Tokoh Unggul Sepanjang Zaman
Sunday, September 6, 2009
Mereka Hebat kerana Cahaya IMAN yang menerangi jiwa-jiwa mereka dan keyakinan mereka sepenuhnya kepada Allah SWT
Kehidupan para sahabat Rasulullah SAW adalah satu kehidupan yang unik. Mereka adalah generasi contoh kepada kita daripada pelbagai aspek. Sesiapa yang menghayati kehidupan para sahabat Rasulullah SAW, nescaya mendapati setiap SAHABAT memiliki profesion kepakaran masing-masing.
Seorang Tokoh gerakan Islam yang terkenal As-Syahid Syed Qutb telah menggelarkan mereka ini sebagai Generasi Al-Quran yang unik dan juga ”The Walking Al-Quran.“ Mereka hebat dan unik kerana keimanan dan keyakinan mereka kepada Allah SWT dan hari akhirat. Sama-sama kita lihat siapakah mereka?
ABU BAKAR AS-SIDDIQ
Memiliki kekayaan yang melimpah, namun beliau juga tampil menjadi khalifah dan pemimpin yang berwibawa dengan membawa keadilan, zuhud, ikhlas dan jujur. Beliau mengorbankan seluruh kehidupan dan kekayaannya yang ada untuk perjuangan Islam.
UMAR AL-KHATTAB
Tinggi semangatnya disisi Allah SWT, tegas di hadapan musuhnya, adil dalam memutuskan hukum. Seorang yang sangat sensitif hatinya. Selalu menangis di dalam Solat Tahajudnya dan keseriusannya dalam beramal menambahkan kecintaan para sahabat yang lain terhadap hari akhirat.
UTHMAN AL-AFFAN
Peribadi yang sangat lemah lembut, ahli dalam melaksanakan solat tahajud dan gemar berinfaq. Beliau juga pemalu dan lemah lembut. Sifat lemah lembutnya, membuatkan Rasulullah SAW sendiri malu dan segan kepadanya.
ALI KARAMALLAHU WAJHAH
Wira yang sangat perkasa, berani dan pemidato yang sangat mendalami ilmu agama. Hatinya teguh kepada Perjuangan yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Berpandangan jauh dan berjiwa besar. Seluruh kehidupannya adalah untuk mendokong Islam dan perjuangan yang hakiki.
Lihatlah ketokohan, keilmuan, kesopanan akhlak dan kezuhudan mereka. Apakah rahsia mereka sehingga memiliki keperibadian yang amat mengagumkan ini? Mereka manusia biasa seperti kita. Tetapi setelah mereka menerima cahaya keimanan dan MENGHAYATINYA dalam hidup mereka, akhirnya mereka menjadi GENERASI YANG UNIK.
Inilah INSPIRASI KE PUNCAK.
Mereka menjadi contoh yang mesti kita jadikan ikutan
Mereka adalah qudwah yang baik untuk Generasi Muda pada hari ini
Mereka adalah keperibadian yang hidup dan segar untuk dijadikan role model masa kini
Mereka membuktikan kepada kita, hanya dengan IMAN dan TAQWA dapat membawa kejayaan yang hakiki yang diredhai oleh Allah SWT
Mereka Hebat kerana mereka menyakini adanya Hari Akhirat
Mereka Unik dengan keimanan yang jitu dan ketauhidan yang dibuktikan dengan amalan
Mereka mengamalkan Islam dalam kehidupan mereka dengan kesungguhan, ketekunan dan keseriusan
Mereka berubah kerana Cahaya Islam yang menerangi jiwa hati mereka sehingga wajah-wajah mereka memancar sinar keimanan
Mereka istiqamah dan thabat dengan ajaran Islam dan berusaha mengembangkan kalimah Tauhid ini sehingga tersebar ke seluruh dunia
Mereka inilah MOTIVASI kita untuk terus berjaya Dunia dan Akhirat.
0 comments:
Post a Comment