Pendinding Jiwa - Al-Mathurat

Sunday, November 7, 2010

Dinding- Ia kena kebal!


Pendinding Jiwa – Al Mathurat

Oleh : BroHamzah

“ Sekarang ini banyak betul cerita-cerita dan drama macam ini,” Komentar seorang teman di sisi.

Beberapa malam yang lepas, saya dan sahabat-sahabat memilih sebuah restoran AniSup Utara sebagai destinasi makan malam kami sebagai meraikan tetamu yang hadir ke tempat kami. Sambil makan, mata kami tertumpu kepada TV restoran.

“ Cerita Seram”

Itu slot rancangannya.

“ Cerita tahyul, khurafat dan seram macam inilah ramai orang minat,” Tambah seorang sahabat.

“ Dan, drama-drama macam inilah yang akan merosakan keyakinan kanak-kanak muslim tanpa sedar,” Cetus saya dalam hati kecil.

“ Dan, kesannya ramai yang kini semakin takut hantu berbanding takutkan Allah!,” – Rumusan mudah yang saya buat.

Takut Hantu, Histeria dan Darul Syifa’

Itulah keadaannya. Hari ini kerap benar berita-berita gangguan makhluk halus, histeria dan gejala meng “hantu” yang menghiasi dada akhbar serta menjadi pelaris kepada majalah-majalah picisan. Saya semakin gusar. Budaya takut-takut ini semakin menakutkan.

Krisis keyakinan terhadap Yang Esa semakin terhakis dan menghilang dalam kehidupan pengamalan masyarakat.

“ Pergilah ke tempat itu, nanti hantu datang,” Seorang ibu melarang anaknya pergi ke suatu tempat dengan amaran berbau “kehantuan”.

“ Kalau malas, nanti ayah hantar masuk hutan. Tinggal dengan sorang-sorang kat situ,” Ugutan ayah pun senada bunyinya.

Anak-anak ditakut-takutkan, diugut dan dididik secara tidak langsung dengan sindrom takutkan sesuatu yang bersifat sebegitu. Akhirnya, lihatlah kesannya pada hari ini. Kebanyakannya, lebih takutkan hantu yang menghantui mereka berbanding tuhan yang menciptakan mereka. Kesannya, sangat besar. Tidak takut Allah, dosa dan maksiat dilakukan tanpa malu, takut dan tiada segan bercampur silu.

Saya pernah bersembang dengan seorang pengamal perubatan Darul Syifa’ yang banyak membantu untuk menyembuhkan penyakit-penyakit berkaitan gangguan makhluk halus atau histeria ini. Katanya, salah satu puncannya ialah kebanyakan orang yang terkena gangguan ini adalah mereka yang jiwanya berada dalam lemah, lesu, kosong, dan tiada kekuatan ruhani yang kuat.

“ Kekadang, tekanan serta bebanan kerja boleh membuatkan ia lemah dan di saat inilah makhluk halus akan memainkan peranan,” Katanya lagi.

Pengalaman peribadi

Saya pernah diganggu oleh satu lembaga hitam di siang hari semasa saya di Universiti Malaya Nilam Puri suatu ketika dahulu.

Ketika itu saya benar-benar letih, dan balik ke bilik terus baring badan di atas katil. Hah, letih itu sangat memenatkan saya.

Tiba-tiba, dada saya seola-olah di tekan dengan begitu kuat.Sesak nafas dibuatnya. Saya cuba membuka mata tetapi begitu sukar. Saya dengan kudrat yang ada, saya cuba menjerit tetapi suara tersekat di kerongkok. Tiada suara yang keluar. Aneh.

Mata saya gagah dibuka. Dan – Ya Allah – Saya dapat lihat lembaga hitam yang besar tanpa wajah.

Hati saya ketika itu, beristighfar sebanyak-banyak. Ayat kursi dibaca berulang-ulang kali.

“ Ya Allah, Ya Allah,” Itu ayat yang terkeluar dari bibir tanpa sebutan yang jelas.

Saat itu, saya merasakan rakan saya berada di sebelah. Beliau sedang study dengan khusyuk, tanpa menyedari keadaan saya.

Namun, tiba-tiba

“ Allahuakbar..allahuakbar..” Kedengaran suara azan Asar dari Masjid Kampung Laut.

Dan, dengan izin Allah lembaga hitam yang berada di atas badan saya telah hilang. Saya tercungap-cungap sambil menarik nafas yang panjang.

“ Eh, kenapa Abang Ali?,” Tanya roommate saya. Beliau junior satu tahun daripada saya.

“ Tiada apa-apa,” Kata saya kepenatan. Saya tidak menceritakan hal ini kepadanya.

Kemudian, saya bangkit menuju ke bilik air, berwudhuk dan solat Asar.

Sejurus kemudian barulah hati dan jiwa saya tenang. Lalu saya mencapai al-Mathurat dan membacanya.

Petang itu, hati saya sebak. Tidak tahu mengapa.

Al- Mathurat – Pendinding diri yang utuh

Cerita yang tadi sebagai perkongsian bahawa, sesiapa sahaja boleh diganggu. Ketika keletihan, kepenatan, dan jiwa benar-benar kosong sama ada dari segi psikologi atau metafiziknya ia boleh berlaku kepada kita.

Cuma, bagaimana Rasulullah SAW mengajar kita dalam menguatkan jiwa, hati dan perasaan kita.

Jawapannya ialah doa dan zikir.

Pernah anda dengar, bahawa doa itu adalah senjata mukmin. Seharusnya, inilah yang menjadi keutamaan kita. Tok Guru Nik Aziz pernah memberi satu gambaran yang mudah, katanya : “ Senjata bagi seorang mukmin ialah doa. Amatlah pelik bagi seseorang yang mempunyai senjata tetapi tidak pernah digunakan untuk melawan musuh. Justeru, banyakkanlah berdoa dan menyuarakan hasrat kepada Allah SWT khususnya di waktu dinihari..”

Zikir Al-Mathurat, - pertama sekali saya diajar untuk membacanya ialah oleh emak saya. Kata emak ini adalah himpunan doa zikir yang di amalkan oleh Rasulullah SAW. Waktu itu saya masih kecil dan tidak tahu pun kepentingannya.

Tetapi, semenjak berada di sekolah menengah, saya dan rakan-rakan diminta untuk membaca zikir al-Mathurat selepas Asar setiap hari sebagai latihan kejiwaan. Bermula saat itulah, saya kerap mengamalkannya.

(1) Seharusnya kita jadikan zikir al-Mathurat ini sebagai zikir amalan harian. Mukmin sejati akan mengisi ruang masanya dengan berbagai amalan dan ibadah yang dapat mendekatkan dirinya dengan Allah SWT.

(2) Dengan membaca zikir-zikir yang diamalkan oleh Rasulullah ini bereti kita telah membentengi diri kita dengan senjata yang kukuh, sehingga terhindar dari gangguan syaitan yang terkutuk

(3) Imam Hassan Al-Banna telah membina jalan yang baik untuk mengikut Sunnah Rasulullah SAW. Beliau telah memilih dan menyusun al-Mathurat dengan mengharapkan bimbingan daripada Allah SWT agar terhindar daripada gangguan syaitan yang penuh angkara.

(4) Alangkah baiknya jika kita mengamalkan zikir ini setiap hati. Sama ada pagi atau petang. Siang atau malam.

(5) InsyaAllah semoga Allah redha, usaha kita. Ini juga adalah sebahagian tarbiyah ruhaniyah yang harus kita lalui. InsyaAllah.

Sekian, salam perkongsian dan selamat mentarbiyah diri untuk lebih kuat, cergas dan berupaya yang luar biasa!

6 comments:

hamba Ilahi,  November 7, 2010 at 2:48 AM  

salam ustaz,
zikir almathurat ni kalao dibaca waktu tengahari, atau malam pun boleh ya?tak semesti pagi atau petang?
~
n bagi perempuan yang uzur, bacaannya juga boleh dilakukan sebagai pendinding ya?

alhamdulillah sedang cuba untuk istiqamah~
moga Allah terus beri kekuatan.
amin~

Amin Misran November 7, 2010 at 5:51 AM  

"Takut pada hantu kita lari padanya, tapi takut pada Allah kita semakin dekat padaNYA" Abg Muhtad

Anonymous,  November 9, 2010 at 4:14 AM  

Kepada Hamba Ilahi,

Zikir Ma'thurat yang dibaca pada waktu pagi, menjadi pendinding kita sepanjang hari. Bila dibaca di waktu petang, menjadi pendinding kita sepanjang malam. Jadi membacanya di waktunya lebih afdhal.

Wallahu'alam

Ummu 'Ali

BroHamzah November 9, 2010 at 4:30 AM  

(1) Hamba Ilahi

Ummu `Ali telah menjawab, tetapi jika ingat baca pada bila masa pun boleh, tiada masalah.

(2) Amin Misran

Syukran, anta mengingatkan ana kepada Abang Muhtad

(3) Ummu `Ali

Syukran, mak. Nantikan kepulangan anak mu ini.

Syukran atas coretan
- BroHamzah

ansyirah November 10, 2010 at 6:26 AM  

salam alaik, izinkan ana utk letak di blog ana ye artikel brohamzah.

insyaAllah disertakan linknya.

http://anisrosdi.blogspot.com

BroHamzah November 12, 2010 at 7:33 PM  

(1) anis syahirah

Dipersilakan, syukran

~ BroHamzah

Post a Comment

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP