Kunci Kejayaan Minda

Wednesday, September 9, 2009


Mencari Kunci Untuk Kejayaan Hakiki

TAJUK : KUNCI KEJAYAAN MINDA

Semenjak menjejak kaki ke Bumi Nilam Puri, Kelantan, saya mulai memasang niat yang jitu untuk membuat perancangan tentang masa depan saya. Membuat perancangan adalah sebahagian daripada asas kepada pembinaan kejayaan dalam hidup. Mulai saat itulah, saya mulai membeli buku-buku motivasi dan buku-buku pengurusan hidup yang ditulis oleh pelbagai penulis-penulis motivasi sama ada dalam negara mahu pun luar negara. Salah satu penulis kegemaran saya ialah Dr ‚Aidh al-Qarni. ( Penulis Arab Saudi). Salah bukunya yang sangat saya suka adalah Kunci Kejayaan Minda.

Saya sempat membelek buku ,Kunci Kejayaan Minda tulisan Dr 'Aidh al-Qarni yang dibeli awal tahun 2008 . Nasihatnya cukup membangkitkan dan memotivasikan. Saya kongsikan dengan anda..

"Orang berjiwa besar mempunyai pandangan jauh ke hadapan dan berwawasan."

"Marilah kita menuju kemuliaan wahai orang yang bersungguh-sungguh.Marilah menuju ketinggian. Buanglah rasa mengantuk. Tinggalkan kemalasan. Naikilah tangga kraetiviti. Majulah ke puncak kesempurnaan dan senandungkan selalu dalam hatimu, " Sentiasa majukan diri, baik dalam keadaan senang ataupun susah."

Penulisannya sangat menyentuh, membangkitkan dan bersahaja. Anda lihatlah, seolah-olah suntikannya itu menyentakkan jiwa yang lalai dan alpa agar untuk melihat masa depannya dan berfikir tentang kehidupannya.

Sentiasa Majukan Diri – itu adalah prasyarat untuk BERUBAH. Dan perubahan yang menyeluruh ia bermula dengan asas keimanan kepada Allah SWT dan keyakinan kepada segala perancangan serta ketentuanNya.

0 comments:

Post a Comment

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP