Bismillah,- Dengan Nama Rabb Yang Agung tulisan ini dikongsikan.
Lena.
Itulah nikmat yang saya perolehi semalaman dalam nyenyakan tidur yang mendamaikan. Allah SWT izin, udaranya sejuk dan nyaman - mungkin kerana rahmat hujan yang turun membasahi bumi Kelantan semalam. Diulit mimpi yang membuatkan pagi ini saya bangun tersedar dengan penuh misteri. Jarang-jarang sekali saya bermimpi dalam tidur. Sangat-sangat jarang seingat saya. Tetapi, mimpi semalam membuatkan saya terfikir akan sesuatu.
Al-kisahnya,
Dalam mimpi semalam, saya dan sekumpulan sahabat-sahabat yang saya kenali, rapat dan mesra berada di satu kawasan homestay di sebuah pantai yang indah. Kami diberikan satu tugasan yang bagi saya agak mencabar. Tugasannya :
“ Memasang, menyiapkan dan menyempurnakan binaan sebuah kapal!.”
Itulah arahan yang saya ingat. Setiap kami diberikan kerangka kapal, layar dan manual panduan untuk menyiapkannya. Tempoh masa yang diberikan, saya tidak ingat. Wallahu’alam. Maka, bertungkus lumus saya dan sahabat-sahabat yang lain mnyiapkannya.
Tekun, penuh khusyuk dan asyik. Seronok tengok mereka melaksanakan tugasan itu.
Saya melihat manual kertas yang diberikan. Jenis kapal saya agak besar. Ia memerlukan kiraan matematik untuk ukuran binaan dan beberapa aspek reka bentuk yang terperinci untuk disempurnakan. Termenung panjang saya. Kiraan formulanya yang panjang lebar. Saya melakukan kiraan demi kiraan, akhirnya temui jalan buntu. ( Saya pun tidak tahu kena perlukan kiraan dalam menyiapkan tugasan ini)
Masa semakin berlalu, kelihatan beberapa orang sahabat saya yang hampir siap binaan kapalnya. Hati saya berdebar-debar. Saya masih belum berbuat apa-apa. Tapak asas kapal saya baru didirikan setelah selesai kiraan dan pemilihan playwood yang sesuai untuk setiap posisi. Semakin tension saya.
“Alhamdulillah, selesai!,” Jerit seorang sahabat.
“ Alhamdulillah, siap,” Sahut lagi seorang sahabat saya.
“Gulp! Aku masih separuh jalan!,” Getus hati saya. Rasa hendak pitam. Kenapa kapal saya ini susah sangat. Saya bagaikan putus asa apabila matahari semakin terbenam. Lalu, saya ambil keputusan untuk take five (rehat sekejap), lalu saya meninjau-ninjau kapal-kapal rekaan dan binaan sahabat-sahabat saya.
Saya berjalan-jalan melihat hasil kerja mereka. Hairan dan hairan. Kenapa?
Setiap orang menghasilkan bentuk, jenis dan corak kapal yang berbeza-beza.
Ada yang besar dan kecil saiznya.
Ada yang jenis pubra, lama dan tradisional.
Ada yang moden, canggih dan menarik.
Malah, ada yang terlalu simple jenis rekaan kapalnya.
Hmm, saya terfikir jauh melepasi sempadan geografi minda. “ Apa semua ini?,” Hati saya terusik dengan pelbagai persoalan. Melihat kegembiraan mereka menyudahkan rekaan kapal, membuatkan saya terus pulang ke tempat kapal saya untuk menyiapkan tugasan saya.
Saat itu, hanya saya dan seorang lagi rakan saya belum menyiapkan kapal tersebut. Agak tertekan minda di saat itu. “ Ya Allah, sukarnya tugasan ini!,” Ujar saya berulang-ulang kali.
Handset saya berbunyi. Saya tersedar.
“ Aku bermimpi rupanya.”
Komentar seorang hamba
(1) Saya jarang sangat bermimpi dan mengingati alam mimpi. Namun, kali ini – ia adalah mimpi yang membuatkan fikiran saya teringat-ingatkannya. Apakan ia sedar mainan mimpi atau apa?
(2) Mimpi adalah mainan tidur. Tidak ada signifikannya kepada alam realiti kepada kita jika ia sekadar mainan tidur. Namun, adakalanya mimpi itu boleh memberikan tafsiran yang pelbagai buat kita. Wallahu’alam. Itulah keagungan dan kekuasaan Allah SWT.
(3) Terdapat sebuah kitab yang merungkaikan penafsiran mimpi yang dikarang oleh Imam Ibnu Sirin iaitu Kitab Tafsirul Ahlan (Tafsir Mimpi), berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah. Menarik juga jika dapat meneliti dan menelaah kitab ini.
Menarik untuk dikongsikan ; - Imam Ibnu Sirin, berkata dalam kitabnya itu : “ Tidak semua mimpi dapat ditafsirkan makna yang terkandung didalamnya. Ada kalanya mimpi bagaikan angin lalu namun ada yang benar-benar menjadi kenyataan. Mimpi insan yang bertakwa merupakan perkhabaran yang akan berlaku, kerana Rasulullah tidak bermimpi melainkan mimpi baginda menjadi kenyataan. Sedangkan mimpi insan yang tidak beriman merupakan berita yang disebarkan oleh syaitan.”
(4) Tiada penafsiran yang boleh saya lakukan tentang mimpi ini, tetapi yang terpenting semalam saya bermimpi bertemu dengan sahabat-sahabat saya yang telah lama saya tidak kemui. Mungkin saya merindui mereka. Semoga Allah SWT merahmati mereka.
(5) Hajat saya tentang mimpi ialah bermimpi bertemu Rasulullah SAW. Namun, jika kerinduan, kecintaan dan kasih sayang kita tidak mendalam terhadap baginda– tentunya peluang itu tidak akan berlaku dengan keizinan Allah SWT. Ya Rasulullah!
BroHamzah
Jalan Long Yunus, Kota Bharu
Kelantan Darulnaim
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
ada juga saintis buat teori, mimpi tu terhasil bila otak kita cuba menyusun peristiwa yg berlaku padawaktu siang untuk disimpan dlm memori . kombinasi2 events yang pelbagai tu la menimbulkan mimpi yang kadang2 pelik. tapi rahsia sbnr mimpi, Allahu a'lam.
Cik Nurul
Alhamdulillah, terima kasih atas perkongsiannya. Mimpi itu punyai rahsia yang penuh misteri dan ia miliki Ilahi.
BroHamzah
hum.. kitab tafsirul ahlan tu.. dimana boleh didapati ye..? huhu -- insan jahil--
Anonymous,
Kitab ini ada dijual di mana-mana kedai, yang terjemahan punya. Baru-baru ini, saya ke Jaafar Rawas, Kota Bharu pun ada.
Wallahu'alam
BroHamzah
Appreciate yoour blog post
Post a Comment