A Morning Person

Tuesday, March 9, 2010

Cahaya itu, cerah dan mendamaikan


A Morning Person
Oleh : BroHamzah



Syair Arab ada berbunyi

Kanak-kanak kian dewasa
Orang tua akan ke Pusara
Pertukaran dari masa ke masa
Pagi bertukar malan dan seterusnya

Malam kian beransur tua
Siang hari datang menjelma
Setiap yang muda akan tua
Akhirnya ke pusara tempatnya semua!!

Alhamdulillah, rasa sangat bersyukur kepada Allah SWT kerana kita semua dapat bangun dan seterusnya meneruskan kehidupan di muka bumi ini. Nikmat yang Allah SWT berikan ini adalah tanda kasih sayang dan pemurahnya Allah SWT kepada kita semua. Alhamdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah.

Bagaimana perasaan anda ketika ini? Bagaimana kita semua memulakan kehidupan pada pagi ini?



Sekadar perkongsian, semalam ketika Liqa’ ( Perjumpaan) Pengurusan KTD satu penyampaian yang sangat baik telah disampaikan oleh Tuan Haji Hassan Abd Rahman iaitu Pengawai Khas KE KTD. Tajuknya adalah Detik-detik seharian seorang muslim yang dipetik daripada Buku Detik-detik kehidupan seorang muslim hasil karangan seorang Ulama’ yang terkenal iaitu Prof Dr Yusof Al-Qardawi.

Saya tertarik dengan ulasan dan pengisian yang dicetuskan kepada kami para staff tentang permulaan harian bagi seorang Muslim. Sebagai seorang muslim kita dianjurkan untuk memulakan kehidupan kita di awal pagi sebelum azan subuh berkumandang lagi.



Seorang Muslim yang inginkan sepanjang Umur diberkati Allah SWT, sewajarnyalah dia mengikut sistem hidup sebagaimana yang telah digariskan oleh Islam. Muslim itu dikehendaki tidur awal dan bangun lebih awal. Ia hendaklah bangun sebelum fajar menyingsing atau sekurang-kurangnya hendaklah sebelum terbitnya matahari.



Ketika itu, kita digalakan untuk berdoa, dan mendirikan solat memohon ampun kepada Allah SWT. Di pagi yang sepi dan di saat udaranya masih bersih dia dapat memulakan hidupnya dengan beribadah kepada Allah lebih awal sebelum udara dicemari oleh golongan yang berdosa, kerana golongan ini tidak bangun dari tidur, kecuali setelah matahari naik tinggi!!

Bangun Awal

Saya, anda dan kita semua sebagai seorang Muslim digalakan bangun awal. Ini berdasarkan sebuah doa Baginda Rasulullah SAW yang bermaksud :



“ Ya Allah! Berikanlah keberkatan kepada umatku yag berpagi-pagi.”



Jika kita lihat Rasulullah SAW dan generasi para sahabat, mereka ini generasi yang bangun awal dan menggunakan saat yang berkat ini dengan doa dan munajat.



Saya ada membaca sebuah Majalah yang sangat baik pengisiannya iaitu Majalah SOLUSI, dan satu ruangan yang menarik ialah kolum Potensi dan pada isu 17 tajuk yang diketengahkan ialah A Morning Person atau “orang yang berpagi-pagian.” Maksudnya, mereka ini ialah orang yang menggunakan sepenuhnya waktu awal pagi untuk menghasilkan produktiviti yang terbaik.

Maha suci dan Agungnya Allah SWT yang menjadikan waktu pagi itu dengan keistimewaan yang tersendiri. Di awal pagi terdapat kesegaran, kenyamanan, kecerahan dan kenikmatan yang menyegarkan jiwa dan badan.Pada waktu ini ia dinamakan juga waktu prima ( prime time).




Banyak kelebihan bekerja pada waktu ini. Antaranya ialah tenaga kita masih segar, kita boleh mulakan kerja dalam keadaan minda yang tenang kerana belum dibebani dengan kerja yang lain, cuaca belum panas, panggilan telefon belum banyak berdering dan kita boleh lakukan kerja yang susah dahulu kerana kurang gangguan.

Galakan untuk diri dan semua

Ayuh teman-teman, ajakan ini untuk diri dan anda sekalian. Bangunkan diri dan gerakan hati untuk sentiasa cerdas dan aktif di awal pagi.




Teringat kata seorang Salafusaleh :




“ Seorang mukmin itu sudah dikira LALAI sekiranya di bangun pagi ketika azan Subuh berkumandang.”



Jangan lalai dan kita tingkatkan diri untuk bangun awal! Jadi strategi dan perancangan mesti kita lakukan segera! Apapun kita perlu mendisiplinkan diri kita dengan azam yang kuat dan tekad yang tinggi untuk berubah menjadi a morning person!

2 comments:

zati_nadia March 10, 2010 at 5:23 AM  

"Demi masa sesungguhnya manusia itu benar-benar di dalam kerugian kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh, yang saling wasiat mewasiatkan dalam perkara benar dan (memerlukan) sabar" [Surah al-`Ashr (103)]

Banyak ayat2 Allah yang bersumpah demi masa

Demi waktu dhuha..
Demi malam..
Demi siang...
demi bulan..
demi matahari..
demi bintang...

segalanya berkaitan masa..

Sememangnya amat sukar untuk mengubah apa yang telah terbiasa tetapi itu bukan sesuatu yang mustahil!

“Sesungguhnya agama itu mudah. Tidak ada seorangpun yang membebani dirinya di luar kemampuannya kecuali dia akan dikalahkan. Hendaklah kalian melakukan amal dengan sempurna (tanpa berlebihan dan menganggap remeh). Jika tidak mampu berbuat yang sempurna (ideal) maka lakukanlah yang mendekatinya. Perhatikanlah ada pahala di balik amal yang selalu berterusan. Lakukanlah ibadah (secara berterusan) di waktu pagi dan waktu setelah matahari tergelincir serta beberapa waktu di akhir malam.” (HR. Bukhari no. 39. Lihat penjelasan hadits ini di Fathul Bari)

Kita telah tahu "THE KNOWLEDGE OF HOW TO BE "A MORNING PERSON" (boleh rujuk SOLUSI isu 17)..
Apa seterusnya?

BANGKITKAN MAHU!
"ITQAN" untuk menjadi A MORNING PERSON..
MUHASABAH n NEVER QUIT!

Luruskan niat menjadi ORANG YANG BERPAGI-PAGI sebagaimana yang ditunjukkan Nabi SAW..
Berdoa agar Allah meringankan jasad kita untuk menuruti segala apa yang disukaiNYA...

YANG SANGAT PERLU DIINGAT!!

Kita bisa bangun awal pagi..
.. bukan kerana "loceng yang berbunyi"
...bukan kerana ayam yang berkokok
...bukan kerana mak asyik memanggil
...bukan kerana kita tidur awal

segala yang di atas hanya "asbab" yang kecil..

HAKIKATNYA..

ALLAH YANG MENGIZINKANNYA..

Kita LEMAH...
Totally TAK BERDAYA..
Yang mampu HANYA BERUSAHA SESUNGGUHNYA..
DOA SESUNGGUHNYA..
MOGA ALLAH PERMUDAHKAN SEGALANYA..
UNTUK KITA MENJADI KHAIRA UMMAH YANG DICINTAI-NYA

BroHamzah March 10, 2010 at 7:57 AM  

Syukran atas perkongsian saudari.
Semoga kita terus bersemangat di pagi hari

Post a Comment

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP