Hidup Menuju Syurga

Wednesday, March 3, 2010

Pernahkah anda terbayangkan syurga?


Hidup Menuju Surga


Firman Allah swt yang bermaksud:

''Kehidupan akhirat adalah lebih baik dan lebih kekal.''

( Al-A'laa : 17).


Hidup adalah kumpulan hari, bulan, dan tahun yang berputar tanpa pernah kembali lagi. Setiap hari umur bertambah, usia berkurang. Hal itu bererti kematian kian dekat. Semestinya kita kian arif dan bijak menjalaninya, tetap dalam kesolehan, bertambah kuat akidah, semakin khusyuk dalam beribadah, dan mulia akhlak. Pada puncak kebaikan itu lalu kita meninggalkan dunia, insyaAllah, itulah husnul khatimah.

Inilah impian, hajat, hasrat dan target kita di akhir hayat nanti. Tidak begitu?

Kehidupan jasad hanyalah sementara di dunia. Sedangkan kehidupan roh mengalami lima fasa, iaitu: arwah, rahim, dunia, barzakh, dan akhirat. Bererti hidup di dunia hanya terminal pemberhentian menuju akhirat.

Allah SWT mengingatkan,

''Kehidupan akhirat adalah lebih baik dan lebih kekal.''




(Al-A'laa : 17).

Rasulullah SAW menggambarkan bahawa hidup ini tidak ubahnya seperti seorang musafir yang berteduh sesaat di bawah pohon yang rendang untuk menempuh perjalanan tanpa batas. Kerana itu, bekal perjalanan mesti disiapkan semaksima mungkin. Sebaik-baik bekal adalah takwa.

‘…dan apa jua kebaikan Yang kamu kerjakan adalah diketahui oleh Allah; dan hendaklah kamu membawa bekal Dengan cukupnya kerana Sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah memelihara diri; dan bertaqwalah kepada-Ku Wahai orang-orang Yang berakal (yang dapat memikir dan memahaminya).”

(Al-Baqarah : 197).


Orang yang bertakwa adalah orang yang sangat cerdas. Ia tidak mahu terjebak pada ''keenakan'' sesaat, tetapi menderita berkepanjangan. Kerananya, ia mengolah hidup yang sesaat ini menjadi bererti untuk kehidupan panjang tanpa akhir nanti.

''Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui.' '

( Al-Ankabuut : 64).


Hidup ini di bawah ketetapan dan aturan Allah SWT. Segalanya berlingkar dan digilirkan: hidup, lalu mati; kecil, akhirnya membesar; muda, lama-lama tua; dan muncul kesenangan, terkadang berganti kesedihan. Semua fana dan tidak kekal. Tetapi, di tengah kefanaan itu, umat Rasulullah yang paling sukses, cemerlang dan gemilang --sebagaimana dijelaskan dalam hadis --adalah yang paling banyak mengingat mati, lalu mempersiapkan hidup setelah mati.


Akhirnya, orang-orang cerdas akan tahu, sedar, dan yakin bahawa hidup bukan untuk mati, tetapi mati itulah untuk hidup. Hidup bukan untuk hidup, tetapi untuk Yang Maha Hidup. Kerananya, jangan takut mati, jangan cari mati, jangan lupa mati, dan rindukanlah mati. Mengapa? Kerana, kematian adalah pintu berjumpa dengan-Nya iaitu perjumpaan terindah antara kekasih dengan Kekasihnya.


Subhanallaah, ternyata hidup ini syurga, saudaraku. Maka….Beramallah, sebelum terlambat.

0 comments:

Post a Comment

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP