Mencari pasangan pilihan. Telah aku ketemuinya dalam hidupku. Anda bagaimana?
Siapakah wanita pilihanku?
Masih segar dalam ingatanku – disuatu malam yang hening ketika selesai solat Maghrib di Surau sekolahku yang lama, aku disapa oleh seorang adik yang sering menemaniku bersembang-sembang tentang pelbagai kisah, pengalaman dan cerita.
“ Abang, siapakah wanita pilihan abang? Apakah ciri-cirinya?,” Tiba-tiba soalan yang luarbiasa keluar dari bibirnya.
Kaget, terkejut sedikit aku dibuatnya. Namun, aku control segala perasaanku dengan senyuman yang termanis buatnya. Smile^^
“ Wanita pilihan abang adalah wanita pilihan Allah SWT,” Jawabku mudah dengan penuh ketenangan yang dibuat-buat walapun perasaan terkejut itu belum reda lagi.
“Eh,”Tersenget wajahnya sedikit. Hendak tergelak pun ada. Matanya terus memandang tajam kepadaku. Mungkin, jawapanku ini tidak terlintas dalam fikirannya.
“ Itulah jawapannya,” Kataku lagi. Inilah jawapanku buatnya – semoga Allah SWT meredhai dan mengasihinya.
“ Macamana tu abang, ana tidak faham la,” Soalnya lagi.
“ Pilihan Allah SWT itu adalah pilihan yang terbaik dalam kehidupan. Abang sentiasa berdoa, yakin dan bermunajat kepada Allah SWT agar dikurniakan seorang teman hidup yang solehah (baik) - hasil daripada petunjuk Allah SWT,” Kataku lagi.
“ Jadi?,” Soalnya lagi.
“ Banyak tanyalah, anta ini,” Kataku.
“ Ala, saja tanya abang,” Katanya lagi.
“ Istikarahlah dalam membuat apa jua keputusan dalam hidup. Tanyalah Allah SWT - tentang hal masa depan kita. InsyaAllah, itulah yang terbaik,” Jawabku agar dirinya faham.
“ Ooo. Macam tu, susah tak dalam membuat istikarah?,” Tanyanya lagi.
“ Semakin bersemangat anta ini,” Jawabku lagi. Soal bertubi-tubi malam ini. Rasa kurang selesa diaju oleh reporter yang tidak bertauliah ini. [Gurau]
“ Istikarah itu, bermakna kita membuat pilihan dengan menyerahkan sepenuhnya kepada Allah SWT. Berdoa dan solat, munajat dengan penuh keimanan dan pengharapan. Maknanya, bermula jalan-jalan kita membuat pemilihan sehingga kita disatukan dengan wanita pilihan itu,” Huraianku sedikit untuk menjelaskannya.
“ Ada orang yang beristikarah hanya dengan solat sahaja tetapi amalan “cara” mendekati, merisik dan sebagainya tidak mengikut acuan Allah SWT. Membelakangkan hukum-hukum syariat dan tidak meletakan restu ibu bapa dihadapan. Itu bukan hakikat istikarah yang sebenarnya,” Aku melebarkan lagi perkongsian bersamanya.
“Ooo..macam tu.” Katanya lagi. Tersenyum-senyum lagi.
“Cuma..,”
“ Cuma satu sahaja yang ana nak kongsikan dengan anta tentang hal ini,” Ujarku.
“ Apa dia, abang?,” Penuh berminat dia.
“ Ana teringat suatu pesanan Fudhail Bin ‘Iyadh tentang soal ini,” Aku menyambung bicara.
“ Katanya :
“ Barangsiapa yang inginkan teman (pasangan) yang sempurna, dia tidak akan mempunyai teman (pasangan) sampai bila-bila.”
Terdiam dia seketika. Aku doakan agar hidupmu dikurniai ; wanita pilihan yang diredhai, dikasihi dan dirahmati Allah SWT.
Komentar seorang hamba :
(1) Pasangan (lelaki dan wanita) pilihan Allah SWT akan memberikan sinaran dan harapan kebahagiaan hakiki buat kita. Kerana itu, jadikanlah Allah SWT sebagai matlamat kita dalam membuat pemilihan.
(2) Kita benar-benar hajatkan teman yang sempurna, namun sedarilah bakal pasangan kita adalah manusia biasa. Seharusnya harapan yang dimpikan ialah : teman hidup yang mampu menerima kita seadanya kita.
(3) Wanita itu dinikahi kerana empat perkara. Hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Rasulullah SAW berpesan agar meletakan asas pemilihan itu kepada agamanya. Bagaimanakah kayu ukur agamanya? Selidiki dan lihat kepada akhlaknya. – Berbudi bahasa, menutup aurat dengan sempurna, hemat berbicara, lemah lembut, menghormati yang lebih berusia dan memelihara taqwanya.
(4) Kita berhak untuk memilih. Ya, hak kita yang dimuliakan buat kita. Justeru, hargailah pemilihan ini dengan melaksanakannya dengan penuh keimanan, kebijaksanaan dan ketaqwaan.
(5) Ada yang bertanya, apakah petunjuk istikarah kita? Kita bermimpi bertemu dengan pasangan pilihan? Teringat-ingatkannya selalu? Berlaku petanda-petanda aneh? Turunnya keganjilan dalam kehidupan kita? Atau bagaimana?
Justeru, bagaimana?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
12 comments:
Bila baca entri ni teringat permintaan sahabat saya. Dia minta saya tanyakan sesiapa yg boleh jawab soalan ni :
1)Boleh tak kalau tak nak kahwin?
2)Masih ada lagikah wanita seperti Rabiatul Adawiyah pada zaman ini ?
bagaimana jika mengikat janjisetia? tidak berhubungan, tetapi mengikat janji setia, ini sahaja.
batasan dijaga, perhubungan hal penting melalui orang tengah, hanya hal yg betul betul betul penting sahaja. adakah mengikat janji setia ni dibolehkan seiring batasan dijaga?
adysuR
1. Rasulullah SAW bersabda : " Apabila telah berkahwin seorang hamba itu, maka dia telah pun melengkapi separuh daripada agamanya. Maka bertaqwalah ia kpd Allah di separuh yang belum lagi." (Riwayat Al-Baihaqi)
Berkahwin, ia juga syiar deen Islam. Jalan pernikahan yang memuliakan kemanusiaan dan meninggikan kehormatan manusia.InsyaAllah.
2. Rabiatul Adawiyah, adalah insan biasa yang punyai kecintaan yang luar biasa kepada Allah SWT. Kecintaan yang sangat tinggi kepada Allah SWT akan tetap wujud sehingga ke akhirat jika manusia benar-benar menghayati dan menyakini Allah SWT dalam kehidupan mereka.
Hamba kerdil,
BroHamzah
Amira Atiqah
Mohon maaf, boleh jelaskan apakah yang dimakna dengan janjisetia itu. Belum pernah lagi saya mendengar akan istilah ini dalam Islam, kecuali istilah seperti merisik, ta'aruf, bertunang dan berkahwin.
Mohon maaf atas keterbatasan ilmu, pengetahuan & info saya yang sangat sedikit ini. Terima kasih.
BroHamzah
Salam BroHamzah.
Seorang adik yang masih di bangku sekolah (cantik. punya peribadi elok) bertanya kepada saya tentang taqdim. Tetapi saya tak tahu.
Saya nak tanya, ada ke konsep taqdim? Taqdim-cop pasangan.
Tapi saya tak pasti mereka bertunang atau tak.
Mereka kata taqdim sebab tak mahu perempuan yang disukai terlepas ke tangan orang lain.
-Nur, Johor-
Anonymous
Wassalam, syukran atas pertanyaan. Menarik akan bertanya ini. Taqdim - cop pasangan.
Mohon maaf sekali lagi, saya yang "jahil" ini tidak tahu akan istilah ini wujud dalam hal ini.InsyaAllah saya akan merujuk kepada yang lebih arif. Sungguh, betapa lemahnya manusia.
BroHamzah
Syukran atas jawapan yg diberikan. :)
adysuR
Sama-sama, semoga Allah SWT redha. Kepada-Nya kita kembali dan tinggikan keagungan dan kebesaran-Nya.
BroHamzah
mohon maaf.
jika tak silap, jikalau seorang lelaki menyatakan suka pada seorang wanita, dan dipersetujui, maka mereka dikira sudah bertunang jika ikut konsep Islam, betulkah? walaupun tidak melalui majlis pertunangan. maaf jika salah.
saya musykil juga mengenai janji setia ni. tapi dalam soal janji setia ni, pada pendapat saya je, maaf jika salah, lebih kurang mengikat pertunangan secara Islam, dan setia antara satu sama lain, bagai tak akan mencari yang lain, just stick with that person only. dikira ikat pertunangan kah? dan batasan of course mesti dijaga sebab masih tak ada ikatan yang sah. betul tidak?
jadi, ingin clear kan, janji setia ni, pada pendapat BroHamzah, ikat pertunangan kah? kerana kedua dua individu tersebut sudah menyatakan bahawa 'aku tunang kau, dan kau tunang aku'.
maaf jika ayat berbelit belit, kurang pemahaman. terima kasih. :)
Amira Atiqah
Alhamdulillah, terima kasih atas penjelasannya.InsyaAllah, akan dikongsikan mengenainya suatu masa nanti.
"Janji setia" - suatu yang baru bagi saya.
BroHamzah
assalamu'alaikum,
bagaimana pula dengan khitbah?
apa pendapat brohamzah mengenai khitbah?
cikNafiesa
Walaikumusalam, syukran atas pertanyaan.Akan cuba dikongsikan dalam beberapa tempoh menanti.InsyaAllah
BroHamzah
Post a Comment