Pesat Gabungan @ KTD

Monday, March 1, 2010

Minggu lepas, pengurusan KTD telah mengadakan PESAT Gabungan yang menghimpunkan kesemua PESAT yang ada di KTD yang bertempat di Medan Al-Thaqafi pada Hari Rabu 24 Februari 2010. Alhamdulillah kehadiran pelajar dianggarkan dalam 450 orang. Tujuan diadakan PESAT gabuangan ini adalah untuk menghimpunkan semua pelajar KTD dalam rangka untuk mengeratkan Ukhuwah semasa pelajar dan juga Fasilitator PESAT.
Apa itu PESAT? Satu program dibawah HEP KTD, berkonsep sistem Usrah dan Halaqah. Tujuan utamanya ialah pendidikan jiwa dan pembentukan peribadi mukmin.

Pengisian Ruhani di sampaikan oleh Pengurus HEP, Tuan Haji Rosdi Baharom dengan tajuk yangsangat istimewa iaitu " Merawat Cinta."
Sedikit perkongsian daripada penyampaian. Virus cinta akan menjangkiti seseorang itu apabila hatinya kosong daripada mahabatullah. Jelas Tuan Haji Rosdi, kita akan hilang rasa cinta kepada Allah SWT, jika kita menghambakan diri kita kepada hawa nafsu. Oleh itu, binalah cinta kepada Allah SWT dengan mendekati dan menghampiri diri kepadaNya.


Jamuan Makanan yang menyelerakan yang di"sponsor" oleh HALUAN Kelantan. Terima kasih. Nasi berlaukan ayam goreng HPA dan sayur. Sedap!


Mahasiswa dan Mahasiswi yang hadir khusyuk mendengar kuliah maghrib

Orang kuat Majlis Pesat Gabungan, En Rabbani. Orang tenang dan gigih!


Suasana jamuan makan malam dan juga persembahan Pantomen dan Nasyid oleh Kumpulan Ilham


Semoga Allah SWT memberkati segala usaha-usaha ini. InsyaAllah, program PESAT Gabungan ini akan menjadi program bulanan di KTD ini. " KTD Di Hati Kami.

4 comments:

Mohamad Fakhruddin Abdul Ghani March 1, 2010 at 6:12 PM  

moga kalian dirahmati Allah..

KTD di hati kami..tapi khassah tetap menjadi pilihan saya..he3..

BroHamzah March 1, 2010 at 6:19 PM  

Yang penting TARBIYAH terus berjalan.

Mohamad Fakhruddin Abdul Ghani March 1, 2010 at 6:32 PM  

ya!!itu sudah pasti..

semuanya perlu dicapai melalui proses TARBIYAH..

tarbiyah bukan Ghoyah tetapi sebagai WASILAH..

Unknown March 1, 2010 at 6:56 PM  

Mantap2!

Second perjumpaan lps ni.
Makin bertambah lah jumlahnye ye..

Post a Comment

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP