Idea " Membukukan" Nota-Nota BroHamzah

Saturday, March 10, 2012


Merealitikan harapan - Perkongsian di medium bercetak :
Dunia Buku.

Bismillah – kerap pula saya mencatat hujung minggu ini. Memandangkan saat ini, saya hanya di rumah dan kurang sihat beberapa hari ini. Semoga bermanfaat.

“ Kenapa anta tidak cuba membukukan tulisan anta di blog?,” Suatu hari ada pertanyaan daripada seorang sahabat.

“ Kalau boleh, target kita agar semua penulis Langit Ilahi akan menerbitkan buku masing-masing pada tahun ini,” Ujar sahabat saya dan juga CEO Langit Ilahi, Hilal Asyraf.

“ Kembangkan dialog-dialog seperti tulisan dalam blog dan boleh dijadikan dalam bentuk novel,” Begitu juga saranan Kak Fatimah Syarha ketika mengajak saya untuk sama-sama mengembangkan potensi dalam dunia penulisan “novel.”

“ Abang, kenapa tidak kumpulkan segala nota-nota blog abang dalam bentuk buku?Bagus melebarkan lagi perkongsian abang dipelbagai medium,” Zaujati terus-menerus memberikan galakan dan sokongan.

Sejak dahulu dan sehingga saat kini – Alhamdulillah, ramai yang memberikan idea untuk membukukan tulisan saya dalam medium bercetak. Saya akur, ia mampu untuk dijadikan realiti. Saya sendiri sukakan dunia penulisan dan ia semakin dekat dengan jiwa apabila diberikan peluang dan amanah menjadi editor buat tempoh dua tahun ini. Syukur kepada Allah SWT atas kurniaan dan anugerah pengalaman ini.

Saya berkira-kira,berfikir-fikir dan bertimbang-timbang untuk mengumpulkan segala tulisan dalam Blog BroHamzah ini untuk dibukukan. Namun, saya tidak pasti tulisan manakah yang sesuai dan elok diketengahkan untuk para pembaca untuk dibukukan.

Cadangan yang selalu saya terima ialah mengumpulkan kesemua nota-nota tarbiyah yang pernah saya kongsikan dan tuliskan. Dan, bermula daripada itu ia disusun semula, ditambahbaikan dan sangat kukuhkan tulisan itu dengan apa-apa yang relevan untuk menjadikan ia tulisan yang kuat, bertenaga dan punyai kekuatan yang tersendiri.

Justeru, buat sahabat pembaca yang budiman dan sahabat-sahabat yang kerap bertandang ke teratak saya ingin, - mohon pandangan, cadangan dan saranan kalian dalam membantu saya dalam merealisasikan hal ini. Jika ada komentar serta kritikan – sangat-sangat dialu-alukan.

Sekian, terima kasih kepada semua yang sering berkongsi pandangan serta komentar dalam setiap artikel yang saya nukilkan di blog saya ini. InsyaAllah.

BroHamzah
Kota Bharu, Kelantan Darulnaim
Malaysia Boleh.

6 comments:

Hilal Asyraf March 10, 2012 at 7:43 AM  

Jadikan ianya berfokus.
Jangan longgokkan begitu sahaja.

Contoh, kumpulkan yang berbentuk 'kepemudaan'.
Atau 'cinta'.
Begitu.

Kumpulkan sekitar 60 artikel, kita sudah boleh jadikan sebuah buku. Untuk cubaan, kita boleh terbitkan eBook dahulu.

Barulah nampak produksi LangitIlahi itu.
Tak adalah bergantung kepada nama HilalAsyraf sahaja.

Memang nak tak nak, kita perlu lahirkan lagi lebih ramai penulis, ikon untuk masyarakat contohi dan ikuti.

Hilal Asyraf March 10, 2012 at 7:48 AM  

artikel enta di LangitIlahi pun banyak kalau kumpul2. Itu kalau enta fokus la kan, setiap minggu tulis di ruangan Himmah, rasanya setahun setengah sudah siap satu buku.

Baru tak penat menulis.
Sebab itu ana tekankan jadual.
Seminggu satu artikel.
60 minggu, 60 artikel = satu buku.
Bukannya sukar.

Anonymous,  March 10, 2012 at 1:19 PM  

Salam 'alaik,
Saya sangat2 setuju jika BroHamzah kumpulkan artikel2 'Nota Tarbiyyah' utk dibukukan. Personally, nota-nota tarbiyah tu ada nilai, dan saya kdg2 merujuk kpd artikel tersebut.

Wallahu a'lam

Siiru 'ala barakatillah

ROBHUNHAYATI March 11, 2012 at 7:52 AM  

Bro hamzah,
saya sokong kerana pengisian yg bermanfaat wajar dibukukan dan dikongsikan generasi ke generasi dan pahalanya insyaAllah berpanjangan... Wallahu'alam...

BroHamzah March 11, 2012 at 8:34 AM  

Hilal Asyraf

Alhamdulillah, atas dorongan & tiupan semangat anta. InsyaAllah, ana menyahut seruan itu. Semoga mata pena ini adalah untuk kebaikan dan kebenaran.

Ayuh! - Nanti boleh terbit bawah LI Publication.^^
BroHamzah

musafir kehidupan March 15, 2012 at 7:13 AM  

Alhamdulillah...semoga Allah memberikan kekuatan buat Bro sepertimana Hilal dan Kak fatimah...

Post a Comment

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP