Blog Pilihan - Abdul Latip Talib

Monday, October 17, 2011


Jemput singgah ke blog Novelis Sejarah No. 1 Malaysia.

Alhamdulillah, syukur dapat berkongsi lagi di ruangan maya ini. Minggu ini – Blog Pilihan saya dari genre yang sedikit berbeza. Blog seorang penulis yang sangat prolifik, novelis sejarah no. 1 di Malaysia dan kini – beliau sangat-sangat aktif dan rancak menulis buku-buku sejarah dalam bentuk novel dan penceritaan.

Siapa lagi, jika bukan Abdul Latip Talib.

Url : http://abdullatif.blogspot.com
Pemilik : Abdul Latip Talib
Fokus : Perkongsian penulisan dan intipati Sejarah Tokoh serta Ilmuan Islam.

Mengenali Abdul Latif Talib

Beliau seorang penulis sepenuh masa. Dan telah memenangi pelbagai anugerah penulisan di peringkat kebangsaan. Untuk penerangan lanjut dan lebih terperinci anda boleh menyemaknya di ruangan biodata beliau di blognya.

Cuma, saya sangat sukakan cara beliau menulis mengenai sejarah. Tulisannya simple, mudah dan kekuatan yang ada padanya ialah mampu menceritakan suasana setiap peristiwa sejarah dalam bentuk tulisan novel yang tampak hidup, segar dan membuatkan pembaca menjiwai setiap novel-novel tokoh yang dinukilkannya. Antara novel beliau yang sangat saya suka ialah Sultan Muhammad al-Fateh. Sungguh, beliau telah menggarapnya dengan baik sekali. Dan – membuatkan saya teruja membaca novel tersebut sehingga ke helaian terakhir dalam tempoh dua hari sahaja.



Buku terkini beliau : Mustafa Kamal Ataturk

Buku terbaru beliau yang telah diterbitkan masa kini ialah : Kisah seorang penegak Agenda Yahudi yang terancang iaitu Mustafa Kamal Ataturk. Saya pernah membaca kisahnya semasa tingkatan dua dahulu, tetapi sudah tentu berbeza jika membacanya dalam genre novel. Saya akan dapatkannya sedikit masa lagi. InsyaAllah. Bajet bulan November – harus masukan buku ini.

Alhamdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah.




Beliau sedang menulis buku, Badiuzzaman Said Nursi.

Dunia penulisannya

Sebelum ini, terdapat desas desu yang meragui akan fakta-fakta sejarah yang diolah olehnya dalam bentuk novel. Ya, dalam masa yang singkat beliau menulis banyak buku-buku sejarah. Kini, dah mencecah belasan buah buku sejarah. Namun, ternyata beliau seorang yang menunjukan kesungguhan dalam aspek ini.

Saat ini, beliau sibuk menulis buku sejarah seorang tokoh gerakan Islam di Turki iaitu Badiuzzaman Said Nursi. Dan, bagi mendapatkan fakta-fakta yang benar, asli, sahih dan tulen – beliau sendiri ke sana bertemu anak-anak murib, kaum kerabat dan sebagainya. Sebenarnya, saya sangat menanti-nanti penulisan novel tokoh ini, kerana saya ingin mengkaji lebih mendalam tentang tokoh yang telah meninggalkan suatu sangat berharga untuk generasi rakyat Turki pada hari ini.

Dikatakan, Risalah An-Nur karangan Badiuzzaman Said Nursi telah memberikan suatu sinaran harapan buat rakyat Turki setelah melalui zaman kelam sepanjang pemerintahan Mustafa Kamal At-Tartuk. Dan – menarik juga, generasi kepimpinan Turki hari ini ada “kaitan” dengan legasi peninggalan Sheikh Badiuzzaman ini. Wallahu’alam.




Risalah Anu-Nur : Karangan yang luar biasa menyelamatkan generasi Turki yang pernah dilanda jahiliyah yang dahsyat suatu masa dahulu.




Pemimpin dunia Islam era baru : Racip Tayyip Erdogan, punyai hubungkait dengan legasi Badiuzzaman Said Nursi?

Saranan saya

Saya kagum dengannya, kerana – memperkenalkan tokoh-tokoh ilmuan, pahlawan dan ulamak Islam. Inilah yang harus diketengahkan kepada generasi muda hari ini. Mereka kehilangan contoh dan ikutan untuk diikuti dan diteladani.

Dan, usaha beliau adalah usaha yang menampung segala kelompong yang ada dengan suatu bentuk tulisan yang diminati oleh golongan remaja ini, iaitu genre novel!. Jemput melayari ke blog beliau untuk mendapatkan perkembangan terkini mengenai buku-buku dan info-info semasa dalam beliau menghasilkan novel.

4 comments:

Ariffah9 October 17, 2011 at 11:02 PM  

wah, novel terbaru ttg Atartuk dan, pasti menunggu novel ttg Badiuzzaman pula!

er, kenapa tulis Abdul Latif ? Bukankah Abdul Latip.. atau ada sebab?

BroHamzah October 17, 2011 at 11:54 PM  

Ariffah9

Afwan, tidak perasaan pula. Saya tersilap eja.Sebetulnya, Abdul Latip.Syukran atas tegurannya.

BroHamzah

Unknown April 3, 2013 at 9:52 PM  

sy ada baca buku penulis ini. IMHO penulisan dia tidak jujur dgn pandang POV watak2. im not a good person in litarature. tp pendapat saya buku penulis kurang bagus dr segi akademik dan boleh memberi pemahaman tentang sejarah y sgt berat sebelah.

Unknown October 22, 2021 at 8:21 AM  

Assalamu'alaikum, boleh ka saya nak tanya. Bagaimana latar belakang dari pada penulis terkenal ini beserta pandangan hidupnya atau organisasi sosial kemasyarakatan yang beliau ikuti.

Post a Comment

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP