Nota Kehidupan ~ Catatan Ringkas

Wednesday, March 10, 2010

Manfaatkan peluang & kesempatan di dunia untuk mengumpul bekalan yang berkualiti dan bermutu

Nota Kehidupan
Oleh : BroHamzah

Satu

Sejak seminggu lalu, ada sebahagian di kalangan para pelajar SPM dan STPM 2009 yang menghubungi saya sama ada melalui SMS, FB dan juga email agar mendoakan kejayaan mereka dan berharap agar mereka mendapat keputusan yang terbaik.

Saya tidak pandai untuk menulis dan membalas segala hajat itu melainkan :


“ InsyaAllah, semoga keputusan yang keluar nanti adalah yang TERBAIK dan mendekatkan diri anta dengan Allah SWT.”



Satu perkongsian yang baik untuk mereka-mereka yang akan mengambil result pada hari ini, bolehlah membaca, meneliti dan menghayati tulisan perkongsian sahabat saya HILAL ASYRAF di blognya Langit Ilahi.



Harapan saya kepada para pelajar SPM 2009 sama ada di MATRI, SMIK, SMAKL, adik-adik peserta JATIDIRI dan juga yang pernah saya kendalikan kem MOTIVASI anda pada tahun lepas agar sentiasa menjaga hubungan dengan Allah SWT sepanjang masa. Doa ini adalah doa untuk semua!

Dua

Hujung minggu ini bermula esok, saya akan berada di Utara. Menghadiri beberapa program dan juga dalam rangka Ziarah Muhibbah sahabat-sahabat yang berada di sana.




Berikut adalah beberapa program yang akan saya hadiri dan terlibat : Perkongsian Ceramah “ Hakikat Kehidupan Manusia” di Sekolah Agama At-Toyyibah, Ceramah Motivasi : Kuasa Hijrah From Zero to Hero di Kem Motivasi Pelajar Sekolah Menengah Tengku Suleiman, dan Forum PEWARIS 5 yang akan berlangsung pada hari Sabtu ini.

Semua ini adalah satu cara untuk saya berkongsi kefahaman dan kehidupan ini dengan para pelajar dan peserta kem yang akan saya hadiri. Semoga Allah SWT permudahkan.

Tiga



Cuti sekolah sudah bermula. Buat adik-adik dan para pembaca yang masih di sekolah, gunakan masa cuti ini untuk bersama keluarga, eratkan hubungan silaturahim, isikan masa dengan mengikuti kem-kem yang bermanfaat dan jangan lupa buat homework yang diberi oleh cikgu!

Empat

Masa yang ada ini terus berlalu dan usia kita semakin meningkat!
Seharusnya dalam usia yang muda ini kita optimumkan segala kudrat yang ada untuk kerja-kerja yang boleh memberi manfaat kepada semua orang.
Aplikasikan konsep “ Hidup Boleh Tumpang ini!,” Di mana sahaja kita berada.
Sekian!!

0 comments:

Post a Comment

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP