Cahaya Kegembiraan

Sunday, December 19, 2010

Cahaya itu, sinarnya terang memancar menyerikan wajah yang tersenyum riang

Cahaya kegembiraan
Oleh : BroHamzah

Salam penuh keimanan buat semua, mohon maaf perkongsian pada hari ini lebih kepada perkongsian peribadi. Tetapi saya berhajat ingin menukilkannya di pondok dan warung teduhan saya ini.

Hari ini, jiwa saya tersenyum senang. Hati begitu tenteram disapa lembut tiupan udara kenyamanan. Setelah bercuti 2 minggu, hari ini saya memulakan kerja di pejabat seperti biasa. MasyaAllah, banyak kerja perlu diselesaikan S E G E R A tetapi Allah SWT mempermudahkannya. MasyaAllah, satu per satu kerja selesai dengan keizinan dan ketentuan-Nya.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Hari ini, juga Allah sinarkan hidup saya dengan cahaya kegembiraan. Mendapat 2 hadiah yang sangat-sangat melapang jiwa saya.

Hadiah pertama

Sebentar tadi , emak tercintai menghantar mesej kepada saya :

“ Salam, Hamzah baru habis kem tahfiz. Dia berjaya selesai hafaz juz’ amma. Dia dapat hadiah peserta terbaik lelaki. Alhamdulillah. Doakan satu hari nanti dia jadi tahfiz.”

Saya membalas mesej itu dengan :

“ Takbir!!.”

Hadiah kedua

Dan, hari ini juga saya mendapat satu bungkus hadiah. Hadiah berupa buku yang menarik dan sudah lama saya cari.

(1) Tajuknya, How To Win Friends And Influence People, hasil tulisan Dale Carnegie
(2) Keduanya, Men Are From Mars, Women Are From Venus, hasil karya John Gray.

Alhamdulillah. Syukran (‘’,). Terima kasih kepada yang menghadiahkannya kepada saya.

Semoga limpahan cahaya ini akan terus meneduhkan jiwa saya dengan kekuatan, keazaman dan usaha tekad yang lebih gigih untuk mempertingkatkan diri.

Penutup – Komentar seorang hamba

(1)- Al-Quran adalah kekuatan dan sumber motivasi terkuat seseorang muslim. Menghafal Al-Quran dan mengamalkannya adalah salah satu impian saya yang sedang diusahakan. Adik saya, Hamzah adalah seorang yang tekun dan gigih menghafal Al-Quran. Walaupun baru berusia 11 tahun, dia sangat cepat menguasai ilmu-ilmu Al-Quran. Alhamdulillah

(2) – Antara hadiah yang sangat saya sukai ialah buku. Buku adalah peneman hidup saya, tanpanya saya merasai satu kelompongan dalam kehidupan. Setiap bulan, saya ke kedai buku – melihat, memerhati, membelek-belek, mencari, meneliti dan membeli buku. Berada di kedai buku, adalah syurga kehidupan dunia saya. (‘’,)

Ya Ilahi, hamba-Mu yang lemah ini sangat-sangat bersyukur atas segala kurniaan-Mu.
Alhamdulillah.

7 comments:

hans December 19, 2010 at 3:40 AM  

hamzah tu anak saudara ker?
baguslah jadi pelajar terbaik
alhamdulillah

P/S : Misteri Danella : "Danella Cakap Dengan Siapa?"

Syed Ahmad Fathi December 19, 2010 at 4:02 AM  

Semoga gembira selalu abg Ali. Best la dah keje.
Doakan ana yang masih setahun jagung belajar nih :D

brohamzh December 19, 2010 at 6:28 AM  

1)- hans

Hamzah itu adik saya, adik bongsu. Alhamdulillah

kimi,  December 19, 2010 at 11:39 AM  

ana pernah baca kedua-dua buku tu dan alhamdulillah memang sangat bermanfaat. lebih-lebih lagi buku tulisan Dale Carnegie tu, seolah-olah buku Thoriq ila Qulub, cuma kekurangan elemen rabbani. =)

brohamzh December 19, 2010 at 4:03 PM  

1)- kimi

Alhamdulillah, syukran atas komentar yang sgt bermanfaat. InsyaAllah, kita yang akan mengharmonikannya dengan elemen rabbani.

- BH

Bintu Arifin December 19, 2010 at 5:23 PM  

Salam 'alaik

Mu'min itu saat diuji dia bersabar, diberi ni'mat dia bersyukur. wallahua'lam

brohamzh December 19, 2010 at 5:42 PM  

1)- Bintu Arifin

Walaikumusalam,

Ya, diuji ia BERSABAR. dikurnia nikmat ia BERSYUKUR. Itulah mu'min. Syukran atas nasihat.

BroHamzah

Post a Comment

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP