Amalan Harian Insan Yang Berjaya

Monday, September 21, 2009

Insan Yang Berjaya, adalah Insan Yang Dekat dan Hampir dengan RabbNya

TAJUK : Amalan Harian Insan Yang Berjaya

Oleh : BroHamzah

Kehidupan yang dianugerahi oleh Allah SWT ini seharusnya dipenuhi dengan amalan-amalan yang boleh menghidupkan hati. Jiwa-jiwa yang biasa dengan amalan yang menghidupkan hati mampu memberi kesan kepada insan-insan yang berada disekitarnya.Kesan yang akan membawa kita untuk mengingati Allah SWT dan membersihkan hati kita. Inilah kehidupan yang sebenarnya. Ia akan dipenuhi dengan ketenangan, kedamaian, kesejahteraan dan segala bentuk ketenteraman yang akan membahagiakan pemiliknya. Inilah hati yang hidup dan menghidupkan. Justeru, detik-detik seharian yang berlalu penuhilah ia dengan ..

Amalan 1 : Membaca Al-Qur'an

Ruh Al-Quran yang mengalirkan dalam diri insan yang membaca dan menghayatinya akan menjadikan ia KUAT dan BERTENAGA. Al-Quran adalah penawar bagi hati yang lara dan luka. Terluka dek dosa dan kelalaian. Ambillah masa dalam seharian kita untuk memperuntukan masa untuk duduk bersama Al-Quran. Alangkah nikmatnya andai kita merasai kemanisan yang jarana-jarang dirasai oleh manusia ini.

Amalan 2 : Zikir Al-Mathurat

Berpagi-pagian dengan bangun berzikir kepada Allah SWT, punyai kekuatan yang tersendiri. Selalulah amalan zikir sesudah Solah Subuh. Duduk dengan tertib dan menghadap kiblat dan alunkanlah zikir dengan tenang dan fokuskan hati kepada Allah SWT. InsyaAllah , pagi itu anda akan rasa begitu ceria dan bertenaga untuk memulakan langkahan pekerjaan anda. Lakukanlah ia dengan ikhlas dan penuh rasa rendah diri, saya pasti anda akan rasa kelainannya.

Amalan 3 : Solat Fardu 5 Waktu

Solah fardu seharian yang dilakukan sehari semalam adalah lambang ketaatan dan kepatuhan kita sebagai hamba kepadaNya. Bagi orang yang lalai dan culas, melakukan solat fardu amat berat dan terbeban rasanya. Terutamanya solah subuh. Sekiranya mampu dan terdaya mantapkan kualiti ibadah solah melalui ilmu yang sahih dan menyakinkan. Tingkat kualiti khusyuk agar kita rasa Allah itu DEKAT dengan kita.

Amalan 4 : Solat Sunnat

Ibadah solah sunat sepatutnya menjadikan sesuatu yang kita rindu-rindukan. Ia umpama pelengkap amalan fardu yang kurang sempurna. Kalau mampu, dirikan solah dhuha tatkala orang lain sibuk dengan pekerjaan masing-masing. Sebelum tidur dirikan solat sunat taubat 2 rakaat. Ya la, kitakan banyak melakukan dosa. Solah Taubat sebagai pohonan segala kelalaian dan kelupaan kita.

Amalan 5 : Menuntut Ilmu

Ilmu perlu dan WAJIB dituntut. Ilmu itu cahaya yang akan menyinari hati insan.Dalami ilmu yang anda khususi sehingga menjadi pakar. Bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya kerana harga ILMU terlalu mahal dan jangan lupa kongsi-kongsikan ilmu anda dengan orang lain. Dalam usaha yang murni ini pastikan anda mempunyai perancangan yang sistematik dan berjadual. Agar ilmu itu mampu membentuk anda menjadi seseorang yang boleh DITUMPANG suatu hari nanti.

Amalan 6 : Berakhlak Mulia

Hiasi diri dengan amalan yang baik dan sifat mahmudah. Orang akan suka memandang dan selesa dengan anda. Kebaikan selalunya menyenangkan dan membahagiakan. Orang yang berakhlak mulia, selalu membawa barakat dan rahmat kepada orang sekelilingnya. Tidakkah anda mahu seperti itu?

Amalan 7 : Senyum & Ceria

Senyum itu manis dan senyum lah dengan ikhlas dan tidak berpura-pura. Senyum itu sedekah dan ia akan membahagiakan sesiapa sahaja yang melihat anda. Senyuman yang indah akan menceriakan suasana dan seterusnya mencetuskan hubungan yang baik. Senyuman akan memberi suatu cahaya yang cerah pada wajah anda. Dengan senyuman, anda mampu membahagiakan orang yang berada disekeliling anda. Senyum lah, kerana ia membahagiakan!

Amalan 8 : Muhasabah

Sebelum tidur jangan lupa untuk muhasabah diri. Ini penting dan sangat penting. Sesudah solat sunat Taubat. Baringkan diri anda di atas tempat tidur. Pejamkan mata dan bayangkan amalan anda seharian bermula saat anda bangun sehingga ke saat mata anda dipejamkan tadi. Cuba hitung-hitungkan dan hisab-hisabkan. Amalan baik ku bagaimana? Amalan cela ku,macamana? Saya pasti amalan sebegini mampu memberi kesan kepada anda. Lakukan lah untuk akhirat anda.

Sekian kongsian kita kali ini. Amalan untuk diri kerana Allah SWT. Sama-sama kita lakukan

0 comments:

Post a Comment

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP