Akal berfikir, Hati berzikir.
Cerna Minda : Nyatakan pandangan anda!
Bismillah, dengan nama Allah SWT saya kongsikan tinta ini.
Alhamdulillah, semakin hari kehidupan kita terus berlalu pantas. Sedar atau tidak, kekadang kita hampir-hampir tidak sedari bahawa usia semakin meningkat dan banyak perubahan yang berlalu di sekeliling kita. Itulah kehidupan, ia akan terus beredar, berubah dan sentiasa “mematuhi” sunnatullah.
Ia akan mengalami perubahan sejajar dengan tabi’atnya yang disusun, ditetapkan dan ditentukan oleh Allah SWT. Semoga kita adalah insan-insan yang sentiasa sensitif dan peka dengan perubahan serta sangat-sangat berhajat kepada perubahan yang akan memberikan sinaran harapan untuk jiwa dan hati kita semakin dekat, hampir dan sayang terhadap Allah SWT.
Berkongsi semula : Cerna Minda
Sudah lama, saya tidak berkongsi koleksi uji minda bersama sahabat pembaca. InsyaAllah – kali ini tergerak untuk kongsikan tentang satu uji minda berdasarkan situasi dan keadaan yang saya nyatakan dibawah. Harapannya, ialah sahabat pembaca boleh lontarkan pandangan, cetusan idea, pendapat dan jawapan yang paling :
TEPAT, BERPRINSIP, BIJAK, CERDIK, BERPANDANGAN JAUH, PEMIKIRAN TAJAM, TENANG, LOGIK, BERANI & PUNYAI PENDIRIAN YANG TEGUH.
Serta berikan hujah-hujahnya serta hal-hal yang boleh menyokong jawapan anda itu.
Kanak-kanak melintas landasan kereta api - " Bayangan Awal"
Situasinya begini : - baca dengan baik-baik dan fahami ia dengan mata hati!
Ketika anda sedang melintasi landasan keretapi anda mendapati ada sekumpulan kanak-kanak sedang bermain agak jauh dari tempat anda berada. Salah seorang dari mereka sedang leka bermain di satu landasan yang sudah lama tidak digunakan manakala yang lain bermain di landasan yang masih aktif.
Tiba-tiba sebuah keretapi penumpang bergerak laju menuju ke arah anda yang seterusnya akan melalui kawasan kanak-kanak yang sedang asyik bermain. ( Sungguh mencemaskan!)
Anda pada masa itu berada berhampiran intercharger (gear untuk mengubah laluan keretapi). Mustahil bagi anda untuk menghentikan keretapi tersebut. Mungkin yang mampu anda lakukan ialah menukar laluan keretapi ke landasan yang lain di mana terdapat seorang kanak-kanak yang sedang leka bermain.
Ini landasan kereta api. Memudahkan imaginasi anda.^^
Soalannya :
Apakah tindakan yang paling wajar yang perlu anda ambil dalam situasi tersebut ? Membiarkan keretapi penumpang merempuh sekumpulan kanak-kanak yang sedang bermain di landasan aktif atau mengubah laluannya ke landasan di mana hanya terdapat seorang budak ?
Berikan jawapan kalian, hujjah anda dan nyatakan kenapa anda membuat keputusan sedemikian. Boleh tinggalkan jejak, komentar dan perkongsian di bawah ini. Dan kita lihat jawapan, pandangan dan “cernaan” minda sesama kita nanti. InsyaAllah.
Saya berikan peluang dan tempoh kepada semua sehingga awal Disember mendatang.
Menanti jawapan kalian. InsyaAllah, senyum-senyum selalu.
BroHamzah
29 November 2011
Pengkalan Chepa, Kota Bharu
Kelantan Darulnaim
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
first thing first. brapa jarak keretapi dgn kanak2 tu?
shouldn't there be a siren or bell or something to warn them about the coming of a train? Yes, there should.Every coming train should sound their siren.diorg msti dgar bunyi siren tu kan?lainlah kalau diorg pakai headphones. Or maybe kalau diorang dah mmg tak dengar sangat, I'll throw rocks at them and then point to the train.
or if the train didn't make loud noises or the siren didn't sound, then I think I should shout and tell them to get away from the track, then I'll change the track to the one whose yg sorang kanan2 main tadi. Hopefully by the time i change the track, he/she had run away from the track.
Kids, tolonglah jangan main kat track keretapi. parents, takde tempat lain dah ke nak bagi anak2 main?
MasyaAllah... Minta semoga saya tak akan pernah diuji dengan situasi sebegini.
Tapi sekadar untuk menguji minda saya untuk menajamkan akal, saya ingin mencuba membuat keputusan untuk hal ini.
Saya rasa, saya akan tukar train track itu kepada budak yang seorang bermain kerana dia hanya seorang maka mudah untuk saya 'ALERT' dia tentang kedatangan keretapi tersebut.
Maka sebelum saya tukar laluan landasan tersebut, saya akan alert terlebih dahulu budak yang seorang itu sama ada dengan menjerit atau apa-apa saja. baru saya tukarkan. Kemudian hanya kepada Allah saya berdoa.
Itu usaha saya. Dan Allah juga menentukan. Kalau saya tak berbuat apa-apa dan hanya berdoa, maka saya akan menyesal dengan sungguh-sungguh sekiranya ada yang terkorban kerana kejadian itu.
Tetapi, apabila sudah saya berusaha dan berdoa, maka hati yang perit dan pilu itu akan terubat kerana saya akan sedar bahawa tiada yang dapat menghalang kuasa Allah... Jika Dia kata Jadi maka Jadilah..
Soalan yang agak sukar dijawab. Mungkin ada yang akan terkorban.
Saya akan alihkan landasan ke seorang budak itu. Sementara itu saya menjerit kepada seorang budak itu agar beralih dari landasan kerana akan ada kereta api melintas.
Saya mengalihkan landasan ke arah seorang budak itu kerana lebih mudah. Untuk kita mengarahkan seorang budak lebih mudah daripada mengarah sekumpulan budak.
Efflene,i-Sya & Kemudipelayaran.
Pertama, sekali saya sangat-sangat mengahargai jawapan yang saudara-saudari berikan. MasyaAllah, ianya adalah suatu usaha di saat, saya sendiri ketika diajukan soalan ini berbelah bagi bagi menjawabnya.
Semoga Allah SWT rahmati dan berkati usaha kalian dalam memberikan pandangan dan coretan. InsyaAllah, saya akan kongsikan jawapannya dalam masa yang terdekat.
BroHamzah
Interesting thoughtts
Post a Comment