Syawal yang berbeza

Friday, September 2, 2011

Salam Aidil Fitri buat semua yang mengenali diri kami.
(A&M)


Syawal yang berbeza

Lafaz Bismillah pembuka bicara
Lafaz Alhamdulillah, menyusuli kata-kata.

1. Pertama, saya dan isteri ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua para pembaca blog BroHamzah dan Special For You yang sentiasa berkunjung dan berteduh di sini. Semoga syawal yang dilalui, memberikan sebuah makna yang besar kepada kehidupan kalian. InsyaAllah.[ Pesanan : Isteri saya mohon maaf kerana jarang update blognya]

2. Ramadhan berlalu pergi, Syawal kini tiba dengan sebuah harapan yang akan memberikan seribu pengertian kepada kehidupan yang mendatang. Mudahan segala amalan soleh yang dilaksanakan sepanjang bulan Ramadhan al- Mubarak dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah SWT diganjari dengan taqwa yang sebenarnya. InsyaAllah.

3. Hari kemenangan, hari kita menuai taqwa.Semoga saat ini dan seterusnya kita mampu untuk taat kepada Allah SWT, lebih berupaya mengawal lisa serta tutur kata dan menundukan pandangan, lebih kuat untuk pasrah dan berbaik sangka dengan takdir serta tadbir Allah SWT. Terpenting teruskan munajat dan doa agar segala ibadah kita di bulan Ramadhan yang lepas diterima oleh Allah SWT.InsyaAllah.

4. Syawal 1432 H, memberikan suatu pengalaman yang berbeza kepada kami berdua. Syawal yang disambut sebagai seorang suami, isteri dan anak menantu. Bertambah lagi keluarga besar dan Alhamdulillah, perubahan fasa hidup yang membahagiakan. Sungguh, ia adalah syawal yang berbeza tapi penuh makna.

5. Kita adalah hamba Rabbani, bukannya hamba Ramadhani. Setiap hari, setiap minggu, setiap bulan, dan setiap tahun adalah peluang-peluang, kesempatan-kesempatan dan ruang-ruang yang harus dihargai untuk proses peningkatan diri. Seorang mukmin ia sentiasa bersemangat untuk mempertingkatkan potensi dirinya, mendekatkan dirinya kepada Ilahi dan tiada sifat putus asas dalam beramal. Ruh himmah sentiasa membakar jiwanya dan ia membara melonjakan segala kesungguhan diri dan komitmen yang luar biasa-Itulah hamba Rabbani yang sejati!

6. Akhirnya dikesempatan yang ada ini, kami ingin memohon kemaafan kepada semua yang mengenali sama ada di sebalik dunia online maya ini mahupun di dunia offline penuh realiti. Mohon maaf atas segala kesilapan, kesalahan atau apa jua tingkah laku yang tidak disenangi, digemari atau menguris perasaan saudara-saudari. Penulisan-penulisan yang menyentuh sensitiviti saudara-saudari yang kami tidak menyedarinya dan apa jua tindakan kami dalam pelbagai medium dan sebagainya. Sungguh, mohon maaf atas segalanya.

Salam Eidul Fitri
Taqabballallah minna wa minkum
Minal ‘Aidin Wal Faizin
Kullu’Amin wa antum bi khair

5 Syawal 1432 H
3 Ogos 2011

BroHamzah & Isteri
Beseri, Perlis

4 comments:

Pak Det September 3, 2011 at 1:46 AM  

Assalamulaikum...
Salam Eidul Fitri ...
Semoga fasa kehidupan baru yang dilalu dirahmati dan dihiasi dengan detik2 yg indah...

Mohon Maaf Zahir batin...

Saya tertarik dengan point ke-5 BroHamzah.. Izinkan saya mengambil kata2 itu untuk dikongsi bersama sahabat blog saya...Rakan Blogger Manan Qayyim

BroHamzah September 3, 2011 at 4:25 AM  

Walaikumusalam,
Salam aidil fitri kembali.

Dipersilakan.Terima kasih atas usaha sebarannya.
BroHamzah

~Setanggi Syurga~ September 3, 2011 at 8:46 AM  

Assalamualaikum ust 'Ali...

Salam lebaran...
semoga kita semua terus istiqomah dan insyaAllah semoga iman kita semua makin tebal, kebal serta mantooopp!

Mukmin yg cemerlang adalah mukmin yang berubah menjadi lebih baik dari hari2 yang sebelumnya..insyaAllah.

ustaz...jom ke BTS...sangat2 terharu if ustaz follow skali..

syukran...

BroHamzah September 4, 2011 at 6:53 AM  

Walaikumusalam Setanggi Syurga

InsyaAllah. Baru belajar mcmana nak follow blog yang lain. Saya tidak pernah follow mana-mana blog.

BroHamzah

Post a Comment

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP