Generasi yang "malas" membaca akan binasa

Wednesday, October 19, 2011

Masih banyak kitab, buku dan perkara yang perlu kita baca, hadam, fahami, hayati, amalkan dan sebarkan. Amalan para ulama, ilmuan dan cendiekawan Muslim zaman berzaman yang harus disemarakan dikalangan generasi hari ini.



Bismillah.
Coretan dipenghujung minggu sebelum bermusafir lagi.

Suatu hari, saya bertanyakan dengan adik-adik PESAT saya, tentang sebuah buku yang pernah kami sepakat untuk membeli, memiliki, membaca, memahami, menghayati, mengamalkannya dan menyampaikannya. Bukunya tidaklah setebal mana, harganya pun berpatutan (bawah RM 10) dan boleh dihabiskan dalam tempoh seminggu sahaja.

Setahun berlalu, tempohari saya buat semakan semula. Bila disoal, ramai memberikan jawapan. - Hanya baru membaca sedikit, beberapa helaian dan pelbagai alasan yang “munasabah”. Saya terdiam sahaja. Tidak mahu mengulas panjang. Lalu, saya utarakan pandangan agar mereka berikan cadangan agar mampu mengesa, menarik minat serta galakan untuk membaca.

Menarik, kreatif dan sangat-sangat praktikal cadangan mereka :

(1) Sesi bedah buku secara berkala
(2) Jadikan buku tersebut sebagai bahan tazkirah
(3) Wajib baca dua helai sebelum tidur
(4) Fotostad secara helaian terpilih dan kongsikan secara bersama
(5) Sentiasa buat semakan dan desakan – Tanya apa yang dibaca?
(6) Berikan hadiah dan ganjaran bagi yang rajin membaca
(7) Buat sesi kupasan buku sebagai perkongsian
(8) Adakan anugerah Ulat Buku
(9) Letakan target untuk disepakati, dan laksanakannya
(10) Buat sesi khusus untuk bacaan dalam program-program tertentu.

Saya fikir jika ini mampu menyemarakan semangat dan kecintaan mereka untuk membaca – Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah. Saya sedar dan sangat-sangat tahu bukan mudah untuk menanam minat, galakan dan kecintaan kepada dunia buku. Tetapi, inilah laluan awal kepada melahirkan generasi yang berilmu di masa hadapan.

Buku yang saya minta baca bukannya buku akademik, buku pelajaran atau buku-buku ilmiah yang berat-berat. Tetapi buku untuk menambahkan, mengukuhkan kefahaman tentang deen dan agama. Beragama harus dengan ilmu. Justeru, selain perlu berguru – harus juga menimbanya melalui pembacaan.

Merenung panjang saya. Bagaimanakah memupuk akan kecintaan terhadap dunia buku ini?Ada perkara lain yang lebih menarik minat generasi hari ini, :- bergamez, bersosial di alam maya, bersukan yang pelbagai jenis dan corak dan macam-macam lagi.

Ada cadangan?

Akhirnya, saya sangat-sangat-sangat bersetuju dengan kata-kata ini :

“ Generasi muda yang tidak berminat membaca akan menjadi petaka kepada bangsa dan negara.”

Dr Aidh Abdullah Al-Qarni, dalam bukunya Aku, Buku dan Cinta.



Buku yang sangat-sangat saya syorkan untuk dibaca.
Saya bagi 5/5. Excellent!

Nota Kaki :

Saya baru selesai membaca sebuah buku yang sangat baik untuk ditelaah dan difahami oleh sesiapa yang ingin mengetahui rahsia kejayaan kehidupan Sultan Muhammad Al-Fateh. Tajuk buku : “ Kuasa Kepemimpinan Al-Fateh” Oleh Muhammad Syaari Abdul Rahman. Menarik – saya syorkan anda membacanya. Mungkin, boleh wujudkan ruangan Ulasan Buku Pilihan di pondok teduhan ini.

Wallahu’alam.

6 comments:

Nur Mayamin October 20, 2011 at 6:06 AM  

perkongsian yang amat menarik beserta tips2 yg lebih jelas utk dipraktikkan.

sekadar perkongsian pengalaman.
realiti golongan Hawa lebih suka membaca novel. tidak dinafikan juga pada diri ana. sampai satu tahap,kakak2 ana bersepakat utk menyembunyikan novel2 'jiwang' yg ada dr ana(shgga kini x jumpa). yg ditinggalkan cuma novel2 yg blh dikatakan bermanfaat. lebih terharu apabila mereka memperkenalkan ana dgn karya2 penulis yg sesuai dgn tahap&minat ana. selain itu,rasa cemburu menerjah bila lihat kawan2 mampu mengeluarkan fakta yg ana x pernah tahu/just ambil ringan(sbb ingat x penting. rupa2nya tidak)

so,skrg ni..bila nak beli/baca novel akan terlintas di fikiran,"knp boleh luangkan banyak masa/keluarkan duit utk novel,tapi utk baca bacaan fikrah 'kedekut'?" jd,ana cuba push diri ana utk tanamkan sikap minat membaca.skrg,ana sdg usaha susun strategi yg ana rasa sesuai dan berkesaan utk diri ana&praktikkan. awal2 tu agak susah&liyat. lama-kelamaan,Alhamdulillah..atas dorongan yg ada lama-kelamaan,Alhamdulillah mampu dilaksanakan. klu surf internet,cuba utk mendisplinkan diri menjadi 'muka"buku"' yang x mensia-siakan masa(dgn melawat blog2 membina)&berkongsi. seronok sangat2=). *bila kita bersungguh-sungguh melakukan sesuatu perkara,mmg ada ujian. tapi bila dah peroleh natijah..suatu kebahagiaan dan kejayaan buat diri.seronok.(even x dapat mcm yg dihajati)* wallahua'alam..

"أدبني ربي"

adysuR October 22, 2011 at 5:56 AM  

Kecik2 dulu parents banyak belikan buku cerita, mak sedara selalu hadiahkan buku dan waktu tu tengah mula membaca, jadi sangat teruja menghabiskan satu persatu buku yg ada. Lepas habis satu mesti nak lagi. Tak puas.

Mungkin dari situlah cinta terhadap membaca mula berputik dan kian mekar setelah bertemu sahabat2 yg mempunyai minat yg sama di dunia realiti & maya. Kami selalu bertukar cadangan buku yg bermanfaat utk dibaca. Seronok!

Paling best bila cakap ttg membaca ni, makin banyak kita baca makin banyak kita tak tau.

BroHamzah October 23, 2011 at 1:08 AM  

Nur Mayamin

Alhamdulillah, suatu perkongsian yang sangat baik.ALhamdulillah.Semoga Allah redha.

BroHamzah

BroHamzah October 23, 2011 at 1:09 AM  

adysuR

Alhamdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah.
Setuju dengan kenyataan saudara/i.InsyaAllah.

BroHamzah

Gheniya October 23, 2011 at 3:36 AM  

sy sgt suka baca buku tentang sultan muhammad al-fateh. kita boleh apply strategi perjuangan baginda dalam kehidupan seharian kita.
Alhamdulillah..dulu hobi membaca ni saja diletakkan di ruang hobi pada borang2 y memerlukan detail interest kita kat mana..tp sekarang ianya bukan sekadar ditulis tp ianya harus dipraktikkan..permulaan ayat al-alaq sebagai sumber kekuatan...

BroHamzah October 23, 2011 at 3:51 AM  

ButiraNMarjan

Alhamdulillah, sebuah peninggalan sejarah yang harus sama-sama kita telusuri dan mengambil ibrah daripada-nya. InsyaAllah

BroHamzah

Post a Comment

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP