Nota Dakwah - Jalan Yang Memuliakan

Friday, October 2, 2009

Jalan Yang Menuntut Kecekalan dan Pengorbanan

Nota Dakwah

Oleh : BroHamzah

Ini Jalannya ; Dakwah, Tarbiyah dan Jihad

Saya teringat satu kata-kata seorang Salafussoleh yang disebut semula Oleh Ibnu Al-Qayyim dalam Kitabnya, Miftah Dar al-Sa’adah. Katanya :

“ Alangkah hebatnya agama ini sekiranya mempunyai lelaki yang berjiwa besar.”

Berjiwa besar dan berpandangan jauh adalah ciri pemuda yang kita idam-idamkan dalam Gerakan Dakwah. Kerana apa? Kesyumulan dalam dakwah merupakan satu ketinggian dan kemuliaan. Hanya pemuda mukmin yang kuat dan beriman dengan keyakinan kepada Allah SWT yang mampu mendokongnya.

Inilah jalan yang sedang kita lalui. Satu jalan yang tinggi. Satu jalan yang akan membersihkan dan menyucikan kita. Seorang sahabat Rasulullah SAW yang telah dipersaudarakan dengan Abu Darda’ iaitu Salman telah mengungkapkan kata-kata yang menyentuh hati :

“ Sesungguhnya bumi tidak dapat menyucikan seseorang. Tiada yang dapat menyucikan seseorang hamba kecuali amalnya.”

Inilah jalan yang akan menjadi bekalan untuk kita. Amalan dimedan inilah yang sebenarnya menyucikan kita. Semulia-mulia pekerjaan ialah tugas amar makruf nahi mungkar. Muhammad Ahmad Ar-Rasyid dalam Kitabnya yang menggugah syuur seluruh Dai’ Haraki iaitu Al-Muntalaq telah memberi ungkapan yang jelas tentang hakikat tugasan dakwah :

“ Demi Allah, sesungguhnya dakwah ini adalah tugas lelaki sejati. Ia menghimpunkan lelaki yang gagah perkasa di dalam barisan mereka. Orang-orang yang takut menghadapi rintangan, gangguan dan pertarungan, maka kumpulan tersebut terdiri dari angkatan lelaki yang berjiwa kecil, kerdil dan mementingkan diri sendiri.”

Syeikh Abdul Qadir al-Kailani Rahimahullah dalam bukunya “ Futuh ul-Ghaib” menukilkan dengan himmahnya tinggi :

“Sesiapa yang inginkan darjat yang tertinggi di Syurga, dia hendaklah berada di martabat yang tertinggi di dalam kehidupan dunia.”

Dalam memberi komentar ungkapan ini, Muhammad Ahmad Ar Rasyid menyatakan bahawa :


“ Tidak ada martabat yang tertinggi di dunia ini kecuali martabat dakwah dengan melakukan kerja-kerja dakwah kepada Allah SWT.”

Ungkapan Jiwa Abdul Qadir Audah ini amat menyedarkan :

“Dakwah ini adalah kepunyaan Allah bukannya milik individu. Allah telah mengajar orang-orang beriman bahawa dakwah terikat dengan kehendakNya bukan kepada para duah, nasib setiap individu daripada dakwah ialah sesiapa yang beramal untuknya maka Allah akan memuliakannya dengan sebab amalnya, sesiapa yang meninggalkan beramal untuk dakwah maka Allah akan menjauhkan kebaikan daripadanya dan dakwah tidak akan mendapat mudarat sedikitpun.”

Dakwah, inilah Jalan terpantas dan tercepat meraih Redha Allah SWT.

Jalan inilah yang akan memuliakan kita

Namun, tidak semua mampu mendokongnya.

Jalannya sukar, penuh ujian dan dugaan. Suatu jalan yang menuntut banyak pengorbanan. Ya pengorbanan.

Pengorbanan?

Sehingga ke saat ini saya belum betul-betul menghayati erti dan hakikat pengorbanan. Air mata saya terus mengalir membasahi pipi…

2 comments:

Anonymous,  October 2, 2009 at 3:05 AM  

Bebaskan diri kita dari keterikatan dengan sistem yang tidak mahu mendokong Islam...sebaliknya ayuh bergabung dgn institusi kita.. Kata yang dikasihi DASAR, berilah khidmat di saat-saat Islam memerlukan..Fikir fikirkan..

Salam perjuangan

BroHamzah October 3, 2009 at 9:40 PM  

Salam akhi, syukran atas bimbingan dan nasihat anta selama ini.Semoga Allah terus tetapkan kita pada jalan ini.Amin

Post a Comment

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP