Inspirasi Ke Puncak - Gagal?

Friday, September 18, 2009


TAJUK : Gagal?

Ramai yang gagal dalam meniti laluan menuju puncak cita-cita yang diidamkannya. Kegagalan yang dialami selalu menyebabkan seseorang putus asa dan lemah tekadnya. Ia merupakan halangan yang menyekat untuk kita melangkah lebih jauh.

Terdapat banyak halangan mendapat kejayaan. Terlalu banyak alasan diberi dan halangan ini menyebabkan kita terlalu JAUH untuk melangkah ke tangga kejayaan. Kenali halangan untuk mendapat kejayaan , agar kita tahu siapa kita?

H 1 : Sifat MALAS


Malas adalah kata keramat yang berbisa. Dalam sejarah manusia, malas telah menghancurkan sisa-sisa harapan dan impian insan yang menggunung yang diangan-angannya di alam kayangan. Usirkan kemalasan mu dan aktifkan kerajinan untuk menggapai cita-cita yang diimpikan.

H 2 : Tidak bersungguh-sungguh

Tidak bersungguh-sungguh adalah tanda kita tidak ikhlas dalam melakukan sesuatu amalan. Bersungguh-sungguh menampakan keseriusan dan ketekunan kita dalam melakukan sesuatu. Hidup ini terlalu singkat untuk kita bermain-main dan bertindaklah dengan BIJAK mulai sekarang.

H 3: Suka menangguh-nangguh

Sikap menangguh telah merugikan masa yang ada. Kenapa perlu bertangguh sedangkan kita boleh melakukannya hari ini. Hindari bertangguh untuk lebih cemerlang! Bertangguh adalah racun kepada keupayaan. Kita mampu melakukannya, namun kerana sikap bertangguh ini, kita disuntik bisanya sehingga terleka.

H 4 : Tiada matlamat

Hidup tidak bermatlamat umpama seorang buta yang melalui jalan yang berduri tanpa tongkat dan pimpinan orang lain. SI BUTA terkapai-kapai di jalan namun ia terus berjalan dan duri-duri di jalan memberi bisa pada kakinya. Set kan matlamat hidup anda dan pastikan anda faham dan jelas matlamat hidup anda!

H 5 : Tidak fokus

FOKUS amat penting dalam melakukan sesuatu pekerjaan. FOKUS akan menghasilkan ketekunan dan ketekunan membuahkan hasil kerja yang berkualiti dan bermutu. Walaupun kita banyak kerja dan sibuk dengan tugasan harian, agih-agihkan tugasan mengikut keperluan dan keutamaan. Yang penting FOKUS dan TEKUN pada kerja anda.

H 6 : Tidak konsisten dan istiqamah.

Yang membezakan antara orang yang berjaya dengan orang lai adalah mereka KONSISTEN dengan pekerjaan dan perubahan yang mereka lakukan. Mereka terus bersungguh-sungguh dengan apa yang mereka kerjakan sehingga impian mereka tercapai. Kita bagaimana?

Halangan bukan alasan dan penyebab untuk kita tidak berjaya. Apa lagi alasan kita selepas ini?

0 comments:

Post a Comment

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP