Memandu adalah Ibadah
Sunday, March 7, 2010
Oleh : BroHamzah
Alhamdulillah, saya sering kali diberi peluang oleh Allah SWT untuk bermusafir bersama Ketua Eksekutif KTD, Dr Abdullah Sudin Abd Rahman. Dalam masa permusafiran ini, banyak perkara yang saya belajar dan menimba ilmu pengalaman daripada beliau.
Hujung Minggu
Dr Abdullah, senang sekali berkongsi pengalaman hidupnya dengan saya. Jadi sepanjang permusafiran itu saya akan mendapat ilmu-ilmu dan pengalaman yang baru. Bagi saya ini suatu yang amat besar nilaiannya. Pengalaman seseorang jarang sekali kita perolehi daripada pembacaan buku dan ia selalu melalui perbicaraan serta sembang-sembang yang tidak formal.
“ Nak memandu kereta pun ada konsepnya,” kata Dr Abdullah.
“ Ada orang memandu kereta dengan tujuan ingin cepat sampai ke tempat yang dituju. Dan ada juga yang memandu dengan mementingkan aspek keselamatan. Dan bagi saya, keselamatan itu adalah keutamakan dalam pemanduan ini,” Jelas Dr Abdullah.
Keselamatan Dalam memandu kereta
Bagi saya yang berdarah muda ini, kekadang fokus dalam memandu adalah untuk cepat sampai. Dan memang seronok pun bawa kereta dengan kelajuan yang tinggi.(“,)
“ Memandu juga kena jadikan ia sebagai ibadah!,” Selit Dr Abdullah.
“ Kalau tidak rugi saja kita driver jauh-jauh ini. 5-6 jam dalam kereta tetapi tidak dapat pahala!,” Kata KE kepada saya.
Memandu dengan bijak
Memandu kereta adalah suatu keperluan kepada hari ini. Bagi adik-adik yang lepasan SPM semestinya ramai yang sedang membuat lessen kereta. Mungkin ada yang baru mula membuat ujian komputer, mungkin juga ada yang sedang di peringkat belajar memandu , barangkali juga ada juga yang sedang menunggu untuk proses diuji oleh pihak JPJ dan ataupun barangkali juga ada yang tunggu saat untuk mengulang ujian memandu( Fail atau terkandas dalam ujian!).
Nasihat saya, belajarlah juga adab dan etika dijalan raya. Ada sesetengahnya menjadikan jalan raya itu sebagai JALAN SAYA. Bawa kereta sesuka hati tanpa mempedulikan orang yang berada disekeliling kita. Akhirnya, cacian, sumpah serahan dan pertengkaran boleh berlaku hanya kerana perkara kecil.
“ Oh..butakan, tak Nampak ka!”
“ $%&&8..mangkuk betul, budak ini.Bawa macam apa jet.”
“ Ishh..menyusahkan la.”
Jika kita memandu, tetapi cara kita memandu menyusahkan pengguna jalan raya yang lain, itu sudah tersasar daripada konsep bantu-membantu dan memudahkan orang lain. Perasaan kurang senang dan selesa itu akan mengganggu tumpuan pemandu yang lain dan besar kemungkinan ia boleh membawa kepada perkara yang lebih buruk.
Kes kemalangan jalan raya yang direkodkan oleh pihak trafik menunjukan angka peningkatan saban tahun. Punca kepada faktor peningkatan ini yang terbesarnya ialah faktor SIKAP pengguna jalan raya.
Cara memandu juga melambangkan sahsiah keperibadian kita. Sehingga ke tahap ini, kita harusnya menunjukan sahsiah dan berakhlak dalam memandu. Pemandu berhemah itu juga adalah ciri-ciri akhlak Islam.
Kesimpulan
Bagi, semua yang akan, sedang dan telah memandu kereta. Marilah sama-sama kita jadikan pemanduan kita juga adalah ibadah. Apabila naik kenderaan, sedutlah bismillah. Lafazkan juga doa’ menaik kenderaan dan istighfar kepada Allah SWT. Kita sebenarnya tidak mampu mengawal kenderaan kita dan pada hakikatnya yang Maha Berkuasa iaitu Allah SWT lah yang mengawal kenderaan kita.
Bagi mahasiswa/I yang bermotor, tunggangilah motor anda sebaik dan sehemah mungkin.
Bagi yang masih belajar memandu, betulkan dulu NIAT dan SIKAP anda terhadap konsep pemanduan. Kita belajar, kita amal dan kita akan amalkan dalam kehidupan. InsyaALLAH ganjaran pahala itu akan kita perolehi. Allah SWT juga redha dengan tindakan kita ini.
Wah! Indahnya Islam, bawa kereta pun dapat pahala.
0 comments:
Post a Comment