Santai : Selamat berehat, laptopku

Friday, November 19, 2010

Laptopku : Dell XPS. Selamat berehat !

Santai :Selamat berehat, laptopku

Oleh : BroHamzah

Salam sejahtera dengan penuh keimanan, ketaqwaan dan keyakinan kepada Allah SWT.

Semoga kalian, - sidang pembaca dan juga sahabat-sahabat sekalian- berada dalam payungan kasih sayang dan rahmat Allah SWT.

Tiada kehidupan yang lebih bernilai, berharga dan membahagiakan kecuali berada dibawah cahaya keteguhan dan keyakinan sepenuhnya kepada janji-janji Allah SWT.

Mudahan hari ini, adalah hari untuk terus kita menjadi hamba Allah SWT yang beramal dengan amalan soleh, bergerak dengan dinamik untuk mencari peluang-peluang kebaikan dan terus menerus mensyukuri segala nikmat pemberian-Nya.

Laptopku : Apa khabar keadaaannya saat ini?

Sekadar berkongsi rasa di pagi hujung minggu ini

Sebelum ini, saya ada menyatakan sedikit musibah dengan laptop saya. Kini, sudah masuk minggu ketiga saya tanpa laptop yang berfungsi dengan fungsiannya yang baik dan sejahtera. – Minggu lepas saya telah mengirimkan laptop saya melalui seorang sahabat saya, untuk diserahkan kepada Ustaz Khairul Azhar ( saya beli laptop ini daripadanya) untuk dibaiki. Terima kasih kepada Ustaz atas kesudian dan kesungguhan untuk membantu membaiki laptop saya.

Mendengar penerangan Ustaz, katanya laptop saya mengalami kerosakan dibahagian “motherboard”. Mungkin, kekerapan dan tempoh penggunaan yang lama menyebabkan ia panas dan akhirnya memberi kesan kepada sistem laptop saya. Wallahu’alam.

Kini, saya sering meminjam laptop daripada adik saya. Alhamdulillah, Allah permudahkan jua urusan saya walaupun ada sedikit kesulitan

Kerehatan

Bagi saya, inilah saatnya laptop saya berpeluang untuk berehat dan peristiwa ini juga ada stesen untuk saya bermuhasabah dengan kejadian yang menimpa saya. – Saya sentiasa mengingatkan diri agar menggunakan laptop ini semaksima mungkin untuk kerja-kerja harian saya dengan sedaya upaya mengpotimumkan niat untuk beribadah kepada Allah SWT.

Dengan laptop inilah – saya menggunakannya untuk menulis artikel setiap hari, dokumen-dokumen berkaitan kerja-kerja pejabat, membuat power point untuk bahan rujukan berceramah, tazkirah, melayari internet untuk mencari bahan-bahan penguat diri, berblogging, berfb, memasang Al-Quran, dan pelbagai bentuk penggunaan lagi.

Saya mengoreksi diri – melihat dan mengimbas kembali penggunaan saya terhadap laptop ini.

Apakah laptop ini telah mendekatkan saya kepada Allah SWT?
Menjadi asbab untuk saya semakin hampir dan sayang kepada Allah SWT?
Menjadi kekuatan untuk saya sibuk dengan amal kebaikan dan kebenaran?

ATAU

Adakah laptop ini telah melalaikan saya dan jauh daripada Allah SWT?
Menyebabkan saya semakin sibuk dengan perkara-perkara yang haram, melaghakan dan akhirnya hati saya tidak mampu untuk memberi respon kepada kebaikan ?

Dan, ia juga telah melemahkan semangat saya, akhirnya hari-hari saya dengan laptop ini adalah hari-hari yang dipenuhi dengan kemurkaan dan keingkaran kepada Allah SWT?

Saya terdiam, jauh. Bayangan setiap perbuatan dan kegunaan laptop ini hadir dalam minda saya.

Ya Allah, lalainya aku kepada-Mu.
Ilahi, aku selalu mensia-siakan usia dan umur ku.
Aku sibuk dengan perkara yang tidak seharusnya aku lakukan.

Koreksi diri, muhasabah ini – adalah teguran dan peringatan direct daripada Allah SWT. – Peristiwa laptop saya rosak ini mempunyai hikmah yang mendalam untuk saya fikir dan renungi secara tulus, jujur dan ikhlas tentang diri saya.

MasyaAllah, Ya Rabbi – Alhamdulillah atas semua ini.

Ujian dan dugaan hidup

Tahun ini, saya banyak belajar tentang erti kehidupan dengan lebih dekat, praktikal dan tarbawi. Saya belajar dengan ujian, masalah dan mehnah kehidupan.

(1) Dr Abdullah Sudin pernah menyebut kepada saya : - “ Usah jadikan masalah itu masalah. Tetapi jadikan masalah itu sebagai peluang untuk beribadah dan mempertingkatkan diri.”

(2) Kekadang dalam kehidupan ini, kita perlu merasakan kepayahan, keperitan dan juga melalui ujian dan cabaran. Malah kita juga perlu jatuh ke tahap paling bawah agar kita dapat bertemu dengan nilai kehidupan itu sendiri.

(3) Cara kita memaknai setiap ujian hidup adalah penting agar kita dapat meraih dan menikmati hikmah ujian-ujian tersebut.

(4) Mungkin betul kata seorang ahli bijak pandai : “ Kehidupan yang tidak teruji adalah kehidupan yang tidak layak untuk dihidupi.”

(5) Bagi saya, apabila kita ditimpa masalah,ujian yang membawa kegelapan yang suram dan dirundum pelbagai masalah yang pelbagai maka, berhentilah seketika dan katakanlah kepada hati dengan tenang dan ikhlas : “ Bukankah ketika kita berada dalam kegelapan, kita akan lebih menghargai dan menikmati indahnya sinar cahaya yang terang benderang?,”

(6) Ketika itu, hadapkanlah wajah dan bermunajatlah denan kerendahan dan kekhusyukan kepada Allah SWT : “ Ilahi, berilah kekuatan kepadaku untuk melalui dan menghadapi ujian dan dugaan ini.”

Semoga ujian, mehnah dan dugaan walaupun sekecil, sebesar dan seberat manapun ia, - kita akan mendapat manfaat dan memperolehi ganjaran pahal daripada Allah SWT berkat kesabaran dan sifat kehambaan kita kepada-Nya.

Bukankah semua ini adalah bentuk-bentuk tapisan keimanan dan keyakinan kita kepada-Nya?

Firman Allah SWT yang bermaksud :

“ Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “ Kami telah beriman,” dan mereka tidak diuji?. Dan sungguh, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang berdusta.”

( Al-Ankabut (29) : 2-3)

MasyaAllah, begitu halus Allah SWT mendidik kita.

Benarlah, setiap ujian itu adalah tarbiyah dan didikan secara langsung daripada Allah SWT.

Laptopku, selamat berehat! – ( Dengan nada reda dan pasrah)


9 comments:

LuQMaN M.J November 19, 2010 at 4:43 PM  

Alhamdulillah mendapat sedikit suntikan semangat dan dapat muhasabah diri ana juga bila baca artikel anta.

ujian dari ALLAH itu adalah sebenarnya tarbiyah yg mgkin kita x perasan atau x sedar. :)

BroHamzah November 19, 2010 at 5:33 PM  

(1) LuQMan M.J

Alhamdulillah, sedikit sharing daripada ana yang lemah ini.

Semoga sahabat-sahabat dapat memimpin ana dan membawa kepada jalan-jalan yang akan melorongi kita ke syurga.

\InsyaAllah
~ BroHamzah

sfatimahzj November 19, 2010 at 5:45 PM  

alhamdulillah..mungkin ni cara ALLAH 'menegur'

ummu November 19, 2010 at 8:33 PM  

salam saudra
MasyaAllah entry yang menyentuh kalbu
sungguh, ujian itu
walau sekecil maana pun
iaNya adalah tanda cintaNya
buat hambaNya

Unknown November 19, 2010 at 8:40 PM  

:) semuanya ialah pengajaran, jika manusia memikirkan. terima kasih bro ;)

BroHamzah November 20, 2010 at 4:13 AM  

(1)sfatimahzj

Teguran Allah SWT ianya sgt halus, berkesan dan mendidik. InsyaAllah

~ BroHamzah

BroHamzah November 20, 2010 at 4:15 AM  

(1) ummu

Ujian dan dugaan adalah peristiwa yang berlaku disekeliling kita. Ianya akan berlaku dan pasti akan berlaku. - Cuma bagaiman kita melihatnya dan bagaimana kita menjadikannya ibrah di dalam kehidupan.

~ BroHamzah

BroHamzah November 20, 2010 at 4:17 AM  

(1) iqbalsyarie

Sama-sama iqbal. Alhamdulillah, pengajaran itu sgt bermanfaat jika kita memikirkannya dengan akal yang disuluhi dengan keimanan dan ketaqwaan.

~ BroHamzah

.::: mr IQ :::. November 21, 2010 at 8:23 AM  

perkongsian yg cukup menyentuh hati dan menyentuh batang hidung ana...
trima kasih..

Post a Comment

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP