Fasih Dalam Diam

Wednesday, November 2, 2011


Keperibadian yang mulia, sejernih air yang mengalir. Ia akan menyejukan sesiapa sahaja bersamanya.

Memulakan, catatan ringkas ketika ini. – Merenungi sebuah hakikat kehidupan yang sebenarnya. Dengan Nama Allah Lagi Maha Pengasih dan Penyayang.

Saya punyai seorang sahabat baik.

Saya menghormatinya, segan dan kagum kepadanya. Seorang sahabatnya yang kelihatan biasa-biasa sahaja. Keupayaan untuk bertutur kata, tidaklah sepetah mana. Kerap tersangkut-sangkut di saat berkata-kata di khalayak ramai. Penampilan diri, atau wataknya juga seperti insan yang lain.

Ilmunya juga tidaklah setinggi para sarjana, ilmuwan atau mereka yang bergelar ulama atau ustaz. Kerap berceramah ke sana ke mari. Menyampaikan sekelumit ilmu di dada dengan “aura” kehebatan yang ada.

Namun, - sahabat ini- sahsiah dan keperibadiannya memikat hati saya ini. Akhlaknya dicermati dan dihiasi dengan sunnah nabi. Budi pekerti juga sentiasa diperhalusi. Segala apa yang dipelajari, diterima dan ditimba dalam proses tarbiyah ini – akan diusahakan untuk dihiasi dalam penampilan diri. Terpancar akan kesungguhan dalam membaiki diri dan mengajak orang lain yang ada disekelilinginya.

Kata murabbi saya :- “ Fasih dalam diam.”

Diam, tidak banyak bicara, tersenyum dan tenang sahaja. Tetapi, punyai kekuatan yang sangat ampuh dan kukuh.

Kekadang, tidak perlu kita berkata-kata sekencang bicara ahli pemidato handalan, berseloroh memikat para pendengar dengan lawak jenaka keterlaluan dan berusaha mempengaruhi yang lain dengan apa jua cara dan kaedah. Tapi, hanya dengan suatu perkara sahaja : Syaksiyah diri – ia mampu memikat hati-hati untuk mengikuti yang baik dari penghayatan Islam.

Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh, dan berkata: "Sesungguhnya Aku termasuk orang-orang yang menyerah diri?"

(Fussilat: 33)

Itulah muslim mukmin yang sejati :- menjadi daie yang fasih dalam diam. Akhlak, syaksiyah dan keperibadiannya menjadi qudwah dan contoh. Menyemak semula Tazkirah Duat oleh Bahiy Khouly, memberikan suatu dimensi yang jelas kepada kita akan hakikat daie yang sebenar. Katanya :

“Pendakwah juga seorang ‘doktor masyarakat’ yang merawat penyakit di dalam jiwa, dan memperbaiki keadaan masyarakat yang rosak.

Oleh itu, pendakwah adalah pengkritik yang celik, hidupnya digunakan untuk melakukan perubahan dan pembaikan ke arah yang Allah kehendaki.

Pendakwah adalah rakan dan teman, saudara kepada yang kaya dan miskin, tua dan muda, dan melalui sifat ini tercerna dalam hatinya perasaan kasih mengasihi, dan mengalirkan rahmat di matanya, dan mendatangkan kecerian dan pengharapan dari lidah dan tangannya.

Ini sangat diperlukan bagi pendakwah. Dakwahnya melimpahkan kekuatan dan keceriaan kepada ruh, bukan dari kefasihan bicara dan kepetahan lidah.

Semua ini membuktikan bahawa tidak memadai hanya bergantung kepada syarahan atau ceramah sahaja, tetapi mesti ada pengaruh jiwa, dan dominasi ruhiyyah, berhubungan dengan Allah, dan penggunaan fikiran tentang apa yang telah terjadi dari pengalaman sejarah, dan keadaan manusia”.

Komentar – catatan seorang hamba :

(1) Dunia hari ini, adalah zaman kehilangan keperibadian dan syaksiyah yang baik. Manusia-manusia yang rosak, fasad, dan dipenuhi dengan pelbagai bentuk keruntuhan moral dan akhlak. Justeru, usaha-usaha memulihkan aspek ini menjadi fokus utama dalam dakwah dan tarbiyah.

(2) Ia bermula dengan diri kita. Baiki diri kita dan serulah orang lain. Slogan yang akan terus diwar-warkan ke seluruh alam ini. Ia sukar dan amat sukar – kecuali kita melalui suatu proses untuk membentuknya.

(3) Minggu ini, adalah minggu saya ditugaskan untuk menemuramah beberapa orang Tokoh. Dan, kesimpulan yang saya perolehi dalam tugasan ini ialah, betapa penting sahsiah dan qudwah di dalam proses pendidikan hari ini. Masyarakat kehilangan contoh dan ikutan di dalam kehidupan mereka.


Perkongsian Jauh,

BroHamzah
Kangar, Perlis Indera Kayangan.

6 comments:

Rintihan HambaMu November 2, 2011 at 11:20 PM  
This comment has been removed by the author.
Rintihan HambaMu November 2, 2011 at 11:21 PM  

Assalamualaikum,
alhmdulillah..entri yg cukup baik makna yg ingin dismpaikan,,
btol 2...kadang2..mugkin cakapnya petah, namun disebabkan dosa2 yg xdijaga..
ia menjadi hijab kpd para pndgr utk btol2 terima apa yg nk disampaikan..
moga Allah pelihara kita..

BroHamzah November 3, 2011 at 1:11 AM  

Srikandi Permata

Walaikumusalam, semoga kita dijauhi daripada perkara-perkara sedemikian.

BroHamzah

.::: mr IQ :::. November 3, 2011 at 11:23 AM  

susah betul nak bina syakhsiah... dah la x kosisten.. sekejap merapu sekejap tak. Argh..

BroHamzah November 3, 2011 at 7:20 PM  

mr IQ

Untuk membina sahsiah, ia harus melalui proses takwin yang sebenarnya. Kerana itu, perlu hadam pengisian Darurah Tamayyuz serta Taraiq Tarbiyah dengan penuh penghayatan dan dilaksanakan kerana Allah SWT.

Wallahu'alam
BroHamzah

Anonymous,  November 5, 2011 at 7:24 PM  

salam..
adakah salah satu faktor kita x berupaya utk bercakap dgn fasih dan memberi nasihat kpd orang lain adalah disebabkan dosa2 yg kita lakukan? mohon perjelasan...

Post a Comment

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP