Hari-hari bersama mereka,amat berbeza dengan hari-hari tanpa mereka.
Bagaikan sebuah "kehilangan."
Bismillah, syukur kerana saya mampu mencoret catatan ringkas di saat ini.
Saya merenung jauh - melangkaui sempadan yang ada. Sangat-sangat jauh dan melihat satu per satu masa-masa yang berlalu dalam kehidupan saya. Kini, usia sahaja bakal mencecah 27 tahun.
Hari Ibu adalah hari istimewa, special dan tersendiri buat kita semua. Setiap hari adalah hari-hari yang harus ada untuk ibu-ibu kita.
Dan, dalam hidup saya – saya punyai dua orang ibu. ^^
Ya. Ibu kandung saya & ibu mertua saya. Dua-dua adalah istimewa buat saya.
[Mak Nah & Mak Pah]
Tok Nah & Teita Pah – panggilan anak saya untuk mereka berdua.
Ibu-ibuku
Bercerita tentang ibu-ibu ini, tentunya meruntum hati kita. Terlalu banyak kisah-kisah yang menyentuh hati. Sesiapa pun, - macamana pun tahap pendidikan, pengalaman, kehebatan diri atau bagaimana dirinya – jika berbicara tentang ibu, pasti “terasa” sesuatu yang amat-amat berbeza perasaannya.
Kedua-dua ibu saya ini tentunya tidak selesa jika saya berkongsi kisah-kisah mereka secara maya sebegini. Mak saya, selalu berikan peringatan dua perkara : Jangan masukan gambarnya dan kisah-kisah cerita berkaitannya. Katanya, malu lah. [ Baca : Segan ]
Apa pun, ibu-ibu saya adalah insan luar biasa hebat pada mata saya. Hebatnya mereka kerana mereka punyai visi, kekuatan dan semangat untuk mendidik dan membesarkan kami sebagai hamba-hamba Allah SWT.
Ibu saya, - Puan Hasnah Bt Rashid
Mendidik kami 10 orang adik-beradik dengan penuh keimanan, kesabaran dan dedikasi yang tinggi.
Bayangkan 10 orang anak. Jarak usianya – dekat-dekat.
Saya bertanya : “ Emak bahagiakah membesarkan kami?,”
“ Alhamdulillah.” Jawapan ringkas emak saya untuk semua soalan yang ditanya kepadanya.
Mak saya orangnya biasa-biasa, tenang-tenang dan very humble person. Dan antara perkara yang saya belajar daripada emak saya ialah : “ Keimanan, istiqamah, ketenangan dan kelembutan.”
Saya masih terbayang-bayang, - kesungguhan mak saya membuat pelbagai aktiviti di antara kami adik beradik semasa kecil – buat pertubuhan kelab anak-anak soleh sesama kami, bercerita Sirah-sirah nabi sebelum tidur, buat pertandingan kuiz pelajaran, tidak jemu mengajar saya dan adik-adik Al-Quran setiap hari dan juga – mengajar intensif bahasa Inggeris setiap hari.
Semua masih kukuh dalam memori saya. Terima kasih Mak atas pengorbanan itu.
Mak mertua saya, - Puan Sharifah Bt Ismail
Beliau - seorang wanita yang cekal, tabah dan punyai semangat juang yang tinggi. Membesarkan empat orang anaknya (termasuk zaujati tercinta) seorang diri setelah pemergian suaminya beberapa tahun yang lalu.
Saya selalu bersembang dengan zaujati tentang kecekalan maknya mengharungi kehidupan bermula dari kecil sehingga lah kini. MasyaAllah – sesungguhnya Allah SWT menguji seseorang dengan kadar kemampuan yang ada padanya.
Mak mertua saya ini, orangnya periang, ceria, sangat-sangat ramah dan sangat caring! – Semasa fasa pertunangan saya – bakal ibu mertua saya inilah yang banyak memberikan tips-tips untuk mendirikan rumah tangga. Alhamdulillah.
Apa yang saya timbanya daripada ibu mertua saya ialah : “ Hidup ini harus cekal dan kuat untuk menghadapi apa jua kemungkinan dan ujian, pengurusan hidup yang bersistematik dan sentiasa merancang dengan sebaiknya.”
Saya masih ingat, ketika dalam tempoh pertunangan saya dengan bekas tunang saya itu. ( Baca : Zaujati). – Mak mertua saya menelefon saya suatu hari. Bertanya khabar, dan sembang-sembang seketika. Lalu beliau bertanya :
“ Ali, kenapa tidak contact Maryam. Katanya lama dah Ali tak hubungi tanya khabar?,” Tanyanya.
Gulp!. Terkejut saya, tak sangka. Memang saya masa itu sangat-sangat jarang hubungi bekas tunang saya itu. Ya lah, saya ini kan pemalu.
“ Kalau hendak jaga hati pun, hubungilah tanya-tanya khabar. Itu bukannya siapa pun – tunang Ali juga.” Katanya mak mertua saya sambil memberi panduan perhubungan antara saya dan anaknya.
Apabila difikir balik, sememangnya mak mertua saya sangat sporting, mudah berbicara dan bijak dalam membimbing saya. Itulah membuatkan saya rasa sangat-sangat bertuah memiliki mak mertua yang superb!
Gabungan Ibu-ibuku ini
Hasilnya, saya mendapat sesuatu yang besar dalam kehidupan :- iaitu didikan keimanan dalam jiwa kemanusiaan. Mereka berusaha keras untuk memberikan didikan terbaik agar anak-anak mereka membesar sebagai hamba Allah SWT yang diredhai-Nya.
Dan, inilah keberuntungan yang sangat-sangat saya syukuri. Punyai dua orang ibu yang boleh dipanggil ibu generasi dan juga “ superwomen.”
Saya mempunyai ibu. Anda juga begitu. Kita semua mempunyai ibu. Justeru, bagaimanakah kita “melihat” dan menghargai mereka dalam hidup ini?
Catatan Seorang Hamba
(1) Saya semakin memahami erti pengorbanan ibu, apabila memasuki fasa perkahwinan dan dikurniakan seorang anak. Jangan memandang remeh, biasa-biasa dan kecil – kepada seorang insan yang bergelar ibu, ummi, mama, mummy, amma dan mak!
(2) Zaujati juga telah menjadi ummi. Seronok melihat zaujati melalui fasa-fasa ini. Saya turut belajar menjadi seorang abi. Selepas ini, kena buat post special bertajuk “ Abah Dalam Hidupku.” Saya hanya ada seorang abah saja kerana, tidak sempat untuk mengenali dan bersama dengan ayah mertua. Ayah kepada zaujati telah kembali ke rahmatullah 8 tahun yang lalu. Semoga Allah SWT mencucuri ruh arwah dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. Ameen.
BroHamzah
Jalan Long Yunus, Kota Bharu
Kelantan Darulnaim, Malaysia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
assalamu'alaikum abg 'Ali...
syukran d atas prkongsian ini ^^...
ssungguhnya, prkongsian yg lhir dr hati, lbih brksan dn mnyntuh...
mga abg 'Ali dn kak Hanisah dpt mnuntun lngkah kami dlm proses pmbntukn pribadi Muslim...
Fathi Ridhuan
Walaikumusalam, sekadar perkongsian ringkas. Semoga bermanfaat.
BroHamzah
syukran Bro Hamzah di atas perkongsian yg bermanfaat ini. Ya! saat paling indah bagi seorang wanita ialah pada saat bergelar ibu dan saat paling indah bagi seorang anak ialah pada saat bersama ibu. sesungguhnya pengorbanan seorang insan bernama IBU itu tidak mampu kita gambarkan atau bandingkan dengan segenap isi dunia. dan kerana itu martabat seorang ibu sangat tinggi nilainya di dalam Islam hatta Rasulullah saw juga menyebut ibu sebanyak 3x kemudian barulah ayah. justeru itu, siapapun ibu kita, apa jua keadaan ibu kita, sayangi mereka, hormati mereka, kasihi mereka, doakan mereka dan paling penting jangan sesekali lupakan mereka dalam setiap doa kita walaupun mereka telah tiada or tidak bersama kita... Wallahu'alam..
Robhunhayati
Syukran atas perkongsian saudara/i. Kerana itu ibu sangat istimewa dalam diri kita. InsyaAllah.
BroHamzah
afwan ya akhi.. actually, i'm also a mom for 2 daughters n honestly i know the feeling " how lucky to be a mom...:) "... insyaAllah, perkongsian ilmu dan tazkirah akan menghidupkan hati2 yang mungkin adakalanya hampir2 gelap. syukran once again ya akhi...:)
Robhunhayati
MasyaAllah - Alhamdulillah, saudari adalah insan bertuah yang bergelar ibu. Semoga Allah SWT merahmati semua ibu-ibu yang ada di dunia.
BroHamzah
bro hamzah,
insyaAllah, semua ibu2 di dunia ini didoakan sentiasa dalam rahmat dan kasihsayang Allah swt... amin...
Alhamdulillah, saya bersyukur saya diberikan peluang itu. Robhunhayati itu adalah gabungan nama 2 orang puteri kesayangan saya...:)
anda juga bertuah punya ibu dan ibu mertua dan anda juga bertuah kerana diizinkan Allah bergelar seorang "anak", "suami" dan "ayah". jagalah amanah yang dititipkan pada saudara sebaik mungkin kerana pesanan Allah di dalam Al-Quran "kuu anfusikum waahlikum naara.." barakallahufik....
Post a Comment