Persahabatan

Wednesday, October 21, 2009

Kerana Kita Adalah Saudara


Persahabatan
Ada satu kisah, saya ingin berkongsi dengan anda. Ia adalah sebuah kisah persahabatan

Dua orang sahabat karib pergi mengembara melalui sebuah padang pasir yang terbentang luas. Di tengah-tengahperjalanan itu berlaku sedikit perbezaan pebdapat yang membawa kepada pertengkaran. Akibat tidakmengawal perasaan dan memuncaknya kemarahan, seorang telah memukul sahabatnya.



Dengan penuh rasa hiba, sahabat yang dipukul mengambil ranting kayu dan menulis di atas pasir:



“ Hari ini sahabat baikku telah memukulku.”



Mereka kemudiannya meneruskan perjalanan bersama. Setelah lama berjalan, mereka sampai si sebuah lembah subur dengan tasik yang dingin. Tanpa berlengah, sahabat yang kena pukul tadi terjun ke dalam tasiktersebut untuk menyejukkan tubuhnya. Tiba-tiba ia gagal mengawal diri dan mula tenggelam ke dasar tasik.



Sahabatnya terjun dan berjaya menyelamatkannya. Setelah naik ke tepi tasik tersebut, ia mengucapkan erima kasih dan memahat pada seketul batu tulisan:



“Hari ini sahabat baikku telah menyelamatkan nyawaku.”



Sahabatnya bertanya, “Tadi sewaktu aku memukulmu, engkau menulis di atas pasir dan sekarang engkau memahat di atas batu?”



Jawab sahabat tersebut, “Aku menulis di atas pasir kerana ia akan hilang ditiup angin, aku memahat di atas batu supaya aku mengingatinya sehingga bila-bila..”



Begitulah kehidupan ini, ada perkara yang menyedihkan, kesakitan yang ditanggung,keperitan dan kegagalan dalam setiap penderitaan, tulislah di atas pasir, biarkan ia singgah cuma sebentar dalam ingatan agar kita segeraa boleh melupakannya. Namun sebaliknya,apabila kita mengecapi nikmatdaripada Allah atau menerima kebaikan daripada orang lain maka pahatlah ia di dalam hati agar kita terus kekal mengingatinya sampai bila-bila.



Rahsia untuk mendapat ketenteraman dan kedamaian hakiki: Lupakanlah dan maafkanlah segala kesalahan orang lain kepada kita sebelum tidur dan pejamkanlah mata untuk merasai nikmat dan kesyukuran yang kita kecapi.



Kebencian dan dendam yang kita bawa sehingga ke dalam tidur menjadi seperti racun yang direngguk, bisanya menyelinap ke seluruh tubuh dan kemudian membunuh kebahagiaan dan kedamaian diri.



Justeru itu, tidurlah bersama kesyukuran, jangan tidur bersama kesedihan. Binalah persahabatan dengan banyak memberi bukannya menerima. Kemanisan dalam persahabatan hanya dapat dirasai oleh mereka yang banyak memberi kepada sahabatnya.



Ya, memberi kasih sayang,perhatian, segala-galanya dimiliki sebagai perkongsian yang baik. Berkongsi ilmu, pengetahuan dan apa jua yang akan menyenangkan sahabat anda.




Buat sahabat, maaf saya sekiranya saya tidak mampu menjadi sahabat yang terbaik dalam hidup kalian

0 comments:

Post a Comment

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP