Ubat Tarbiyah dan Ubah Diri

Wednesday, October 26, 2011

Berubah dengan peningkatan demi peningkatan.
Itulah asas tarbiyah amaliyah!


Tarbiyah dan Ubah Diri

Mata kian berat, terasa kepenatan, kelelahan dan keletihan dengan pelbagai tugas, amanah, bebanan dan tanggungjawab.

Memandang diri yang kerdil ini, ternyata terlalu banyak perkara yang harus diperbaiki dan ditingkatkan. Muhasabah, koreksi dan menilai diri disepanjang hari ini.

Motto, “ Hari ini lebih baik daripada semalam.” Seharusnya ia semakin dijiwai memenuhi sanubari, membakar dalam hati dan mampu direalisasikan hari demi hari. Genggaman padu tangan ini semakin digempalkan seerat mungkin dan diperkuatkan lagi.

Aku pasti boleh!.” Diulang-ulang saban hari tanpa jemu. Doa, pengharapan dan munajat kepada Ilahi semakin diperhebatkan tanpa lupa dan alpa. Dialah tempat diluahkan segala rasa hati, harapan penuh pergantungan dan memohon segala kekuatan yang benar-benar utuh dan ampuh.

Bagaimanakah tarbiyah kendiri setiap daripada kita? Benar-benar membumi dan dilaksanakan penuh penghayatan untuk meraih redha Ilahi? Justeru, setiap hari – setiap minggu – setiap bulan dan bahkan, setiap tahun harus ada peringatan, nasihat dan teguran yang berterusan kepada kita semua. Terimalah segala teguran dari sesiapa sahaja sekiranya, ia mengundang kebaikan, kebenaran dan cahaya harapan buat diri.

Benar kata Imam Hassan Al- Basri ini :

“ Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwahnya apabila dia sempurna, nescaya tidak akan adanya Sang Penyeru (Dai). Maka, akan jadi sedikitlah orang yang akan memberikan peringatan.”

Slogan tarbiyah yang dipelopori oleh Sheikh Musatafa Masyhur : “ Perbaikilah Diri Kamu dan Ajaklah Orang lain,” adalah suatu slogan yang sangat dinamik, proaktif dan prodiktif. Seruan untuk kita melihat, merenungi, memperbaiki dan mempertingkatkan kualiti diri dan pada masa yang sama – ajaklah orang lain dengan penuh kasih sayang.

Transformasi Diri ; (5 H) – teringatkan satu perkongsian yang pernah disampaikan dalam satu kuliah Tazkiah An-Nafs di sebuah kolej baru-baru ini, membuatkan saya merefleksi diri sendiri.

Tanyakan diri, bagaimana hal ini benar-benar berlaku, hidup dan bergerak dalam nadi kehidupan kita?

(1) Hubungan dengan Allah SWT sentiasa dipelihara.
(2) Hindari dosa, noda dan maksiat dengan bersungguh-sungguh.
(3) Hormati Ibu Bapa sepenuh hati.
(4) Hiasi diri dengan Akhlak Mahmudah setiap masa.
(5) Hubungkan diri dengan insan-insan soleh.

Refleksi Seorang Hamba

(a) Memelihara hubungan hati dengan Allah SWT adalah suatu kenikmatan, kelazatan dan kemanisan yang tertinggi, terbesar dan termahal dalam kehidupan seseorang mukmin. Murabbi saya berkata : Fokuskan kepada dua perkara dan sentiasa memperbaharui iaitu berkaitan Solah dan Al-Quran.

Solah – ia adalah titik utama penghubung antara kita dan Allah SWT. Justeru, persoalannya ialah, sempurnakan ibadah solat wajib kita setiap hari? Khusyuk kah kita? Yakinkah kita ia diterima oleh Allah SWT sepenuhnya? Bagaimana pula dengan solah sunnat tambahan yang seharus kita lazimkan dalam kehidupan kita?

Al-Quran – sudikah jiwa kita menadah dan menatapnya setiap hari? Cintakah kita kepada Al-Quran sehingga kita sangat-sangat suka membaca dan mendengar lantunan ayat-ayat Al-Quran?Sudahkah kita membacanya dengan jiwa, perasaan dan relung-relung kecintaan yang bersangatan?

Terpentingnya – soal ini terjawab untuk diri sendiri - ialah, : “ Apakah makna Al-Quranul Karim kepada saya?,”

Tersentuh hati saya apabila, murabbi memetik sebuah kata-kata berkaitan kalam Allah SWT ini :

“ Hari ini ramai yang membaca Al-Quran. Namun, mata tidak berair, hati tidak terusik, akal tidak tersentuh dan kehidupan tidak berubah!.”

“Al-Quran itu suci sehingga tidak disentuh hatta oleh ummat Islam itu sendiri.”

Saudara-saudariku yang budiman,

Mungkinkah Al-Quran menjadi tenaga yang mampu menghidupkan serta menjernihkan hati kita? Al-Quran ini jugalah, Al-Quran yang sama dibaca, dihayati, difahami, dihadami, ditelusuri, dihafal dan diamalkan oleh generasi para sahabat RA yang lalu.

Namun, mereka lahir sebagai generasi yang tunduk, patuh dan taat hanya sanya kepada Allah SWT. Kehidupan mereka hanya untuk Allah SWT. Dan, mereka berjuang bersungguh-sungguh menegakan segala kalimah yang dinyatakan di dalam Al-Quran.

Tetapi, kita hanya mampu berada di tahap ini sahaja? Soallah dengan jujur, ikhlas dan berjiwa terbuka – adakah ruh Al-Quran itu telah melekat dan bertakhta bagaikan ukiran permata yang indah di hati kita semua?

(b) Sekiranya, dua asas ini benar-benar tumbuh subur, hidup dan mekar dalam hati kita – InsyaAllah, aspek-aspek yang lain akan menyusul setenang air yang mengalir dari sungai yang tenang dan damai. Kita punyai asas dan keazaman yang tegar untuk menghindari dosa dan maksiat. Hati akan mencintai dan sangat-sangat menghormati ibu bapa yang banyak berkorban buat diri. Keperibadian diri akan dihiasi dengan akhlak mahmudah dan terasa suka, gemar dan mencintai orang-orang yang soleh dan musleh.

Inilah ubat tarbiyah bagi kita semua. InsyaAllah

Murabbi saya berkata :

“Bagi jiwa-jiwa yang menyakini hari pertemuan dengan Allah SWT tentunya kita benar-benar rindukan pengampunan Allah SWT bahkan pengampunan itu lebih berharga dari pertambahan usia.”

Buat Jiwa Ini.
BroHamzah
Kota Bharu, Kelantan
Bersiap untuk bermusafir ke Kuala Lumpur.

11 comments:

senshi October 26, 2011 at 9:30 PM  

Salam Bro..
Alhamdulillah, syukran jazeelan atas posting yang ini.. Jazakallah!

Tentu nya ana juga pernah melalui proses transformasi sewaktu di sekolah ana dahulu, sekolah agama, tapi sekarang makin hilang dan kembali pada diri yang teruk, akibat biah solehah yang sukar dicari!

Tapi ana rasa biah tak menjadi masalah apabila iman betul-betul mantap, tapi itulah, iman ini masih lompang sana sini.

BroHamzah October 26, 2011 at 9:34 PM  

senshi

Wassalam,

Saya setuju, biah sangat-sangat penting utk peningkatan diri kita. Tapi, apakan daya dengan realiti yang ada.Justeru, mantapkan diri kita dengan HDA. (Hubungan Dengan Allah). Itu harus menjadi kekuatan kita. Ya.Ya.Ya.

BroHamzah

WAN FAIZUL October 27, 2011 at 1:57 AM  

assalam abg
perkongsian yang amat bermakna. menusuk hati ana.MasyaAllah, moga2 ana sentiasa sentiasa berada dalam lingkungan orang2 yg disayangi dan dirahmati oleh Allah S.W.T...amin

Hanif Ismail October 27, 2011 at 5:09 AM  

Alhamdulillah,perkongsian yg menarik bt hamba yg daif ini:) Moga lebih byak lgi perkongsia yg menarik..JazakaAllah akhi:)

BroHamzah October 27, 2011 at 6:31 AM  

Wan Faizul

Wassalamualaikum, didoakan sentiasa buat saudara.Marilah, sama-sama kita sentiasa doakan agar dikurniakan kasih sayang dan lindungan rahmat daripada Allah SWT.

BroHamzah

BroHamzah October 27, 2011 at 6:34 AM  

Hanif Ismail

Sama-sama kita berkongsi, nasihat dan ingat memperingati.InsyaAllah

BroHamzah

Pak Det October 27, 2011 at 7:10 AM  

Assalamualaikum broHamzah,

Peringatan buat diri ini.
Syukran...

Manan Qayyim

BroHamzah October 27, 2011 at 3:56 PM  

Manan Qayyim

Walaikumusalam MQ,
Alhamdulillah, sama-sama kita ingat memperingati antara kita semua. Syiar mukmin zaman berzaman. InsyaAllah.

Hamba kerdil,
BroHamzah

Mutiara Wakafan October 28, 2011 at 10:13 PM  

sungguh mengetuk pintu hati..
moga Allah tempatkan kita diatas landasan ini hingga ke syurga...

BroHamzah October 29, 2011 at 5:38 AM  

Mutiara Wakafan

Alhamdulillah, semoga Allah merahmati saudara. Teruskan segala usaha menuju kepada Allah SWT.

BroHamzah

Anonymous,  December 8, 2011 at 5:43 AM  

Alhamdulillah...
Syukran jazilan untuk perkongsian. Muhasabah untuk diri saya..
Mohon share untuk manfaat yang lain =)

Post a Comment

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP