Nota Dakwah
Wednesday, September 30, 2009
Oleh : BroHamzah
Permintaan dan Seruan
“Salam, Akhi. Jiwa ana terasa amat lemah pada saat ini. Ana kalah dengan nafsu ana. Bantu dan bimbinglah sahabatmu ini.”
“ Salam. Maaf menganggu. Berikanlah ana nasihat. Ana gusar. Di sini, mujahadah nafsu ana semakin lemah..Ana bimbang syaitan dan nafsu akan kuasai diri ana ke arah kemungkaran.”
“ Salam, abang. Kenapa jiwa saya sangat kosong. Saya rasa hari ini hilang keceriaan hidup saya. Saya rasa lain macam sahaja hari ini.”
“ Assalamualaikum, sahabat ku. Berikanlah ingatan kepada diriku ini. Ana perlukan pengisian rohani, mental dan fizikal.”
“ Marilah kita jadikan Ramadhan yang berlalu sebagai turning point perubahan untuk meraih Taqwa. Tingkatkan proses Tarbiyah diri sehingga ke akhir hayat.”
Seminggu selepas raya, ramai kenalan dan sahabat-sahabat saya meminta nasihat dan menasihati saya. Ada melalui SMS, ada melalui emeail dank omen di Blog. Alhamdulillah, ini satu pentanda yang sangat baik. Saya sukakan suasana dan keadaan ini. Inilah adalah hasil dan natijah Ramadhan. Kenapa saya katakana begitu? Kerana masing-masing sangat peka dan sensitif dengan jiwa masing-masing. Ramai yang bimbang dan resah apabila jiwanya kalah dengan nafsu.
Tahniah sahabat-sahabat. Kita hidupkan suasana tarbawi yang mendidik. Kita sibukan diri dengan proses ingat- mengingati dan saling nasihat-menasihati.
Bagi menjawab persoalan dan permintaan nasihat, saya kira Nasihat Abu Umar ini sangat-sangat sesuai untuk jiwa kita yang kekadang dilanda kelesuan dan diasak dengan pelbagai tekanan kehidupan. Terutamanya bagi yang menajamkan dirinya dalam lorongan Dakwah dan Tarbiyah. Ada masa kita bersemangat dan aktif.Ada tikanya kita lesu tidak bermaya. Ayuh kita rawat dan pulihkan kekosongan dan kelesuan itu.Semoga jiwa kita terus hidup dan segar.
Inilah warna warni kehidupan menuju Allah SWT. Kita tidak akan menemui jalan yang menurun selama-lamanya, tidak juga mendaki sepanjang kehidupan. Kita pun tidak berhak membuat pilihan ketika mana kita ingin mendaki dan ketika mana kita ingin menuruni lembah-lembahnya. Kalau pilihan itu berada ditangan kita, tentunya syurga itupun milik kita secara pasti dan kitapun tidak kesunyian dam langkah-langkah kita. Tentunya ramai yang akan menyertai rombongan dakwah ini. Tentunya banyak senyuman yang dapat kita lihat dan tidak banyak lelehan airmata yang menyirami perjalanan kita.
Biarkan Allah yang tentukan jalanNya. Kita hanya mengikuti apa yang dipilihkanNya untuk kita.. Ya, kadang-kadang kita lemah dan langkah kita terasa berat. Mengadulah padaNya dengan penuh harapan. Titiskan airmata kita untuk menangis kelemahan dan ketelanjuran kita. Bukankah kita beriman dengan Kasih Sayang dan PengampunanNya. renungilah KalamNya, carilah kalimah-kalimah yang dapat melembutkan hati kita.Biarkan kalimah-kalimah iman itu menyentuh hati kita. Buka semula lembaran-lembaran sirah, mungkin kisah sedih kita ini tersimpan di dalamnya. Tentunya ada ujian yang lebih berat dan menekan dari apa yang kita tempuhi. Tentunya bukan kita sahaja yang menangis dan kecewa.
Memang luka pada jiwa kita kadang-kadang begitu mendalam dan menyakitkan tetapi anggaplah ianya sebagai bukti cinta kita padaNya. apa lagi yang mampu kita bayar untuk nikmatNya yang tidak terhitung. Kalimah apa lagi yang dapat kita ungkapkan untuk tunjukkan kesyukuran kita.
Ingatlah, Insan akan berjaya mencapai kemuliaan dan redhaNya bukan kerana memiliki keperkasaan dan kekayaan atau pangkat dan kedudukan tetapi memiliki hati yang lembut dan penuh keimanan. Asalkan hati kita sentiasa hidup dan penuh keimanan maka kita akan berjaya meraih redhaNya. Tentunya apa yang Allah timpakan kepada kita mengambil kira kemampuan kita cuma kita perlu berusaha untuk mencari penawarnya.
Akhir sekali, Kesungguhan, keteguhan, kekuatan jiwa dan sebagai adalah natijah atau product iman. Kalau product kita semakin kurang kemungkinan bahan mentah kita yang sebenarnya kurang. kalau bahan mentahnya mencukupi mungkin prosesnya terhenti atau agak perlahan. Telitilah semua itu dari setiap sudut dengan penuh kerendahan dan harapan. mintalah petunjuknya dan tanggalkan keputusasaan dan kecewa dari jiwa kita kerana semua itu tidak pernah sedikitpun membantu kita.
Sedarlah, bahawa kita sebenarnya tidak ada pilihan dan mungkin PILIHAN itulah punca penyakitnya.
Semoga Allah meneguhkan hati-hati kita.
Abu Umar
2 comments:
Betul3..
Terasa dgn sindiran tajam ustaz2 pn ada sebenarnya..
Sbb andai kata ibadah kita hanya meningkat di kala ramadan, dah mcm kita iktiraf Allah itu tuhan kita hanya di bulan ramadhan..tidak pada bulan2 lain..
So nak tak nak sy paksa gak diri utk berubah..alhamdulillah hati yg tegar mula menerima sinar haidayahNya..
Salam, Ustaz bukannya nak menyindir sesiapa. Ustaz ingin mendidik untuk kamu semua menjadi insan yang tahu matlamat hidup dan memahami erti ubudiyyah yang sebenar.
Post a Comment