PERSEDIAAN QIAMULLAIL

Saturday, September 12, 2009

Dicelah-celah Kegelapan Malam, Ada Sinar Ketenangan Bagi Jiwa-jiwa yang merindui Kekasihnya

PERSEDIAAN DAN PERSIAPAN UNTUK IHYA’ MULLAIL DAN QIAMULLAIL

DI BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK

Oleh BroHamzah

Hari ini tinggal 8 malam berbaki untuk kita mengerakan segala kudrat untuk memperbanyakan ibadah di Bulan Ramadhan Al-Mubarak. Semalam, saya bersama Mahasiswa di Utara berkesempatan untuk beri’tikaf di Masjid Zahir, Alor Star. Alhamdulillah, ramai jiwa-jiwa yang sebenarnya merindui kekasihnya. Di tengah malam mereka bangun untuk bermunajat dan berzikir memenuhi kesunyian malam dengan kalimah-kalimah membesarkan Allah SWT. Di sempatan ini, saya ingin menyeru semua pembaca dan pengunjung untuk kita giatkan amalan soleh untuk kita merebut segala rahmat dan keampunan Allah SWT. Untuk itu, saya kongsikan beberapa tips sebagai persediaan untuk kita melakukan Qiamullail. Semoga bermanfaat.

MINDSETTING

Pertama, Perkara terpenting dalam Amal Soleh ialah Niat dan keikhlasan kerana Allah SWT

Kedua. Perbaharui Niat dan tekad dihati bahawa semuannya kerana Allah SWT

Ketiga, Tujuan utama amalan ini ialah untuk mendekatkan diri dan sentiasa berdamping dengan Allah SWT

Keempat, Fokuskan dan bulatkan segala pemikiran, perasaan, cetusan hati dan segala bentuk tindakan kearah persediaan untuk melaksanakan Qiamullail

PERSIAPAN AWAL ( SIANG HARI)

Pertama, Kesentiasaan berwudhuk sepanjang hari untuk menjaga kebersihan diri, jiwa dan hati

Kedua, Menjauhi dosa dan maksiat kerana ia merupakan “penghalang” untuk beribadah di malam hari

Ketiga, Tidur sebelum Zohor sebentar ( Qaillullah) sebagai pengumpul tenaga untuk bangun di malam hari

Keempat, Melakukan amalan kebaikan untuk menyegarkan jiwa dan biasa dengan segala bentuk kebaikan

Kelima, Membaca bahan bacaan yang bersesuai untuk memantapkan perlaksanaan Qiamullail

PERSIAPAN SEBELUM TIDUR

Pertama, Peruntukan 30 Minit sebelum tidur untuk melakukan persiapan Qiamullai

Kedua, Bersugi atau Memberus gigi dengan adab

Ketiga, Qada hajat kecil atau besar supaya perut selesa sebelum tidur

Keempat, Berwudhuk dengan tenang dan tertib ( Sempurna)

Kelima, Dirikan solat Sunat Taubat dan memohon keampunan kepada Allah SWT

Keenam, Setkan jam untuk membantu dalam proses bangkit daripada tidur

Ketujuh, Memohon bantuan Rakan-rakan untuk kejutkan

Kelapan, Sediakan sebotol air mineral ditepi tempat tidur untuk tujuan penyegaran

Kesembilan, Bacaan Surah Pilihan seperti Al- Mulk dan sebagainya

Kesepuluh, Bacaan Ayat Al-Quran untuk mudahkan bangun dari tidur (Ali Imran : 190-200)

Kesebelah, Sebelum Lelapkan mata, muhasabah diri dan bayangkan dosa-dosa kepada Allah SWT serta banyak istighfar kepada Allah SWT

Kedua belas, Baca doa sebelum tidur dan Surah 3 Qul

Ketiga belas, Pejamkan mata dan posisi badan menghadap kiblat

Keempat belas, Basahkan bibir dengan Zikrullah sehingga tertidur

PERSIAPAN SELEPAS BANGUN DARI TIDUR

Apabila tersedar daripada tidur terus bangun sambil duduk. Cuba sedarkan keberadaan diri sambil merenung diri dalam 30 saat. Jangan tidur balik dan sebagainya. Kuatkan JIWA dan HATI

Baca doa Bangun dari tidur. Dan Banyakkan Lafaz Bismillah & Alhamdulillah

Terus bangkit dan kemaskan tempat tidur. Minum air mineral yang telah disediakan.(Sekiranya ada)

Terus ke Bilik Air untuk bersihkan diri


a. Mulakan dengan membasuh muka ( Berkali-kali)

b. Gosok gigi dengan tertib

c. Bersihkan diri ( Sebaiknya mandi untuk tujuan penyegaran yang sempurna)

d. Berwudhuk dengan sempurna

Dirikan Solat Sunat 2 rakaat yang ringan sebelum mendirikan solat sunat yang lain

Banyak lafaz syukur kerana diizinkan oleh Allah SWT untuk bangun bermadu kasih dengan Nya

PENUTUP

Semoga catatan ini bermanfaat untuk membantu kita mendirikan dan menghidupkan malam-malam kita di Bulan Ramadhan dengan amalan Ibadah sunnat

0 comments:

Post a Comment

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP