Genap 25 Tahun - Menuju Kedewasaan!
Friday, March 19, 2010
Semalam, genaplah usia saya 25 tahun dalam tahun Masihi. Tahun yang terus menerus akan menyaksikan pelbagai perubahan dan peningkatan demi peningkatan yang akan saya alami dan rasai.
18 Mac 1985
Tarikh kelahiran seorang bayi, anak sulung kepada pasangan suami isteri Jamalludin Ramli dan Hasnah Rashid telah tercatat dalam sejarah perjalanan kehidupan ini. Kelahiran bayi ini memberi satu titik bermulanya pancaran sinar kebahagiaan kepada sisi keluarga yang telah dibina dan anugerah ini disambut dengan lafaz kesyukuran yang tinggi kepada Ilahi.
Saya, bersyukur dan sangat bersyukur. Kerana Allah SWT telah memberi peluang untuk hidup di dalam kehidupan di dalam dunia ini. Dilahirkan dalam sebuah keluarga yang bahagia, dan mementingkan kesederhanaan, saya hidup dengan tenang, damai dan ceria. Saya sukakan kehidupan saya pada hari ini.
Ia bermula dengan iman
Dalam tempoh 25 tahun usia saya, saya amati kebahagiaan dan ketenangan hidup terletak kepada keimanan dan keyakinan kepada Allah SWT. Ia bukannya secara mutlaknya terletak pada kemewahan, kekayaan, kemegahan,kemasyhuran, kebijakan dan kepandaian semata-mata. Apa yang saya fahami asas dan tunjang kepada kebahagian itu pada iman kepada Allah SWT. Apabila iman mulai bertapak di hati seseorang dan ia diletakan sekukuhnya di hati itu, insyaAllah bibit-bibit ketenangan akan mula menguasai kehidupannya.
Benarlah kata-kata Prof Dr Yusof Al-Qardawi :
“ Imanlah satu-satunya unsur yang dapat mencipta perubahan dalam jiwa manusia dan menjadikan manusia itu dalam bentuk yang baru, sehingga berubah pada pandangan hidup dan jalan yang ditempuhnya.”
Dan inilah perkara yang sangat-sangat saya hargai dalam hidup saya, iaitu nikmat beriman, yakin dan percaya kepada kekuasaan Allah SWT. Dengan keimanan ini jiwa saya benar-benar terdidik dan bertapaknya keyakinan kepada janji-janji Allah SWT serta ancamannya.
Matlamat dan Halatuju Kehidupan
Berada dalam proses pendidikan Iman ini menjadikan hidup saya mempunyai matlamat dan tujuan. Saya tahu siapa diri saya yang sebenarnya. Saya mengetahui matlamat hidup saya dan saya tahu kemana akan saya pergi selepas ini. Proses tarbiyah ini telah membentuk satu konsep kehidupan yang jelas dalam kehidupan saya dan peta perjalanan hidup saya sudah pun ada dalam minda saya. Dan hingga tahap ini, saya perlu melaksanakan segala apa yang saya fahami ini dalam praktikal hidup saya secara berterusan hinggalah ke akhir hayat.
“ Tarbiyah adalah nadi kehidupan ana. Tanpa tarbiyah ana tidak boleh hidup dan survive,” Kata saya kepada seorang sahabat saya dengan serius.
Tanpa proses keimanan, jiwa saya akan kaku, lesu, hambar dan tidak bermaya. Inilah kefahaman yang saya faham. Saya sentiasa berdoa kepada Allah SWT supaya Allah SWT terus mengekalkan diri saya, hati saya, jiwa saya, pemikiran saya dan kehidupan saya bersama TARBIYAH ISLAMIYAH.
Persiapan, persediaan dan peningkatan DIRI
Kini, saya sedang melakukan persiapan menuju kedewasaan, kematangan dan membina kewibawaan. Selepas saya habis belajar pada tahun 2008, saya meletakan target 5 tahun selepas belajar adalah masa menimba pengalaman dan meningkatkan diri. Tahun 2009, saya tinggal di Perlis, dan Alhamdulillah sepanjang tempoh itu banyak ilmu, pengetahuan, pengalaman dan perkongsian yang saya perolehi daripada ustaz-ustaz, murabbi-murabbi, guru-guru, dan sahabat-sahabat senior. Dan kini 2010, saya di Kelantan suatu pengalaman yang berharga dan bernilai sedang saya lalui. Alhamdulillah.
Dalam usia muda, saya berpandangan bukan keselasaan, kesenangan, kemewahan dan kewangan yang banyak menjadi TARGET utama dalam kehidupan. Bagi saya, usia yang muda adalah usia untuk mencari, mengutip dan mengembangkan pengalaman bersama mereka-mereka yang berusia dan berpengalaman. Inilah HARTA yang sangat bernilai dan berharga bagi saya. Dan inilah FOKUS, HASRAT, dan TARGET saya dalam tempoh 5 tahun ini.
Peristiwa yang meninggalkan kesan dalam hidup saya
Dalam tempoh setahun dua ini, terdapat beberapa peristiwa yang sangat meninggalkan kesan kepada saya. Antaranya, ialah pemergian sahabat saya Muhammad ‘Ammar Bin Zulkifli. Dalam usia yang muda Allah SWT menjemputnya dan peristiwa ini sangat-sangat meninggalkan kesan kepada saya. Kematian itu boleh menjemput kita pada bila-bila masa sahaja sama ada usia muda atau pun muda. Dan kini, saya sentiasa memikirkan tentang diri saya. Bersediakah saya menghadap Allah SWT dalam keadaan hati dan jiwa saya yang kotor ini? Sanggupkah saya bertemu Allah SWT dengan bekalan yang tidak seberapa ?
Peristiwa pemergian Ammar ini telah menyentuh hati saya.Benarlah Kata Ibnu Hajar Al-Asqalani :
“ Jika kamu inginkan pengajaran, cukuplah kematian itu sebagai pengajaran.”
Saya selalu diingatkan tentang perkara ini. Kita akan dijemput oleh Allah SWT. Kita semua akan menemui kematian. Kita akan dan pasti menuju ke akhirat melalui pintu kematian.
Kini, saya sedang belajar dan melaksanakan “seni” untuk bersiap menuju hari-hari pertemuaan dengan Allah SWT.
Dan, peristiwa yang menimpa Sahabat saya Saudara Suhaib Shafiee juga meninggalkan kesan tersendiri kepada saya. Semoga Allah SWT berikan kekuatan kepadanya.
Anjakan perubahan dan Kuasa Hijrah
“ Ada tiga perkara penting yang akan anta lalui dalam kehidupan. Iaitu melakukan PEMILIHAN, membuat KEPUTUSAN dan sanggup BERKORBAN.” Nasihat Dr Abdullah Sudin kepada saya pada suatu hari.
Dalam kehidupan, kita perlu membuat pemilihan. Itu hak kita. Oleh itu buatlah pemilihan dengan bijak dan dipandu oleh IMAN & TAQWA. Kemudian kita perlu membuat keputusan di atas pemilihan kita. Kemudian, hasil daripada keputusan itu, kita perlu sanggup berkorban untuk mencapai keinginan dan hasrat kita.
Terus melakukan peningkatan
Saya terus dan akan terus memperkasakan diri. Kuasa Hijrah akan diperhebatkan khususnya buat diri saya ini. Saya sentiasa berdoa kepada Allah SWT, agar terus kuatkan TEKAD dan teguhkan JIWA saya untuk terus berada dalam naungan keimanan Allah SWT. Ini sahaja hasrat saya, saya berharap dan selalu berdoa jika kematian itu menjemput saya biarlah dalam keadaan Allah SWT meredhai saya. Biarlah saya menghadap Allah SWT dalam keadaan tersenyum dan jiwa saya bersih serta jernih. Amin.
Penutup Bicara
Ada orang Tanya saya soalan cepu emas, “ Hai, usia pun dah 25 tahun. Tak kan masih hidup berseorangan?,”
Saya tersenyum. Inilah saya masih single dan berseorangan…
9 comments:
salam ukhuwah..
nice for sharing akhie...(",)
benar apa yg telah dikatakan, hidup dengan penuh keimanan lebih bererti dari hidup dlm kejahilan kerna semua yg dilakukan adalah kerana DIA..semata-mata kerna DIA...
moga dgn kuasa HIJRAH itu mampu mengukuhkan bentang2 keimanan kpdNya..ameen ya robb
1)- bidadari besi
Syukran, agar Allah menerima kita sebagai hamba-Nya
to bro..
sis juga mengharapkan setiap kebaikan untuk enta..moga thabat dalam medan dakwah.. pinjam kata2 syeikh hadi.. "berhijrah sekalipon sukar" pastinya sepanjang perjalanan hidup kita hanya u islam..takbir!!
tak sangka ustaz masih single...huhu..
salam...
semoga perjalanan yg mendtg lbih bermakna dgn ditemani kemanisan iman...
thank for sharing..~
1)- nadya solahuddin
Alhamdulillah, syukran. Kita semua doakan kebaikan utk diri dan semua insan.
Saya suka ungkapan " Berhijrah walaupun sukar!."
Syukran.
1)- iqbalsyarie.
Single but not available.('',)
- BroHamzah
1) - Hadi
Terima kasih, kehidupan ini indah, bahagia, tenang dan mendamaikan bersama kekasih abadi, keimanan kepada Allah SWT.
~ BroHamzah
Syukran atas perkongsian..
Menyedarkan diri saya yg meningkat dewasa ini untuk menghargai setiap detik kehidupan.
Doakan saya ya tuan. :)
Post a Comment