Mengutip Ibrah Dalam Kehidupan
Monday, March 29, 2010
Perkongsian : Mengutip Ibrah Dalam Kehidupan
Oleh : BroHamzah
Semalam 27 Mac 2010, ketika saya sedang menyaksikan konsert mini Malam Amal Untukmu Palestin, saya mendapat satu mesej ringkas dari seseorang.
Nama tertera pada skrin telefon bimbit saya
Suhaib Shafiee”
Saya agak terkejut dan kaget. Kerana sudah lama tidak bermesej dengan sahabat saya ini selepas dia mengalami kemalangan 2 minggu lepas. Saya pernah kongsikan . “ Berita mengejutkan.”
[ “Assalamualaikum, Abang Ali. Apa khabar?.” ]
Lama saya merenung mesej ini. Mungkin bagi yang mengetahui keadaan Suhaib Shafiee semacam tidak percaya bahawa beliau sudah sedar dan mampu bermesej.
[ “ Ana sihat,Alhamdulillah. Anta macamana sekarang. Ana minta maaf kerana tidak dapat ziarah nta. Hajat sangat. Tetapi belum ada kesempatan sehingga kini. “]
Balas saya ringkas.
Agak lama menunggu balasan mesej Suhaib.
[ “ Ana Alhamdulillah… Cuma Allah tidak izin bercakap lagi buat sementara waktu ini.” ]
Saya rasa terharu membaca mesej ini.
Saya balas dengan ringkas.
[ “ Akhi, Ana harap nta tabahkan hati dan banyak bersabar. Kuatkan hati, ana sentiasa doakan anta.”]
[ “ Syukran Abang Ali, Ana tiap-tiap hari mengalirkan air mata.. Mengenangkan dosa yang ana lakukan sebelum ini… Cukup setakat enta doakan kesejahteraan ana..”]
Mesej Suhaib ini menyebabkan saya sayu dan sebak. Dengan perasaan yang begitu, saya membalas kepadanya .
[ “ Akhi, apa yang berlaku kepada kita, adalah ketentuan Sang Maha Pengasih. Ana menangis dan gugur jua air mata ana apabila mengenangkan apa yang berlaku kepada anta. Berat mata ana memandang dan berat lagi bahu anta untuk hadapi semua ini. Redha adalah kekuatan untuk jiwa anta. Yakinlah sahabatku, di sana terdapat HIKMAH yang tersirat yang kita tidak ketahui. Doa kami untuk anta. Ana uhibukafillah.”]
Perasaan seorang sahabat
Saya tidak dapat menulis dengan baik, kerana jiwa saya agak terganggu. Apa yang berlaku kepada Suhaib, banyak meninggalkan kesan buat diri saya. Di sini, antara yang rapat dan akrab dengan saya adalah Suhaib.
Yang selalu bertanya khabar, jika saya memerlukan bantuan dan pertolongan
Semoga Allah SWT, merahmati dan menyembuhkan sahabat saya ini dengan sesegera mungkin. Dan Allah kurniakan sifat ketabahan dan keredhaan dalam jiwa dan hatinya.
Tarbiyah diri dengan apa jua peristiwa yang berlaku
Ibrah dan pengajaran apa yang menimpa akhi Suhaib adalah suatu ibrah yang sangat mendalam kesan dan pengaruhnya kepada kami di sini. Sebenarnya banyak perkara yang kita boleh belajar daripada apa yang terjadi ini. Semoga perisitiwa ini adalah teguran, peringatan dan pengajaran daripada ALLAH SWT kepada kita semua, generasi muda untuk perancangan di masa hadapan.
Sebelum ini Abu Umar ada memperingatkan kita tentang kepentingan kita merancang tenaga dan masa kita dalam pengendalian program. Antara asbab yang berlaku peristiwa baru-baru ini ialah kerana sahabat kita keletihan dan mengganggu penumpuan mereka kerana menguruskan program. Seharusnya kita dalam melaksanakan kem perlu bijak dan sentiasa mengambil peluang untuk berehat dan bertenaga agar kita mampu perform sepanjang kem berlangsung.
Trend generasi muda kini dalam
Dalam pemerhatian saya, kebanyakan kem saya ikuti kebanyakan Ahli Jawatan Kuasa komuniti program akan melaksanakan kem dengan bertungkus lumus dan usaha yang bersungguh-sungguh. Namun, mereka mengabaikan satu aspek yang sangat penting iaitu diri mereka sendiri.
Mereka tekun menyiapkan setiap tugasan yang diamanahkan tetapi mereka bagaikan terlupa untuk memberikan ruang serta peluang badan mereka rehat dan waktu untuk mengumpul tenaga.
Abu Umar selalu ingatkan saya, kita kena rancang penggunaan tenaga kita. Jika kem itu mengambil masa 3 hari, rancang dan agihkan kerja agar kita betul-betul cukup rehat dan boleh menjalankan program dengan baik dan selesa.
Ada waktu, perlukan pengagihan waktu dan masa. Ada individu yang berehat dan ada yang berkerja. Penjadualan pengiliran gerak kerja dalam suasana kem atau program adalah sesuatu yang perlu!!
Kebanyakan kita juga, begitu ghairah menjalankan aktiviti program dan pengisian untuk para peserta, tetapi kekadang mereka terlupa untuk pengisian diri sendiri. Ada yang sibuk untuk mengurus tugasan jawatan kuasa, sehingga menunaikan solat fardu di akhir waktu. Ada ketikanya juga, Al-Quran terlupa untuk ditatap dan dibaca sehingga jiwa rasa kekosongan dan kaku. Semua ini adalah suatu yang realiti kerana ketika program berlangsung kebanyakan kita sibuk dengan urusan kerja masing-masing.
Ingatan berguna
Hebatnya program kita bukannya kepada pengurusan yang mantap, alatan bantuan program yang canggih serta uptodate, program berjalan dengan begitu lancar tanpa cacat cela atau program itu Nampak gah dan bersifat mega. Tetapi yang kita tekankan ialah keberkesanan program itu kepada diri kita sebagai pengajur, urusetia mahupun peserta. Program yang baik ialah program yang mendekatkan diri kita kepada ALLAH SWT dan hati serta jiwa kita sentiasa berhubungan dengan ALLAH SWT.
Inilah keberkatan yang akan ALLAH SWT berikan sepanjang program jika aspek-aspek dalaman seperti ini dijaga dan dititik beratkan. Saya suka ingatkan tentang nasihat Ustaz Muhtad, sahabat saya setiap kali kami laksanakan kem atau program :
Pertama, kita jaga hubungan hati kita dengan Allah SWT, jaga keikhlasan dan niat kerana Allah SWT.
Kedua, jaga Solat Tahajud dan bangun ditengah malam sewaktu kem untuk bermunajat mohon agar Allah SWT permudahkan perjalanan kem ini.
Ketiga, kita melaksanakan kem ini hendaklah pergantungan kita sepenuhnya kepada Allah SWT bukan kepada persiapan dan persediaan kita yang mantap.
Keempat, memelihara ukhuwah sepanjang program berlangsung semasa urusetia mahupun peserta. Banyak berdoa dan hubungkan jiwa dengan Allah SWT agar Allah SWT permudahkan
Kelima, menitik beratkan ibadah harian tanpa sebarang pengabaian walaupun sesibuk mana. Solat Fardu, Al-Quran, Zikrullah dan lain-lain.
Inilah ibrah buat semua
Inilah pengajaran yang saya perolehi daripada peristiwa yang menimpa sahabat saya ini. Semoga kita semua sedar akan hakikat ini. Seorang Trainer dan juga veteran yang begitu berpengalaman dalam pengendalian kem, Pak Cik Mustafa Kamil selalu ingatkan saya tentang 3 perkara ini apabila melakukan kem :
“ Kerja macam kuli”
“ Makan macam raja”
“Tidur seperti permaisuri”
Maksudnya, kerja kuat dan bersungguh-sungguh, makanan biar cukup untuk tenaga, dan rehat pastikan mencukupi dan selesa!
Kerendahan hati, selalu merujuk, dan banyak bertanya kepada mereka-mereka yang lebih berpengalaman dalam apa jua hal agar kita sentiasa dipandu dan dibimbing kerana, di situlah terletak nilai sebuah perkongsian, keakraban dan kemesraan generasi muda dan generasi berusia!
2 comments:
Salam perjuangan anakda rijal aqidah!
Memang tepat setiap isi bicara yg anakda perturunkan di luahan kali ini.
Beberapa patah kata-kata yg ingin ibu kongsikan...
Sememangnya Allah berikan kita kebijaksanaan dlm mnguruskan berbagai aktiviti...namun kadangkala kita mudah alpa. tenaga yg kita gunakan sehabis maksima.Melupai yg menganugerahi kebijaksanaan itu adalah Yang Maha Bijaksana. Kita perlu bergantung dan mengharapkan kekuatanNya. Bukan kekuatan dan kebijaksanaan kita semata-mata.
Setiap yg telah berlaku adalah proses pematangan untuk kita telusuri perjalanan yg masih jauh...Hinggalah sampai ke destinasi...kita redha dan Dia meredhai.
wallahu'alam.
Syukran Ummu Anas di atas coretan dan ingatan tambahan ini. Kami generasi muda sangat-sangat memerlukan tunjuk ajar dan bimbingan daripada generasi Ummu Anas agar kerja-kerja ini dapat dlakukan dengan panduan yang terdidik.
Post a Comment