamzah December 18, 2010 at 7:17 AM  

1)- mr IQ

Ana dah baca, menarik dan tertarik. Kupasan anta itu sangat-sangat memedihkan jiwa si perokok

Post a Comment

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP