Keadaan Van yang dihempap pokok secara tiba-tiba
Bantuan bomba dan polis untuk mengeluarkan mangsa
Bantuan tren untuk mengalihkan pokok yang sebesar pemeluk
Keadaan Van yang dinaiki mereka selepas tragedi.
Keadaan Van setelah pihak bomba berjaya mengeluarkan kesemua mangsa-mangsa yang terlibat.
Pagi ini, saya menerima berita yang mengejutkan dari Utara Perlis. Tragedi kemalangan yang menyayat hati. Sebuah van yang memuatkan seramai 9 orang termasuk pelajar-pelajar Mahad Attarbiyah Al-Islamiyah (MATRI) ranap teruk dihempap sebatang pokok di hadapan Kilang Gula Chuping pada jam 9.15 pagi tadi.
Menurut sumber berita, kesemua pelajar yang dibawa oleh Encik Shahidan Bin Ali yang merupakan pemandu van tersebut - dalam perjalanan ke kawasan tersebut untuk melakukan tugasan kajian tempatan anjuran pihak sekolah. Sumber
Utusan Online.
Sedikit maklumat berkenaan mangsa-mangsa yang terlibat.
Senarai nama sahabat yang terlibat kemalangan:
1. Shahidan Bin Ali – Pemandu- Meninggal,
2. Muhd Izzat Bin Ismail -Tingkatan 5 - Meninggal,
3. Hazman Bakhtiar Bin Shahrizan - Tingkatan 2 - Meninggal,
4. Muhd Ahnaf Bin Anisoffian - Tingkatan 2, Cedera Parah.
5. Muhd Shauqi Bin Salahuddin - Tingkatan 2 - Cedera Ringan,
6. Muhd Iqbal Bin Aminuddin - Tingkatan 2 - Cedera Ringan,
7. Muhd Faris Mustaqim Bin Nazri - Tingkatan 2 - Cedera Ringan,
8. Muhd Zalfadhli Bin Rodi - Tingkatan 2 - Cedera Ringan,
9. Omar Mokhtar Bon Shirin - Tingkatan 2 - Cedera Ringan,
[EDISI KEMASKINI] 12 September 2011
Semalam, ketiga-tiga mangsa yang terkorban telah disempurnakan solat jenazahnya di MATRI selepas Isyak. Kemudian, jenazah dibawa pulang ke rumah mereka masing-masing.
Menurut, salah seorang guru MATRI - bahawa malam sebelum kejadian - pelajar yang meninggal iaitu Hazman Bakhtiar Bin Shahrizan, sempat menatap wajah seorang demi seorang wajah rakan-rakan baiknya. Malah, beliau sempat membayar kesemua hutangnya. Semoga Allah merahmatinya.
Pagi ini, hampir kesemua akhbar-akhbar utama di Malaysia memaparkan kisah tragedi ini. Semalam, Buletin Utama TV 3 turut memaparkan berita ini. Boleh layari laman web ini untuk melihatnya. Sini.
Pelajar-pelajar yang lain, hanya cedera ringan. Namun, tragedi yang mereka lalui ini akan memberikan suatu pengalaman yang meninggalkan kesan yang besar dalam kehidupan mereka. Didoakan, mereka kuat dan tabah melalui semua ini.
Innalillahi wa’inna ilaihi raji’un. Saya mengucapkan takziah bagi keluarga mangsa, dan mendoakan agar roh mereka dicucuri rahmat dan mendapat keampunan Allah SWT, serta ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.
“Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.” (Ali-’Imran: 185)
Semoga musibah yang menimpa ini membuatkan kita kembali menginsafi bahawa setiap daripada kita dari Allah SWT dan kita akan kembali kepada-Nya.
Memori : Saya teringat ketika bersalaman dengan Pak Cik Shahidan Bin Ali selepas solat sunat hari raya di MATRI syawal baru-baru ini. Tidak menyangka, itulah kali terakhir saya bertemu dan bermesra dengan beliau.
10 comments:
Al-Fatihah.Semoga mereka mendapat pahala syahid
Muhammad Muzakir
Sama-sama sedekahkan al-Fatihah dan doakan mereka.
BroHamzah
Alfatihah..smg roh mereka dicucuri rahmat serta ditempatkan bersama org2 yang beriman & bertaqwa...amin..
Setanggi Syurga
Ameen.InsyaAllah
BroHamzah
assalammualaikum
al-fatihah..moga roh mereka dicucuri rahmat dan dtmptkn bersama-sama orang2 yg beriman.Amin
Noor Azlen Bt Haron
Walaikumusalam, ameen
BroHamzah
Al-Fatihah, semoga roh mereka dicucuri rahmat..
Fatin Nazmin Mansor
Ameen.
BroHamzah
InsyAllah moga Allah permudahkan perjalan roh pemburu mardhotillah.. Ameenn...
Azmanms
Ameen
BroHamzah
Post a Comment