Wajah Keimanan dan Kesolehan
Monday, March 1, 2010
Saya secara peribadi saya suka melihat wajah-wajah para ulama yang warak dan soleh. Melihat wajah mereka, menyebabkan hati saya terisi dengan sesuatu yang indah. Jiwa terasa tenang dan perasaan ini sukar digambarkan melalui kata-kata mahupun tulisan.
Para ulama dan individu yang soleh ini,mempunyai hubungan yang kuat dengan Allah SWT. Jiwa mereka dekat dan hampir dengan Allah SWT malah kecintaan mereka kepada Allah SWT itu membuak-buak dan sentiasa berpanjangan setiap ketika dan waktu.
Malah, ia sebenarnya memberi kesan kepada kita yang melihatnya. Memberi kesan kepada sesiapa yang mendampingi. Malah, walaupun hanya dengan memandang wajah mereka, ia menggugat perasaan kita. Bagi saya, para ulama dan orang-orang yang soleh ini walapun hanya dengan memandang wajah mereka, ia dapat mengingatkan kita kepada Allah SWT. Apabila mendengar tutur kata dan bicara mereka, ia akan menaikan semangat kita untuk beramal soleh dan menambahkan kecintaan kita kepada akhirat apabila melihat amal yang mereka laksanakan.
( Surah Yunus : 26)
Pernah seorang sahabat Rasulullah SAW iaitu Ibnu Abbas berpesan :
Firman Allah SWT juga di dalam Al-Quran
"..Kamu lihat mereka rukuk dan sujud mencari karunia Allah dan keridaan-Nya, tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka dari bekas sujud."
Pertama : Tanda itu akan ternampak di akhirat kelak sebagaimana firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 106 " Di hari yang Allah memutih dan menggelapkan wajah" dan juga dari surah At-Tahrim ayat 8.
Kedua : Tanda ini akan terzahir di dunia lagi. Terdapat dua kemungkinan yang disebut,
Justeru secara umumnya, tanda hitam di dahi, boleh membawa erti tanda sujud yang banyak dan lainnya. Jika tanda sujud itu diiringi dengan sifat-sifat mahmudah dirinya dan wajahnya yang menepati ciri kedua di bawah, lalu ia kemungkinan besar tanda yang benar.
Sahabat besar nabi seperti Ibn Abbas pula menjelaskan maksud tanda itu dengan katanya ( Tafsir Ibn Kathir, 4/205 ; Ad-Durr Al-Manthur, As-Suyuti, 7/453 ) :-
Pertama, Raut yang baik dan menyenangkan, taqwa dalam urusan agamanya dan pemalu. ( Riwayat Al-Baihaqi dan Ibn Mardawaih)
Kedua, Wajah putih bercahaya di hari kiamat ( Riwayat Al-Bukhari dalam At-Tarikh)
Inilah kesan kebaikan dan kesan wudhuk orang-orang soleh. Wajah mereka memancarkan sinaran putih dan inilah cahaya keimanan yang menyinari kehidupan mereka.
Mujahid Fathi Yakan
Salah seorang tokoh Ulama’ yang sangat saya suka lihat wajahnya ialah As Syahid Imam Hassan Al-Banna. Wajahnya tenang dan sentiasa tersenyum. MasyaAllah, walaupun saya hanya melihat gambarnya sahaja, saya yakin Imam Hassan Al-Banna adalah seorang ulama yang sangat soleh dan hatinya hidup serta sentiasa berhubungan dengan Allah SWT.
Pernah suatu ketika dahulu, seorang sahabat saya yang baru pulang dari Mesir memasang satu kuliah ringkas seorang ulama Mesir. Kuliah itu di dalam bahasa Arab, bahasanya lunak dan suara menyentuh jiwa saya ketika itu.
“ Anta tahu ini suara siapa?,” Soal sahabat saya.
“ Manalah ana tahu, anta suruh dengar sahaja,” Balas saya.
“ Inilah suara Imam Hassan Al-Banna,” jawabnya.
“ Ya ke?”, Jawab saya dengan reaksi yang terpegun.
Suaranya sahaja memberi kesan kepada jiwa sesiapa yang mendengarnya. Begitu juga dengan melihat wajahnya. MasyaAllah. Sidang pembaca boleh lihat gambar yang saya sertakan disini, Inilah ulama-ulama yang soleh dan berjuang menegakkan Islam dalam kehidupan mereka dan sewajarnya kita mengambil mereka sebagai contoh kita untuk beramal secara lebih serius.
PENGAJARAN
Seharusnya, kita mencintai orang-orang soleh dan menjadikan kesungguhan mereka dalam beramal dan berjihad sebagai contoh ikutan kita.
Saya sering kali terbayang-bayangkan akan wajah Rasulullah SAW. Tentunya wajah Baginda sangat indah, menyenangkan dan pasti dirindui oleh sesiapa sahaja yang memandang baginda.
Jabri Ibnu Samurah RA meriawayatkan “ Aku melihat Rasulullah SAW pada suatu malam yang terang benderang oleh cahaya bulan. Baginda memakai baju berwarna merah. Aku menatap Baginda dan memandang bulan. Sungguh, menurutku Baginda lebih indah daripada bulan."
Tentunya, wajah ahli maksiat itu berbeza dengan wajah orang yang soleh. Walaupun ia berkulit cerah, namun kesan dosa itu tampak kelihatan pada wajahnya. Wallahu'alam, tidak bermakna berkulit gelap itu bermakna banyaknya dosa kita tetapi ada ketikanya riak wajah air muka itu boleh menggambarkan keadaan hati kita
Saya pernah membaca satu sirah bahawa ada ahli Salafusoleh yang sentiasa memandang wajahnya ke arah air atau sungai. Katanya aku bimbang, akan tanda-tanda dosa pada wajahku. Sekiranya wajahku tidak berseri, mungkin hati ku juga tidak bersinar. Lantas, jika ada tanda kesan dosa pada wajahku, aku segera bertaubat.
Saya tidak pasti bagaimana tanda dosa itu pada wajah secara mutlak. Namun, secara umumnya seseorang itu sendiri akan tahu keadaan dirinya, sama ada hatinya bersih atau kotor. Semoga kita, tergolongan dalam golongan orang yang peka akan keadaan dirinya
7 comments:
1)- BroHamzah
Ya Allah, berikanlah kepadaku perasaan cinta dan kasih kepada orang-orang yang soleh.
Ilahi, jadikanlah insan-insan disekelilingku orang-orang yang beriman, bertaqwa, soleh dan sentiasa menemaniku menuju keredaan-Mu.
InsyaALLAH.
ya.. benar. di akhirat kita akan bersama dengan siapa yang kita cintai. jika ulama' y kta cintai maka, kita akan bersama mereka. insyaALLAH
cintai ulama' kerana cinta mereka kepada ALLAH.. buka taksub ulama'
insyaALLAH orang2 yang berilmu memahami bicaraku..
good post akh! salam mujahadah
Subhanallah... T_T
Speechless.
Syukran kathira atas perkongsian ini.
1)- zahra'
Alhamdulillah, hajat benar ingin bersahabat dan dikelilingi bersama orang-orang soleh seperti para ulama.
Hajat benar ingin mendengar mutiara kata yang keluar daripada bibir mereka yang terpelihara.
Hajat sungguh untuk memandang dan menatap kejernihan wajah mereka yang tenang dan mendamaikan.
Hajat sebenar hajat ingin menuntut ilmu dibawa suluhan tunjuk ajar mereka, agar diri ini terjaga daripada bisikan syaitan yang menyesatkan.
Hajat - benar.
1- SERVANT
Afwan, semoga ia mendidik hati dan jiwa.
BroHamzah
marilah kita berkasih dengan menjadikan mereka sebagai model untuk kita mencontohi akhlak mereka yang mulia yang membuatkan sesiapa pun terpegun bila melihatnya.
Salam akhie...
MasyaAllah...
perkongsian yg menyentuh hati...Ulama itu perawis ambiyaa...model2 yang boleh dijadikan dlm Islam terlampau byk,,ttp ramai anak muda yg lebih mengmbil artis2 sebagai idola..
Syukran atas perkongsian...
Post a Comment