SAHABAT ~ Tekadmu Inspirasiku (Update 17 Mac)

Monday, March 15, 2010

Suhaib Al-Rumy ( Nama samaran yang sangat disukainya) bersama Saiful Rahman (Abang kepada Afdholul Rahman)


“ Anta ini biar betul, nak pi Perlis dengan motor?,” Soal saya kepada Suhaib. Jarak diantara Kelantan dengan Perlis, bukannya dekat. Tempoh masa yang diambil untuk ke sana kira-kira 10-12 jam jika menaiki motor.


“ Betul la, Abang Ali. Nanti bila cuti, senang sikit ana nak bergerak pi mana-mana. Pi program pun mudah sikit.” Jawab Suhaib kepada saya.


Ini antara dialog saya yang saya ingat sebelum Suhaib bergerak ke Perlis pada hujung minggu lepas pada 11 Mac 2010. Saya lihat dirinya benar-benar bersungguh untuk ke Perlis untuk menghadiri satu program kem remaja yang dianjur oleh Kelab Remaja HALUAN (KeARAH).


Dia benar-benar bersemangat untuk ke Perlis. Katanya dia ingin memberikan yang terbaik dalam menjayakan Kem tersebut. Di dalam kem Pewaris, beliau diamanahkan untuk memegang jawatan sebagai “ Warden” iaitu person in charge yang bertanggungjawab dalam hal penginapan peserta.

“ Bawa motor tu elok-elok, buat persiapan sebaiknya,” Nasihat saya ringkas.

“ Nta pi dengan apa Abang Ali?,” Tanya Suhaib kepada saya.

“ Ana naik kereta.InsyaAllah. Petang khamis baru ana gerak,” terang saya sambil tersenyum kepadanya.

“ OO..kalau macam tu, ana nak tumpang barang sikit boleh tak?,” Soalnya lagi.

“ Banyak ke?” Tanya saya

“ Sikit sahaja, 1 beg dan kotak kasut sahaja,” Jawabnya sambil menunjukan angka 1 dengan tangan

“OK, BEREH,” Jawab saya mudah.




Motor Suhaib, kenderaan dakwahnya


SUHAIB , sahabat yang akrab

Saya sememangnya akrab dengannya semenjak kami saling mengenali di sekolah menengah lagi. Saya tidak ingat bagaimana kisah persahabatan kami bermula, yang pasti Suhaib adalah individu yang rapat dengan saya dan mudah mesra dengan sesiapa sahaja yang mengenalinya.

Saya tidak mempunyai kekuatan untuk menulis dengan lebih lanjut berkaitan dengannya. Cuma apa yang ingin saya nyatakan disini marilah sama-sama kita doakan untuk Suhaib. Doakan agar Allah SWT memberi kekuatan, kesabaran, ketabahan dan kepasrahan kepadanya dan juga kepada keluarganya. Musibah yang melanda ini adalah satu bentuk ujian ALLAH SWT bukan sahaja kepada Suhaib dan keluarganya tetapi ia juga adalah untuk kita yang mengenali, yang mempunyai pertalian aqidah dan persahabatan dengannya.

Afdholul, teman yang punyai cita-cita yang tinggi

Disamping Suhaib, kita juga harus memberi titipan kata-kata semangat kepada Afdholul. Berikan dia kata-kata kekuatan untuk meneruskan perjuangan dan kehidupan ini. Kesungguhan mereka dalam menjalankan tugasan semasa kem tempoh hari sangat mengagumkan saya.

Afdhol, banyakan bersabar dan kuatkan diri nta. Kami sahabat-sahabat seluruh Malaysia sentiasa mendoakan anta dan Suhaib


Perkembangan terkini ( Update 15 Mac 11.00 PM)

Semalam, saya berjumpa dengan Dr Mansor Kelantan. Beliau menelefon Dr Noram ( Doktor yang melakukan penbebahan kepada Suhaib) dan memberi sedikit keterangan berkaitan keadaan semasa Suhaib.

“ Bahagian wajahnya dia cedera teruk. Matanya pecah dan tidak dapat berfungsi lagi. Bahagian rahang rosak dan wajahnya membengkak. Kini, beliau bernafas melalui alat bantuan pernafasan,” Cerita Dr Mansor kepada kami.

Kaki beliau juga patah dan dimasukkan besi. Saya mendapat mesej daripada sahabat-sahabat yang pergi menziarahinya pada tengahari kelmarin 15 Mac 2010. Ramai sahabat handai yang datang, tetapi tidak semua dapat menziarahinya. Waktu ziarah sekitar 1- 2 petang, tetapi pada jam 1.30 petang semua diminta keluar kerana ada kecemasan.

Jika kita lihat kepada keadaan kereta yang mereka naik itu, sudah pasti kita dapat membayangkan keadaan mangsa yang terlibat. Ya Allah, beratnya ujian dan musibah ini.

Perkembangan Terkini, 16 Mac 2010 Jam 8.10 PM



Alhamdulillah Suhaib sudah dipindahkan ke General Hospital di Pulau Pinang sekitar jam 10.30 pagi tadi dengan ambulans. Ketika dibawa ke ambulans, Suhaib tersenyum dan melambaikan tangan kepada sahabat-sahabat, rakan-rakan, keluarga yang mengiringi dan yang ada disekitar Hospital ketika itu. MasyaAllah, tabahnya Suhaib.Beliau mampu tersenyum dan memberikan kekuatan kepada kita semua.


Saya sertakan keadaan Suhaib berdasarkan pemeriksaan yang dilakukan oleh Dr Noram :



Pertama, Kepatahan tulang kening, mata, pipi, rahang hingga ke dagu kiri dan akan dirawat setelah beliau stabil.



Kedua, Terdapat serpihan keretakan tengkorak pada otak. Namun tidak terkena pada bahagian otak. Menurut maklumat yang saya terima, Suhaib perlu dipindahkan ke Penang kerana bagi rawatan ini, perlukan doktor yang lebih pakar. Rawatan ini agar berisiko kerana 2 kemungkinan kesan jangka panjang akan berlaku jika ia gagal iaitu kawalan emosi dan ingatan akan terjejas. Doakan agar ia berjaya dan dimudahkan oleh Allah SWT.



Ketiga, Mata kiri tidak dapat diselamatkan lagi.



Perkembangan Terkini 17 Mac ( 6.45 PM)



Esok Jumaat 19 Mac 2010, Saudara Suhaib akan menjalani pembedahan dibahagian mukanya yang patah sebelah dengan kos anggaran RM 5,000. Mohon sumbangan daripada sesiapa yang berhajat. Sebagai insiatif awal satu Tabung Khas akan dikutip bersempena Seminar Baitul Muslim Kebangsaan yang diadakan pada 20 Mac 2010 di Kolej Zaaba UKM. Kutipan ini akan dilaksanakan oleh HALUANSiswa National.



Minggu hadapan, Saudara Suhaib dimaklumkan akan menjalani pembedahan plastik. Makluman akan diupdatekan dari semasa ke semasa.





“Barangsiapa yang Allah mahukan dirinya beroleh kebaikan, nescaya diujinya dengan kesusahan” [Hadith riwayat al-Bukhari]

Setiap yang berlaku, dicelah-celahnya ada pengajaran dan ibrah untuk diamati.
Peristiwa ini membayangkan sebuah kisah perjuangan, persahabatan dan kesungguhan.
Kerana kesungguhan dan ketekunan menjalankan amanah, sahabat-sahabat cuba melakukan terbaik untuk menjayakan sebuah program yang besar.

Di sinilah, Allah SWT ingin menyedarkan kita bahawa di sana terdapat mereka-mereka yang bersungguh melaksanakan kerja-kerja ini. Musibah yang melanda pasti ada hikmahnya.

Apabila berlaku perkara ini, persahabatan kita teruji. Bagaimana respon dan reaksi kita terhadap mereka yang dilanda musibah ini?

Suhaib yang kini sedang koma memerlukan doa dan sokongan kita.Titipkan doa untuknya setiap kali habis solat fardu.Laksanakan solat Hajat untuknya. Tadi saya bertemu dengan KE KTD, Dr Abdullah Sudin. Beliau minta kita adakan solat Hajat secara berterusan.

Afdholul yang kini masih trauma dan tertekan sangat-sangat perlukan dorongan dan moral support daripada kita, teman-teman dan sahabat-sahabatnya. Telefon, mesej dan bertanya la khabar kepadanya. Semoga Allah SWT redha akan usaha kalian.




Kereta di tempat kejadian.


5 comments:

Syed Ahmad Fathi March 15, 2010 at 9:53 PM  

Ya ALLAH.
Ana dengar berita nih sedih dari jauh.
Moga ALLAH mudahkan segalanya.

BroHamzah March 15, 2010 at 10:53 PM  

Fathi, walaupun berjauhan.DOA adalah penghubung kekuatan kita dalam ikatan ini.

kura2 March 16, 2010 at 11:13 AM  

ana sempat gi lawat dia isnin tgh hari...ana lihat sendiri dgn mata ana keadaan dy..mmg tak tahu nak ckp macam mana. ibu dan adik dy x henti mnangis... tadi tgh hari mak cik maziah perlis dtg ziarah dy..dy dah sedar..mak cik usap tgn dy..dy genggam tgn makcik...kuat..makcik sebak...makcik bg kata2 kat dy..ada air mata mengalir pada wajah kedua-dua orang itu..makcik x tahan..makcik keluar pastu nangis...ya Allah..kuatkanlah para pejuang di jalanMu ini...insyaAllah hari ni transfer pi hospital penang...

BroHamzah March 17, 2010 at 5:21 AM  

Salam, ana akan cuba pergi ziarah. Namun, tidak berkesempatan lagi.

anas asyraf March 22, 2010 at 7:04 AM  

salam
nak tanya, camne nak bg sumbangan bg shbt2 yang jauh??
mungkin bleh bg no akaun yg boleh disalurkan kpd suhaib...

Post a Comment

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP