Mauqif Sirah - Kasih Mereka
Saturday, October 3, 2009
Mauqif Sirah ~ Kasih Mereka
Menggali sirah dan sejarah generasi salaf dan para sahabat sudah tentu akan kita ketemui dengan kisah-kisah yang menyentuh jiwa dan menggugah perasaan. Kehidupan mereka sangat unik dan penuh dengan warna warni kehidupan yang dicorakan oleh dasar utama kehidupan iaitu keimanan dan ketaqwaan.
Mauqif Sirah, bermaksud hentian sirah. Kita berhenti seketika dalam perjalanan hidup ini, kita menoleh untuk melihat sejarah ummat Terdahulu. Melihat dan menyelami kehidupan mereka-mereka yang sudah terbukti keimanan dan kesolehan mereka. Semasa bersama dengan seorang Teman dan Sahabat saya iaitu Ustaz Ahmad Muhtad beliau selalu berkongsi cerita dengan saya tentang Sirah para sahabat. Saya rasa perkongsian sebegini sangat baik. Justeru adalah baik sekiranya saya memetik beberapa sirah berdasarkan tema-tema tertentu.
Kasih Sayang Generasi Sahabat Kepada Ibu Bapa
Suatu hari, Ibnu Umar melihat seorang yang sedang menggendong ibunya sambil bertawaf mengelilingi Kaabah. Orang tersebut lalu berkata kepadaIbnu Umar,”Wahai Ibnu Umar, menurut pendapatmu apakah aku sudah membalas kebaikan ibuku?” Ibnu Umar menjawab, “ Belum, meskipun sekadar satu erangan ibumu ketike melahirkanmu. Akan tetapi engkau sudah berbuat baik. Allah akan memberikan balasan yang banyak kepadamu terhadap sedikit amal yang engkau lakukan.” [Diambil dari kitab al-Kabair, karya adz-Dzahabi]
Ali bin Husain bin Ali bin Abi Thalib adalah seorang yang terkenal sangat berbakti kepada ibunya, sehingga ada orang berkata kepadanya, “Engkau adalah orang yang paling berbakti kepada ibumu, akan tetapi kami tidak pernah melihatmu makan bersama ibumu.” Beliau menjawab, “Akku takut kalau-kalau tanganku mengambil makanan yang sudah dilihat oleh ibuku. Sehingga aku dikategorikan menderhakanya.” [Diambil dari kitab Uyunul Akhyar, karya Ibnu Qutaibah]
Abu Hurairah tinggal dalam sebuah rumah, segangkan ibunya tinggal di rumah lain. Apabila Abu Hurairah ingin keluar rumah, maka beliau berdiri terlebih dahulu di depan pintu rumah ibunya seraya mengatakan, “Kesselamatan untukmu, wahai ibuku, dan rahmat Allah serta barakah-Nya.”
Ibunya menjawab, “Dan untukmu keselamatan wahai anakku, dan rahmat Allah serta barakah-Nya.”
Abu hurairah kemudian berkata, “Semoga Allah menyayangimu kerana engkau telah mendidikku semasa aku kecil.”
Ibunya pun menjawab, “Dan semoga Allah merahmatimu kerana engkau telah berbakti kepadaku saat aku berusia lanjut.” Demikian pula yang dilakukan oleh Abu Hurairah ketika hendak memasuki rumah.” [Diambil dari kitab Adab al-Mufrad, karya Imam Bukhari]
Dari Anas bin Nadzr al- Asyja’I, beliau bercerita, suatu malam ibu dari sahabat Ibnu Mas’ud meminta air minum kepada anaknya. Setelah Ibnu Mas’ud datang memvawa minum, ternyata si ibu sudah tertidur. Akhirnya Ibnu Mas’ud berdiri berhampiran kepala ibunya sambil memegang wadah berisi air tersebut hingga pagi.” [Diambil dari kitab Birrul walidai, karya Ibnu Jauzi]
0 comments:
Post a Comment