6 Syarat Matlamat

Saturday, October 10, 2009


6 Syarat Matlamat ~ Agar Ia Menjadi Sesuatu Yang Serius!

Oleh :

BroHamzah

brohamzh@yahoo.com

MATLAMAT yang jelas menghasilkan TINDAKAN yang jelas

MATLAMAT yang besar menghasilkan USAHA yang besar

MATLAMAT yang kecil menyebabkan FIKIRAN remeh

MATLAMAT memberi tenaga positif untuk terus BERUSAHA

Berusaha tanpa PUTUS ASA demi mencapai MATLAMAT

BELAJAR dari kesilapan untuk MEMPERBAIKI DIRI

Mission Statement ( Pernyataan Misi)

Apa itu Matlamat? Ia merupakan tujuan, cita-cita, keinginan yang ingin dicapai. Matlamat yan nyatakan di sini merangkumi semua kategori matlamat sama ada matlamat Utama, jangka pendek ataupun jangka panjang.

[1] Matlamat mesti DITULIS

Bagi saya sesuatu yang serius dan penting perlu dizahirkan ke alam realiti. Matlamat yang kita hajati dan ingin dicapai perlu ditulis di atas kertas. Saya namakan catatan ini sebagai "Mission Statement." Ia adalah sebagai bukti niat dan sasaran kita. Sudah banyak pendapat dan pengalaman orang yang berjaya, mengiyakan kenyataan ini. Tunggu apa lagi , catatkan dan lakarkan apa jua impian dan matlamat anda!

[2] Matlamat mesti dengan NADA yang POSITIF.

Impian kita mestilah yang mendatangkan kebaikan kepada kita. Fikirkan secara positif untuk mencapainya! Berfikiran positif, itu adalah langkahan awal kepada kejayaan.

[3] Matlamat mesti mempunyai JANGKA MASA.( Time Frame)

Jangka masa amat penting untuk memastikan bahawa anda dapat mencapai matlamat selangkah demi selangkah. Kerja anda menjadi lebih sistematik dengan sistem jangka masa. Inilah masanya untuk melakukan dengan sistematik dan teratur!

[4] Matlamat anda, MILIK ANDA.

Jangan meniru matlamat orang lain. Setiap orang punyai matlamat masing-masing dan ia berbeza mengikut kelebihan masing-masing. Jadi, kenali potensi diri dan impianlah untuk punyai matlamat yang realistik!

[5] Matlamat mestilah PRAKTIKAL dan TIDAK MUSTAHIL dicapai.

Matlamat yang disetkan hendaklah boleh dan dapat dilakukan bukan matlamat yang membebankan dan tidak masuk akal. Anda tahu kemampuan anda! Anda mampu melakukan sesuatu selagi anda punyai keyakinan kepada diri anda!

[6] Matlamat mesti ada FOLLOW UP & MONITORING

Maknanya kita perlu ada sistem hentian muhasabah untuk semak balik dan check balik segala tindakan kita. Adakah ia menjurus ke arah matlamat kita atau tidak. Atau anda hanya leka dengan membuang masa dengan sia-sia. Renungilah seketika, sama ada anda semakin menghampiri matlamat anda atau semakin jauh daripadanya.

Semoga sedikit panduan ini dapat membantu anda untuk merangka matlamat anda dengan baik dan cemerlang. Ia juga sebagai satu muhasabah untuk diri saya. Teruskan berimpian dan bercita-cita. Gantunglah matlamat anda setinggi mungkin untuk mencapai redhaNya. Matlamat untuk dicapai !

0 comments:

Post a Comment

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP