Majalah Pilihan : Haluan Edisi Khas

Thursday, December 2, 2010

Cover Depan Majalah Haluan Edisi Khas 2010. Nantikan keluarannya.


Majalah Pilihan : HALUAN Edisi Khas
Oleh : BroHamzah

Sebelum ini, saya ada kongsikan dengan anda tentang majalah yang menjadi pilihan dan tatapan saya untuk proses peningkatan ilmu, pengetahuan dan pengalaman. Antaranya ialah SOLUSI. Sebenarnya ada beberapa majalah yang akan saya beli secara bulanan antaranya ialah Haluan, Majalah I dan Majalah Anis. Dan terdapat, beberapa majalah lain yang turut saya minati, insyaAllah akan saya kongsikan dengan anda. (‘’,)

Dan – untuk kali ini saya kongsikan dengan anda – sebuah majalah kecil molek – Majalah Haluan.

Sedikit perkongsian ringkas

Majalah HALUAN – sebuah majalah yang telah memberikan impak dan kesan kepada saya dalam membina pemikiran islamik melalui bahan pembacaan ringan dan bertema.

Bermula tingkatan 2, saya telah mulai mengenali majalah ini sehingga menjejaki kaki ke alam menara gading. Alhamdulillah, sedikit sebanyak corak dan pendekatan penulisan yang ditonjolkan dalam majalah ini telah membantu saya dalam memahami kehidupan ini berasaskan kepada neraca Al-Quran dan Hadis.

Dan, semasa di alam universiti saya telah berjinak-jinak dalam dunia penulisan hanyasanya untuk memberikan sumbangan dalam bentuk penulisan untuk ruangan kolum dalam majalah ini. Dari detik inilah saya memberanikan diri untuk menulis. Banyak kekurangan, kesalahan, dan kesilapan yang saya buat sepanjang proses untuk menulis artikel untuk majalah ini.

Pernah suatu ketika, saya telah menghantar 10 artikel kepada pihak editor namun, yang diterima hanya 2 artikel sahaja. Begitulah, bagaimana proses saya belajar dalam menggilap potensi dan bakat dalam penulisan. Ia sangat-sangat menuntut kepada proses kesabaran, kesungguhan dan ketekunan. Lantas, saya mengambil keputusan untuk membuat blog – medan untuk melatih menulis di samping untuk tujuan sebaran kebaikan. Benar kata FT, menulis perlukan latihan. Latihan yang luar biasa dan komitmen yang tinggi.

Istimewa Edisi Khas

Ok, baiklah. Saya Cuma hendak kongsikan satu keluaran Majalah HALUAN Edisi Khas yang akan diterbitkan dan dijangka berada dalam pasaran sekitar pertengahan bulan 12 ini.Saya dimaklumkan oleh pihak editor bahawa, Majalah HALUAN Edisi Khas 2010 menyajikan beberapa perkara yang lain daripada lain dari sebelumnya. Antaranya :

1)- Keluaran ini adalah keluaran penutup bagi tahun 2010. Penerbitan edisi ini dijadikan sebagai suatu titik tolak kepada beberapa usaha perubahan dan muhasabah untuk menambahbaikan kualiti dan persembahan majalah HALUAN untuk masa hadapan. InsyaAllah tahun 2011, akan memperlihatkan beberapa perubahan yang akan berlaku kepada majalah ini dari segi persembahan layout dan peningkatan kualiti kertas serta beberapa perubahan lagi. Doakan.

2)- Terdapat artikel berkaitan dengan Sorotan Majalah HALUAN yang akan menjelaskan sejarah perjalanan, disebalik tabir dan penerbitan Majalah HALUAN secara umum. Medium penerbitan majalah adalah suatu usaha dakwah yang harus ditekankan dan diperjuangkan oleh semua pihak. Bingkisan ini, adalah untuk memberikan sedikit suntikan dan dorongan untuk terus menjadikan medan penulisan ini sebagai saluran dakwah yang berkesan.

3)- Selain itu, majalah edisi khas ini juga menceritakan kisah sejarah hidup seorang tokoh pendidik (murabbi) dan juga pengasas kepada sebuah sekolah agama swasta di Perlis , Mahad Attarbiyah al-Islamiyah (MATRI) iaitu al-marhum Dato’ Kaya Bakti Ustaz Dahlan Mohd Zain. Sedikit coretan berkaitan sejarah hidupnya, perjuangan , sumbangan, anugerah yang diterima dan pandangan masyarakat serta anak didiknya terhadap keperibadiannya. Setahu saya inilah artikel yang cuba menceritakan sejarah dan perjuangan al-marhum secara dengan lebih menyeluruh serta sumber-sumber yang dekat dengan beliau. Semoga Allah SWT merahmati dan meletakan al-marhum UDMZ di dalam golongan orang-orang yang soleh.

4)- Saya juga dijemput menjadi penulis bagi ruangan Motivasi Tarbawi- Edisi khas ini saya menyentuh berkaitan persiapan dan persediaan menghadapi peperiksaan. Memandangkan sekarang ini para pelajar SPM, dan para pelajar di IPT sedang berada dalam mode exam. Semoga perkongsian saya itu membantu para pelajar untuk melakukan persediaan dan persiapan menghadapi medan peperiksaan. InsyaAllah

5)- Majalah HALUAN kini, turut menjemput tokoh dan beberapa penulis-penulis yang sedang membina nama mereka dalam dunia penulisan kreatif dan motivasi antaranya Dr Abdullah Sudin Abd Rahman (Ketua Eksekutif KTD), penulis muslimah yang begitu indah dengan bahasanya iaitu – Fatimah Syarha Noordin serta Suaminya, Dr Farhan Hadi, begitu juga dengan seorang penulis berjiwa keibuaan – Ummu Anas, penulis muda yang sangat prolifik iaitu Hilal Asyraf, penulis yang menyentuh soal kehidupan dan keimanan iaitu Abu Umar dan ramai lagi.

6)- Majalah HALUAN kini, mempunyai pelbagai ruangan kolum yang menarik dan mendidik. Antaranya, ruangan Global, Palestin, Sulam Rasa, Rekreasi, Perubatan dan banyak lagi. Jadi, sekiranya anda memilikinya – insyaAllah banyak faedah dan manfaatnya. Boleh jadikan ia sebagai majalah tatapan bulanan anda.

InsyaAllah, semoga apa yang saya kongsikan ini memberikan sedikit maklumat kepada anda. Mungkin ada yang berminat untuk dapatkan majalah ini apabila keluar kelak. InsyaAllah saya akan maklumkan kemudian.

“ Membangun Minda, Mendidik Hati”

Wallahu’alam

4 comments:

[[ afdholul rahman ]] December 2, 2010 at 11:15 PM  

Cantik majalah HALUAN edisi khas ni...Mantop ! Ada harapan untuk marketing lebih luas !

brohamzh December 2, 2010 at 11:33 PM  

1)- Afdholul Rahman

Sheikh, lepas ini anta kena bantu marketingnya. Alhamdulillah, kredit utk pakar designer yang masih muda tetapi sangat berbakat!

~ BroHamzah

iqbalsyarie December 3, 2010 at 5:39 AM  

sejujurnya, ini baru kali pertama saya dengar tentang majalah ini. huhu..

brohamzh December 3, 2010 at 5:46 AM  

1)- iqbalsyarie

Alhamdulillah, satu makluman baru utk saudara.

Post a Comment

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP