Tarbiyah Dan Perubahan
Tuesday, October 13, 2009
TITIK TOLAK PERUBAHAN
"Sesungguhnya, Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah (keadaan mereka) sendiri."
[Ar-Ra’d:11]
Kehidupan yang dilalui seharian dalam perjalanan kehidupan ini sentiasa menuntut perubahan. Semua makhluk cipta Allah SWT BERUBAH. Sunnatullah yang tiada sesiapa pun dapat menolaknya. Muslim mukmin dituntut untuk sentiasa berubah dan meningkat ke arah sesuatu yang lebih baik. Baik dari segi pandangan hidup, kehidupan seharian, cara berfikir, bertindak dan bergerak.
Titik tolak, masdar, punca atau sumber perubahan dalam kehidupan seorang Muslim perlulah jelas dan benar. Ketahuilah asas kepada perubahan seorang insan itu terletak kepada dirinya. Lebih mendalam iaitu kepercayaan, keimanan dan keyakinannya yang disematkan di dalam Hati.
PERBAIKILAH DIRI DAN SERULAH ORANG LAIN
Seorang Ulamak Haraki dalam pergerakan Islam, Sheikh Mustafa Masyur pernah berpesan : “ Perbaikilah diri kamu dan Serulah Orang Lain.”Ungkapan ini sangat mendalam dan penting pengertiannya kepada kita. Apatah lagi, bagi diri kita yang telah disentuh oleh Tarbiyah Imaniyah.
Asas kejayaan setiap Insan adalah terus memperbaiki dan mempertingkatkan diri. Kerana nilai dan harga diri seseorang terletak kepada nilai dan kualiti dirinya.Namun, keunikan ajaran Tauhid ini adalah ia bersifat mementingkan diri sendiri sahaja tetapi ia perlu mengajak dan menyeru individu lain untuk turut beriman dan berjaya serta mempertingkatkan diri.
Formula Di sini ialah :
Tarbiyah + Dakwah = Kejayaan Hakiki
Perbaiki Diri + Menyeru Kebaikan = Hamba Rabbani yang diredhai
TARBIYAH DAN PERUBAHAN
Tarbiyah adalah proses yang menghidupkan watak-watak mukmin, watak mujahid dan keperibadian Hamba RabbaniSentuhan Tarbiyah yang diasaskan oleh Rasulullah SAW telah menghasilkan sesuatu yang mengejutkan dalam sejarah peradaban dunia
Hasil sentuhan Tarbiyah ini telah melahirkan Satu Jil atau Generasi yang sangat Hebat dan UnikGenerasi Para Sahabat RA telah mencipta sejarah perubahan yang menggagumkan dan mempesonakan.Seorang Tokoh Gerakan Islam Abad ke 21, As-Syahid Sayyid Qutb RA telah member jolokan gelaran kepada mereka dengan gelaran Jil Nul Quranul Farid (Generasi Al-Quran Yang Unik)
Apakah Formula yang menyebabkan mereka menjadi sangat hebat dan mampu merubah dunia jahiliyah yang kelam serta menyesak dada kepada dunia Islam yang luas dan membahagiakan?Lantaran itu, Sheikh Tarbiyah Mustafa Masyur mengungkapkan satu ungkapan yang penting untuk kita fahami, hayati dan renungi. “ Tarbiyah bukanlah segala-galanya tetapi Segala-galanya dapat diraih dengan Tarbiyah.”
Justeru itu, apa langkah pertama kepada perubahan?
1 comments:
bila menyebut berkenaan isu perubahan, ramai orang yang bangkit untuk menjelaskan isu ini, anwar ibrahim dengan perubahan malaysia, Dr Mohd Asri dengan perubahan ke Arah Sunnah dan ramai lagi... tetapi, kaedah menyeru kepada perubahan itu kadang-kadang ramai yang tersilap sehinggalah sesetengah orang dihukum oleh sesetengah orang yang lain.. namun, ana thiqah dengan perubahan yang berlandaskan Tarbiyyah kerana ianya mengikut landasan Al-Quran dan Sunnatullah.. kita berubah adalah untuk menuju kepada-Nya..
Post a Comment