Diari Hamil Terbitan Telaga Biru
Sungguh bermanfaat dan bermakna untuk bakal ibu dan bapa!
-----
12 Jun 2011
– Selepas 3 bulan perkahwinan kami, saya menghadiahkan sebuah buku istimewa
buat zaujati selepas kami mendapat berita gembira lagi membahagiakan.
“Anugerah
permata hati daripada Ilahi.”
Berita ini
kami raikan dengan kesyukuran, kegembiraan dan sujud syukur kepada Ilahi. Buku
yang saya hadiahkan ialah Diari Hamil, terbitan Telaga Biru. Sebuah buku
ala-ala diari yang dilengkapi dengan panduan kehamilan yang menyeluruh, padat
dengan info perkembangan bayi dan yang terpenting sarat dengan tips berguna
kepada kami berdua.
Ini gambar scan bayi kami yang pertama.
Disimpan bersama Diari Hamil kepunyaan zaujati.
Nampak tak?
Saya
hadiahkan ia khusus buat zaujati dan ternyata zaujati sangat gembira. Seronok
melihat zaujati tekun mencatat sesuatu di dalamnya. Masa-masa yang terluang dicatat rasa hati dengan penuh keterujaan.
Tanda nama sewaktu diwad juga disimpan dalam buku ini.
Tanda Ibu dan tanda anak.
Sungguh
buku yang comel, cantik dan penuh dengan grafik yang menarik ini
sangat-sangat-sangat berguna dan bermanfaat buat kami. Tahniah kepada
penulis-penulis dan mereka yang menghasilkan buku ini.
Yang best
lagi, buku ini ada checklist, catatan ibu, memo ibu dan ada ruang untuk
meletakan gambar ultrasound bayi. Ia menjadi buku kenangan yang paling berharga
buat kami sekeluarga!
Alhamdulillah, semakin besar pun si Putri yang comel ini.
Semakin ligat dan aktif.
-----
30 Nov 2012
– Saya ke kedai buku Muda Osman mencari sesuatu. Hampa. Puas saya keliling satu
kedai bahagian atas tetapi apa yang dicari tidak dijumpai. Lalu saya tanya
kepada abang si penjaga buku.
“ Ada,”
Ujarnya. Sambil tangan menunjuk ke satu sudut bahagian depan buku rak paling
bawah.
“ Ya! Betul.
Inilah bukunya, saya tidak perasan. Terima kasih abang!” Kata saya sambil
tersenyum kepadanya.
Buku itu
saya capai dengan jiwa yang lapang. Gembira.
Turun
tangga kedai dengan senyuman penuh kepuasan. Tidak sia-sia ke kedai walaupun
badan kurang sihat dan masih lagi panas. Baru nak kebah demam.
“ Diari
Hamil Versi 2,” Getus hati saya.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.Alhamdulillah.
------
BroHamzah
Maha Suci Allah SWT Atas Kurniaan
dan Anugerah Ini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
salam ukhuwah..smg mukhlisah menjadi anak yang soleh..ank syurga..in shaa Allah..dan miliki keluarga yang bahagia..:)..xsangka sy ni blog ustaz en.ali..sy bekas student en. time tu en.ali jadi lec kat uitm arau dulu..da lama da..mengajar CITU..
nur naa'irah
Salam kembali, alhamdulillah. Tidak sangka pelajar saya sudi bertandang ke sini. Semoga setiap perkongsian yang kerdil ini ada manfaatnya.
BroHamzah
masyaAllah. semoga Allah rahmati keluarga Ustaz&kak Maryam. mabruk~
Saya selalu hadiahkan buku tu kepada pengantin baru..^_^
kem salam kat kak yam..lama kak yam tak update blog..penulisan kak yam di blog saya rasakan bagai kak yam sedang berkata-kata..rindu dengan penulisan kak yam..^^
mukhlisah nak dapat adik ka? ^^
Norashikin Rahmat
Syukran. Alhamdulillah.
Doakan kami
BroHamzah
Setanggi Syurga
Kak Yam, sekarang fokus dalam penulisan di LangitIlahi.Com dalam ruangan Sister sebulan sekali. Tanggungjawab jawab sebagai anak, isteri, ibu, penulis dan pensyarah cuba diseimbangkan sebaiknya.
Alhamdulillah, semoga Mukhlisah menjadi Kakak yang solehah dan qudwah kepada adiknya.
BroHamzah
in shaa Allah..walau kederdil mana pom perkongsian ilmu itu ttpi ianya cukup besar di sisi ALLAH..in shaa ALLAH..meninba ilmu tdk mengira tempat..:)..yg penting kita ikhlas dlm menuntut..in shaa ALLAH..smg perkongsian ustaz di dunia dpt menjadi saham di akhirat kelak..:)..
nur naa'irah
Semoga Allah berkati dan rahmati.
BroHamzah
Post a Comment