Imbasan Disentuh Oleh Tarbiyah

Friday, September 25, 2009

MATRI ; Bukan Sekadar Sebuah Sekolah

Imbasan Disentuh oleh Tarbiyah – Bersempena Wacana Lepasan MATRI

Oleh : BroHamzah
brohamzh@yahoo.com
http://brohamzah.blogspot.com

Mengimbau detik-detik awal ketika berada di bumi wakafan Ma’had Attarbiyah Al-Islamiyah(MATRI) tentunya membuatkan saya terkenang akan bibit-bibit awal saya dengan MATRI. Tahun 1998 merupakan tahun pertama saya menjejakkan kaki ke bumi bertuah ini. Seusai tamat pengajian di alam sekolah rendah, Abah memberitahu bahawa saya akan dimasukan ke sebuah sekolah di utara. Katanya di Negeri Perlis. Sebelum ini saya tidak tahu menahu tentang kewujudan ini sehingga Abah membawa saya dan adik-adik ke MATRI pada tahun 1997. Kalau saya tidak silap tahun itu merupakan sambutan 1 dekad sekolah ini.

Semasa di sekolah rendah, saya mempunyai memasang keazaman untuk memasuki sebuah sekolah sains yang terletak diTerengganu. Sekolah Menengah Sains Sultan Abdul Halim atau Abdul Hamid ( Tak ingat dah). Itu cita-cita masa tu. Saya pulun habis-habisan untuk ke sana. Alhamdullillah dengan keputusan yang cemerlang semasa UPSR saya ditawarkan ke Sekolah tersebut. Sebuah sekolah berasrama penuh. Namun, pada suatu hari Abah memaklumkan bahawa Abah dan Emak hendak masukkan saya ke MATRI. Sebagai seorang anak, saya fikir tentu Abah dan Emak mahukan yang terbaik untuk anaknya. Saya akur dengan hati yang senang dan menolak tawaran ke SBP itu tanpa ragu-ragu.

Saya mendaftar di MATRI pada bulan Ramadhan dan tentunya ini pengalaman pertama berpuasa berjauhan dengan Keluarga. Selepas sesi pendaftaran dan perjumpaan dengan Ibu Bapa pelajar baru, abah saya terus pulang ke Kelantan kerana keesokkan beliau bekerja. Saya agak terkejut dengan suasana yang baru ini. Namun, dengan program orientasi yang disediakan oleh pihak Sekolah saya sedikit sebanyak dapat menyesuaikan diri. Ini pertama kali berjauhan dengan keluarga, kekadang tu mengalirlah jugak air mata ini.( Hehe terbongkar rahsia). Rindukan keluarga. Namun, saya kata pada hati.Ali Kena tabah…

KENANGAN ITU BERMULA

Dari hari ke hari, saya mulai berkenalan dengan Ustaz-ustaz di sini, abang-abang dan sehinggalah kawan-kawan satu batch dengan saya. Kali pertama saya masuk, abang-abang di sini amat peramah dan tidak kekok membantu adik-adik dalam mengurus masalah harian kami. Hidup berasrama dan berdikari mulai mewarnai kehidupan saya. Semua perkara kena buat sendiri. Banyak perkara baru yang dipelajari, di sini saya mulai diminta menggunakan ganti nama “ana” dan “anta” apabila membahasakan diri kami. Mulanya agak kekok, tapi lama-lama boleh diikuti dengan mudah. Bermula dari pagi hinggalah malam, kami perlu mengikuti rutin harian yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Bermula saat inilah, saya mulai disentuh oleh Tarbiyah Islamiyah.

Guru-guru, ustaz-ustaz dan abang-abang di sini semuanya ada keunikan dan keistimewaan masing-masing. Teringat Mudir yang dikasihi,Ustaz Dahlan Mohd Zin (UDMZ) orangnya tenang dalam berbicara dan yang menarik ustaz tidak suka orang mencium atau kucup tangannya apabila bersalam. Rendah hati dan sifat tawaduk Ustaz ini amat memikat hati saya. Seorang lagi, cikgu yang saya kagum adalah Cikgu Abduh. Beliau amat tegas dan punyai suara yang kuat dan lantang. Cikgu Abduh selalu menyebut kepada kami : “ Mesti menjadi pelajar TERBAIK dalam DUNIA!!.” Sehingga kini, inilah trademark Cikgu Abduh..

Terlalu banyak kalau nak diceritakan tentang pengalaman saya di sini, namun biarlah saya kongsikan yang penting-penting sahaja. Yang terpenting adalah saya telah mendapat didikan Tarbiyah Islamiyah dan saya memahami tuntutan saya sebagai seorang muslim. Harapan Ust Dahlan Mohd Zain dalam mendidik anak muridnya adalah agar kami memahami peranan kami sebagai hamba Allah dan kami dapat menyumbangkan serta melaksanakan tugas sebagai pejuang untuk menegakkan deen Allah SWT. Cita-cita UDMZ adalah ingin menjadikan MATRI sebagai pusat pendidikan yang terkemuka di Malaysia dan seterusnya di dunia.

MATRI bukanlah sekadar sekolah biasa tetapi kewujudan MATRI mempunyai sejarahnya yang tersendiri dan cita-cita MATRI teramatlah besar dalam melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai pelbagai kemahiran yang holistik dan seterusnya mampu membawa risalah agung ini ke seluruh alam. Kini motto MATRI adalah Pembangunan Insan Melalui Pendidikan Terancang.

WACANA LEPASAN MATRI

Tahun ini merupakan detik yang sangat bersejarah kerana buat pertama kalinya akan diadakan himpunan Lepasan MATRI yang akan menghimpunkan kesemua lepasan MATRI bermula daripada batch yang pertama sehingga yang baru menamatkan pengajian di MATRI bagi batch SPM 2008.

InsyaAllah, perhimpunan ini dinamakan WACANA LEPASAN MATRI yang akan diadakan pada Hotel Putra Palace, Kangar yang bertarikh 10 Oktober 2009 iaitu hari Sabtu. Segala maklumat lanjut boleh dirujuk di laman web MATRI http://www.matri.edu.my .

Saya war-warkan kepada semua lepasan MATRI untuk menghadiri wacana ini sebagai titik tolak dan sumbangan kita kepada Ma'had yang telah banyak mendidik dan mengasuh kita sehingga menjadi insan yang berjaya pada hari ini.

Dato’ Mudir akan merasmikan perhimpunan ini dan beliau sangat berbesar hati dengan kehadiran semua lepasan yang berkelapangan untuk sama-sama menjayakan perhimpunan yang julung-julung kali diadakan ini.

3 comments:

alsyahid_siyad September 25, 2009 at 9:49 PM  

Alhamdulillah, perkongsian yang menarik bagi ana. Masalah yang menghantui pelajar lpasan M3(tmasuk batch ana)selepas ana tanya sama ada nak join atau tak?? majoriti mgatakan, 'kami sapa kat M3 dulu, ustd2 tak respect kami, kami segan nak jumpa dgan ustd2??? Mungkin inilah satu sikap yg kita perlu kikis dalam diri pelajar lpasan M3. Wa'Allahualam.

BroHamzah August 19, 2010 at 7:31 AM  

Assalamualaikum

Apa maksud Ustaz-ustaz tak respect kami?
Kita sebagai pelajar seharusnya dan wajid respect / hormat ustaz-ustaz kita.Itu baru betul.

Formulanya mudah, jika kita menghormati orang.InsyaAllah, sesiapa sahaja akan menghormati kita.

Muhammad Muzakkir September 22, 2010 at 8:10 AM  

Man Yarham Yurham (sesiapa yang menghormati akan dihormati

Post a Comment

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP