Tarbiyah, seharusnya berkembang dan terus berkembang

Monday, September 12, 2011


Proses tarbiyah umpama menyemai benih, menjaga dan memeliharanya sehingga menjadi sebatang pokok yang rendang, hidup dan subur.


Nota Tarbiyah - ingin membawa kita menyusuri semula akan hakikat tarbiyah (pendidikan) diri kita. Kita semua hajatkan kepada proses ini kerana tanpanya keimanan kita tidak akan sejahtera dan kuat.

Bahkan, dibimbangi akan terus malap, gersang dan kian rosak.

Semalam, Murabbi dalam perjumpaan mingguan menyentuh suatu perkara. Katanya buat renungi kita semua :

“ Hari ini, ana lihat – dikalangan adik-adik, muda-mudi dan anak-anak kita banyak membincangkan soal perkahwinan dan kahwin sahaja. Lihatlah, facebook dan blog mereka. Apa yang dibincangkan.”

Seumpama, tiada perkara lain yang lebih aula dan utama untuk dibincangkan. Tidak salah, namun seolah-olah itulah corak dan pemikiran yang mampu mereka fikirkan. Tiada agenda yang lebih besar.Sebagai individu yang melalui proses ini, lebih banyak perkara besar yang harus kita fikirkan. Tanyalah diri kita, soallah hati kita dan jujurlah dengan keadaan jiwa kita.

" Sudahkah kita memahami, meneliti dan membincangkan bahan-bahan serta buku-buku yang dapat memperingkatkan kefahaman kita tentang Islam?”

Jika ya, soal semula. Sudah berapa banyak buah buku ulama muktabar yang dibelek-belek, ditelaahi dan dibaca? Sudah ia dihadam dan dibincangkan serta dirumuskan bersama rakan-rakan?

Tersentak kami semalam, banyak sungguh perkara yang disoal dan ditanyakan murabbi yang membuatkan semua terdiam membisu. Bukan segan atau hormat kepada yang lebih berusia semata-mata.

Tetapi, kerana kami tidak tahu. Allah!

Lalu, pelbagai soalan dan muhasabah menerjah minda kami.Masa-masa yang berlalu, dengan aktiviti apakah ia dimanfaatkan? Adakah untuk tujuan peningkatan amal dan diri? Atau menghabis masa dengan dunia online seperti facebook, twitter, blogger dan sebagainya? Atau dengan dunia bacaan novel-novel cintan atau permainan gamers?

Bagaimana dengan Al-Quran? Adakah setiap hari jiwa ini mendapat sentuhan rohani daripadanya.

Bagaimana dengan zikrullah? Pernahkah melaziminya dalam setiap detik kehidupan.

Bagaimana dengan amalan-amalan sunnat yang lain? Adakah kita benar-benar mencintai Rasulullah SAW atau dakwaan kosong?

Bagaimana dengan usaha dakwah? Adakah ia hanya retorik semata-mata?

Kata murabbi :

“ Wahai anak-anak muda, antum perlu perkukuhkan diri antum. Kukuhkan ia dengan hubungan dengan Allah SWT.Persiapan diri dan persediaan hati sekarang ini juga. Carilah kekuatan melalui ibadah qiamullail, membaca Al-Quran dan berdakwah!.”“

Antum perlu meningkat dan meningkat. Berkembang, berkembang dan terus berkembang.”
Menjadi pokok yang kukuh akarnya,batang yang teguh, dahan yang kuat, dedaunan yang menghijau serta hidup subur memberikan manfaat kepada sekelilingnya.

Terfikir panjang kami semalam. Allah! – Lalainya kami, lemahnya kami serta alpanya kami. Hal tarbiyah ini harus dilihat secara bersistem, serius dan terus menerus dengan konsisten.

Saya, meneliti semula sebuah taujih tulisan Dr Radwan Muhammad Sobhi mengenai tarbiyah.
Susunan dan penjelasannya mengenai tarbiyah sangat mengesani dan mudah difahami. Justeru, marilah sama-sama kita semak. InsyaAllah.

Katanya :

Tarbiyah bermaksud pengembangan, iaitu peningkatan. Diriwayat oleh seorang teman Imam Ahmad bin Hanbal, yang menggambarkan kehidupan Imam, ia berkata: “Demi Allah, saya telah bersahabat dengannya selama dua puluh tahun, sama ada musim panas atau musim sejuk, ketika cuaca panas atau sejuk, pagi dan petang, apa yang saya dapati pada setiap hari beliau lebih baik dari sebelumnya”.

Tarbiyah juga bermaksud penjagaan dalam ertikata menjaga, membangun dan hidup bersama (muayasyah).

Disebutkan dari guru terbilang Imam al-Ghazali rahimahullah, ia berkata : “Tarbiyah bukanlah menabur benih di dalam tanah dengan harapan untuk tumbuh, tetapi bermaksud memastikan benih ini tumbuh dengan melakukan penjagaan, membuang serangga perosak yang ada di sekelilingnya, menyiram air dan melindungi dari angin kencang. Hasilnya dengan kehendak Allah bahawa benih itu akan tumbuh dan berkembang menjadi pohon yang menjulang tinggi”.

Rumusan dari apa yang mereka katakan tentang tarbiyah, ialah pengosongan dengan menghapuskan setiap perkara yang bertentangan dengan nilai-nilai dan akhlak Islam, dan memenuhi tempat yang kosong dengan meletakkan nilai-nilai dan akhlak Islam sebagai tempat yang tertinggi, dan tiba tugasan ketiga iaitu mengukuhkan; dengan makna memelihara dan mempertahankan lanjutan proses pengosongan.

Para murabbi mengatakan bahawa tarbiyah bererti seni berurusan yang bertahap dengan jiwa manusia, untuk membawanya kepada kesempurnaan.

Apa kesimpulannya :

Tarbiyah itu menuntut kepada peningkatan dan pengembangan.
Langkah-langkah melalui proses tarbiyah ialah

Satu,
Kosong dan hapuskan rawasib (karat-karat) jahiliyah dalam diri

Dua,
digantikan dengan nilai-nilai Islam yang tertinggi

Tiga,
perlu sentiasa – Mengukuhkan, menjaga dan memeliharanya sehingga mencapai kesempurnaan.

Itulah, tarbiyah. Usaha dan kerjanya terus menerus sehingga kita kembali bertemu Allah SWT. Ramai kata susah, payah dan getir.

Ya, itulah kaedahnya. Jalan menuju Allah SWT dalam meraih syurga sememangnya begini coraknya. Para Rasul, Nabi, Sahabat, Tabiin, para ulamak, pejuang Islam dan semuanya telah melalui corak ini. Sekiranya, kita tidak berada dalam track ini – bermakna kita telah berada pada penyimpangan yang nyata!

Buat Muhasabah Diri Ini – BH

17 comments:

Tengku Fatimah Azzahra September 12, 2011 at 9:25 PM  

salam...
syukran atas artikel yg membina dan menyentik pintu hati yg lalai selma ni...moga allah redha

BroHamzah September 12, 2011 at 10:19 PM  

Fatimah Az-Zahra

Wassalam, semoga kita menyuburkan hati dengan memperkasakan proses tarbiyah terhadap diri.

InsyaAllah
BroHamzah

cikNafiesaMansor September 12, 2011 at 11:53 PM  

Allahu Rabbi
syukran di atas peringatan

BroHamzah September 13, 2011 at 12:28 AM  

cikNafiesa

Afwan. Semoga tarbiyah itu terus subur dan mekar hidup dalam jiwa dan penghayatan hidup kita.

BroHamzah

Ahmad Safwan bin Idrus September 13, 2011 at 1:20 AM  

Salam BroHamzah

Alhamdulillah, akhirnya ada orang yang mendapat ilham utk membicarakan hal sebegini (atau mungkin ada orang lain tapi saya tak terjumpa). Sangat bersetuju dgn BroHamzah.

Kita selalu memandang "perkara remeh" sebegini besar seolah-olah ia penentu syurga neraka. Tapi kita terlupa akan perkara asas dan memperkuatkan diri kita lebih-lebih lagi dalam zaman fitnah akhir zaman ini.

Jazakallahu khayr

BroHamzah September 13, 2011 at 1:53 AM  

Ahmad Safwan bin Idrus

Wassalam, saya hanya ambil nasihat murabbi dan petikan tulisan mereka yang lebih arif untuk dikongsikan.

Semoga kita lebih peka dan sensitif akan hakikat tarbiyah diri.InsyaAllah

BroHamzah

Ariffah9 September 13, 2011 at 4:02 AM  

Masha'Allah .

Terima kasih kerana turut berkongsi . Sangat bermakna :D

BroHamzah September 13, 2011 at 4:39 PM  

mr IQ

Afwan, semoga ia mengerakan jiwa-jiwa kita melakukan sesuatu.

BroHamzah

BroHamzah September 13, 2011 at 4:42 PM  

Ariffah9

Sama-sama, moga Allah SWT berikan kita kekuatan untuk memelihara iman, diri dan hati.

BroHamzah

BroHamzah September 13, 2011 at 4:45 PM  

siskahaidan

Sama-sama.
BroHamzah

Nabil MJ September 15, 2011 at 9:40 PM  

Rasa Kelu,kaget semua ada...Tak tahu nak di luahkan mcm mana.
Mmbaca artikel ini mmbuatkan diri duduk dan mmbelengu sebentar,namun hati masih kurang sensitif. :(
Hmmm..
Jazakallahu khair atas perkongsian.Moga Allah berikan kekuatan utk mentarbiyyah diri.

BroHamzah September 16, 2011 at 11:37 PM  

nelly

Perkongsian ini mensasarkan hati. Itu yang utama.InsyaAllah

BroHamzah

BroHamzah September 16, 2011 at 11:38 PM  

NJ

Banyakan memperhalusi TARBIYAH Ruhiyah.Penting untuk menghidupkan jiwa dan hati.

BroHamzah

Anonymous,  July 5, 2012 at 5:23 AM  

apabila melihat anak didik2 Al-Marhum Ustaz Dahlan berbicara mengenai tarbiah, pasti kalian berbicara tentang tarbiah ruhiyah, tarbiah imaniah sebab Al-Marhum memang mementingkan proses tarbiah dan takwin,

dan lebih mengagumkan, ianya melahirkan peribadi-peribadi yang terbuka tapi tidak hanyut, berprinsip tapi tidak jumud

dan iaya berlaku sejak zaman 90 dan keatas, dizaman pakcik2 yang lahir dari halaqah2 dan dakwah fardiah

namun apa yang saya lihat hari ini, generasi baru yang diharapkan untuk menyambung perjuangan legasi Al-Marhum Ustaz Dahlan tidak lagi memiliki kompetentisi dakwah sebagai murabbi lalu kehilangan murabbi-murabbi yang mahu meneruskan perjunangan

dakwah kampus lembab, mudah hanyut dengan jahiliah, tiada lagi kreatif dalam dakwah di alam realiti, dakwah hanya terhenti pada dakwah ammah(hanya blog2(Langit Ilahi etc), ceramah, program yang grand, tanpa ada follow-up yang mantap etc) mewarnai generasi baru yang diharapkan untuk menyambung perjunagan AlMarhum Ustaz Dahlan, yang penuh hanya teori2

dan keadaan ini berterusan, dan jika ianya berterusan

maka dengan ini saya suka untuk mengisytiharkan bahawa legasi Al-Marhum Ustaz Dahlan akan pupus!

sebab kalian kalah dengan ikhwah2 dan teman2 dari IKRAM

generasi baru kalian tidak lagi mengenal dakwah!!sepertimana ikhwah2 IKRAM kenal dakwah, mereka seperti pakcik2 kalian, mereka keluar dari kampus utama turun kepusat-pusat asasi untuk menarik adik2 baru, berusaha menggabungkan hati dan jasad adik2 baru dengan roh dakwah dan tarbiah, dengan menanam rasa memeperbaiki diri dan ajak orang lain

dakwah kampus mereka diwarnai dengan dakwah fardiah yang praktikal, dakwah mereka melahirkan murabbi2 baru yang bersedia unutk memikul beban dakwah, bukan hanya dakwah2 ammah yang grand tanpa follow-up, tapi dengan menanam rasa untuk menjadi murabbi, memgang halqah yang pastinya akan menambah kader-kader dakwah!

mereka, hampir sahaja hidup dakwah, turun walaupun ada exam, diwarani dengan syakhsiah yang baik ahsil proses tarbiah macam pakcik2 kalian semua dahulu, malah, hampir seminggu sekali mereka qiam seminggu sekali! iftar seminggu sekali

dan mereka buat bukan dalam kalangan mereka sahaja, tapi bersama dengan mad'u2 mereka, itu belum lagi dengan ta'lim yang mereka buat juga seminggu sekali

kalian lihat bagaimana mereka mengenal dakwah, hidup dengan dakwah

sebab itu juga, Blog-blog seperti Muharikah, Angel Pakai Gucci seperti lebih mengenal dakwah dari blog-blog kalian, walaupun ianya bukan bahan bacaan umum, tapi lihat sahaja entry2 mereka

futur, murabbi bagaimana tackel mutarabbi etc mewarnai entry2 mereka, sebab itulah yang mereka kenal sejak bergabung dengan dakwah

malah halaqah-halaqah mereka menanam rasa unutk beramal dengan diri sendiri serta dakwah!

bukan sekadar ada!!!sebab itu keahlian yang ikut halqah mereka ialah dua belas ribu!

mereka, tidak ubah seperti pakcik2 kamu dahulu yang benar-benar hidup dalam dakwah

malah generasi baru pewaris yang diharapkan mewarisi perjuangan al-marhum Ustaz Dahlan, apabila seorang ikhwah berkahwin, dia tidak lagi hidup untuk Ummah

sungguh, kalian beza dengan ikhwah2 IKRAM, yang berkahwin untuk dakwah!!!

lihatlah mereka denagn halqah2 mereka, pentingnya halaqah pada mereka sehingga sebagai asas dakwah

lihat hubungan murabbi dan mutarabbi mereka, penuh cinta dan kasih sayang

seperti ikhwah Indonesia sehingga lahirnya coretan-coretan cinta untuk mutarabbi dan murabbi

lihatlah, betapa bermaknanya halqah dalam hidup mereka, betapa hidupnya dakwah mereka sehingga lahir coretan-coretan cinta

sebab seorang murabbi yang pergi hati kehati dalam halaqah dan usrah, yang buat dakwah fardiah mengenal kehangatan cinta dakwah

hidup dalam halaqah penuh dengan cinta, kerana dakwah ialah cinta, cinta dari murabbi utk mutarabbi

lihatlah, perhatikanlah

bubarkan HALUAN dan masuk IKRAM!!

sebab pada saya, IKRAMlah yang akan meneruskan perjuanagn Almarhum Ustaz Dahlan

BroHamzah July 8, 2012 at 7:05 PM  

Anonymous

Syukran atas perkongsian amal di atas, masyaAllah.Ya Allah, ampunilah kami atas kekurangan, kekerdilan, kelemahan dan kehinaan kami.

BroHamzah

Post a Comment

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP