Sketsa Kehidupan - Biar Betul

Thursday, October 1, 2009

Cebisan Kisah Di Celah-celah Kehidupan

Biar Betul!

Oleh : BroHamzah

Operasi dan kerjasama yang mantap!

Pada 8 Ogos 2005, dunia gempar dengan sebuah cerita rompakan bank. Bank Banco Central di Fortaleza, Brazil telah dicuri dengan kerugian sebanyak 164,755,150.00reais (USD69.8 juta atau L38.6 juta atau C56 juta ). Beberapa bulan sebelum kehilangan besar itu, perompak telah menyewa sebuah bangunan selang dua blok daripada bangunan bankd an luarannya digambarkan adalah sebuah syarikat lanskap.

Ia dirancang dengan cukup teliti sehingga perompak seramai 10 orang telah membina sebuah terowong bawah tanah sepanjang 78 meter dengan sistem lampu dan penghawa dingin yang lengkap. Mereka berjaya memecahkan dinding konkrit setebal 1.1 meter dan kemudian menggodam bilik kebal. Operasi mengangkut duit keatas seberat 3500kilogram berjalan teratur dengan perncangan licik.

Mereka berhasil mendapat apa yang mereka inginkan. Inilah contoh buat benda tidak betul tapi buat betul-betul. Perancangan dan pelaksanaan rancangan mereka dilakukan dengan kemas dan teratur, hasilnya sangat lumayan.

Assignment dan Mahasiswa

Baru-baru ini, saya memberi kerja tutorial kepada pelajar saya. Kerjanya mudah, tentang rukun Iman. Saya meminta mereka cari bahan-bahan yang berkaitan tentang rukun Iman dan perincikan. Ya, ramai yang berjaya menyiapkannya. Ada yang buat dengan baik dan ada juga yang mengecewakan saya.

Mana tidaknya, ada satu kelas hampir 7 orang yang buat assignment tersebut menghasilkan hasil assignment yang sama dari segi tulisan, bahan, susunan bahasa dan cara penulisan. Maknanya apa? Copy and Paste la. Cuma tukar nama dan no matrik di kulit hadapan. Inilah sikap yang ada. Kalau ya pun, boleh ditukar susunan assignmentnya dan edit mana yang patut.

“ Para pelajar sekalian, sebenarnya pengajaran Tutorial 1 ini adalah tentang kejujuran. Kejujuran dalam menuntut ilmu.Ustaz sebenarnya ingin melihat sikap kamu dalam menyiapkan assignment yang mudah ini. Kenapa ada dikalangan kamu boleh lakukan yang terbaik? Tetapi ada juga yang buat bagaikan melepaskan batuk ditangga?,” Saya menyimpulkan hasil assignment para pelajar saya pagi itu.

Namun, harapan saya inilah pengajaran buat mereka. Jika mereka ingin berjaya di masa hadapan sikap sebegini seharusnya diperbetulkan. Universiti tempat untuk mendidik dan memperbetulkan mana yang salah. Saya kata kepada mereka, saya tidak memarahi mereka cuba sedikit kesal dengan sikap sebegini.

Dimensi Berlainan

Di sebalik cerita ini, kita sorot melalui dimensi yang berbeza. Ia adalah tentang manusia yang melakukan benda betul tapi tidak betul-betul. Banyak kebaikan menjadi hambar dan menjemukan kerana tidak dibuat betul-betul.( Makna lain, tidak tekun dan bersungguh-sungguh)

Makanan yang terhidang, sekiranya dimasak menggunakan bahan terbaik da dimasak dengan carayang betul, hasilnya makanan tersebut pasti lazat. Sebaliknya makanan yang menggunakan bahan tidak bermutu dimasak dengan cara tidak betul hasilnya terhidanglah makanan yang tidak sedap langsung.

Inilah konflik tentang kebaikan. Ia sering dibuat tetapi tidak betul-betul. Seringkali manusia gagal melonjak untuk buat yang terbaik semata-mata kerana merasa telah berbuat baik.

Ciri-cirinya ialah:

Ia dibuat tidak berasaskan panduan dan ilmu yang tepat.

Buat sebahagian dan mengabaikan kesepaduan.

Melaksanakan hukum dan peraturan, sebaliknya buta hikmah.

Buat hanya sekadar untuk disebut bahawa amal itu telah dilakukan.

Lahirah dibangunkan tetapi tiada roh dan penghayatan.

Meletakkan penanda aras yang rendah apabila membandingkan amalnya denganorang fasik.

Amat malang bagi manusia ini kerana merasakan bahawa apabila telah berbuat sesuatu, maka tidak ada apa lagi yang boleh dibuat. Diri rasa sempurna dalam pandangan sendiri sedangkan hakikatnya kurang.

Sebaliknya, apa yang dituntut ialah buat baik dengan cara yang terbaik untuk mendapat yang terbaik:

Ia bermula dengan ilmu yang tepat.

Sebelumnya tersemat niat yang tulus.

Sentiasa ingin belajar dan minta diajar.

Buat dengan penuh penghayatan.

Mendasari hikmah tersirat di samping hukum yang tepat.

Komited serta istiqamah dalam beramal.

Sentiasa meletakkan penenda aras yang tinggi dengan menjadikan golongan solehin sebagai pedoman.

Apabila kita melakukan sesuatu kebaikan, ingatlah masih banyak lagi yang patut diusahakan untuk mendapat yang terbaikdi sisi allah. Sentiasaada ruang untuk diperbaiki.

Sentiasalah buat benda betul, betul-betul dan ingat bahawa musuh ketat bagi terbaik adalah baik.

0 comments:

Post a Comment

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP