Meneguk ibrah dari Telaga Biru

Monday, August 15, 2011


Telaga Biru, kebiruan yang memakmurkan

Lafaz Bismillah sebagai pembuka bicara.
Mudahan catatan di penghujung malam Ramadhan ini ada sesuatu untuk dikongsikan. InsyaAllah.

1. Pertama kali kaki ini menjejaki ibu pejabat Telaga Biru, Sri Damansara, Kuala Lumpur. Alhamdulillah, ia membuka suatu ruangan perkongsian pengalaman, kemahiran dan pengetahuan tentang dunia penerbitan buku dan majalah kepada saya. Bersama dengan sahabat – saya mengharapkan sesuatu daripada ziarah kami ini.

Pejabat pengurusan Telaga Biru, Sri Damansara

2. Telaga Biru, sebuah syarikat penerbitan buku dan majalah yang kian meningkat naik namanya dan kini semakin popular mengeluarkan buku-buku berunsur Islam di perdana tanah air. Saya suka akan buku-buku keluarannya kerana beberapa faktor antaranya, isi yang mantap, kualiti grafik dan kertas bukunya. Warna warni, cantik, kemas dan memikat hati.

3. Ziarah kami disambut oleh En Faruq Zahran, Public Relations Senior Executive. Peramah, mesra dan suka berkongsi ilmu. Banyak beliau kongsikan tentang Telaga Biru. Kemudian, sesi sharing bersama Dato’ Haji Muhammad Zakaria, Pengarah Editorial Telaga Biru dan Husna Hassan, Editor Majalah Solusi. Alhamdulillah, mereka ini tidak lokek berkongsi satu per satu tentang dunia penerbitan majalah. Teruja dan saya mendengar dengan tekun.

Mereka selalu mengulangi ungkapan Ketua Editor Majalah Solusi, Ustaz Pahroi Mohd Juoi berkaitan dunia penulisan ini :

" Kita menulis ini adalah untuk memakmurkan dan menyemarakan dunia penulisan ini dengan dakwah. Inilah niat asal kita. Bukan untuk bersaing dengan mana-mana syarikat buku atau majalah."

Majalah Solusi, saya memiliki kesemua koleksinya kecuali isu 9. Siapa boleh bantu, dapatkannya? Tanya Telaga Biru, mereka kehabisan stok.

4. Menarik perkongsian tentang sejarah penerbitan Solusi. Bermula dengan cetakan hanya 10 ribu pada isu perdananya kini telah mencecah 150 ribu naskah yang dicetak. Tidak keterlaluan, Solusi adalah majalah Islam no. 1 di Malaysia. Banyak kekuatan dan kelebihan yang ada padanya. Dari sini, saya belajar sesuatu daripada majalah Solusi ini. Kini, Telaga Biru telah menerbitkan majalah untuk remaja, Gen-Q. Hujung tahun ini, akan terbit satu lagi majalah baru iaitu Tanyalah Ustaz dan akan menyusul majalah berbentuk rumahtangga iaitu Demi Cinta. – Maju sungguh mereka!

Gerak kerja dan budaya kerja yang profesional dan penuh kesungguhan meletakan team Telaga Biru berada pada tahap ini. Malah mereka ingin pergi lebih jauh. Katanya, kini mereka merancang untuk menghasilkan siaran radio sendiri dan sehingga ke satu tahap memiliki stesen siaran TV sendiri.

Katanya, itu tidak mustahil. Kita berusaha, insyaAllah laluan dan peluang itu akan dipermudahkan oleh Allah SWT. Jauh cita-cita mereka.

Saya suka, sikap berani mereka - menongkah arus yang ada. Sekali melangkah, tekad mereka terus sehingga ke titik akhirnya. Perjuangannya jelas, nyata dan mempunyai strategi yang rapi. Ia harus dicontohi.

5. Alhamdulillah, kami berkesempatan untuk bersembang-sembang sekitar 15 minit bersama Dr Hj Zahazan, Pengarah Eksekutif Telaga Biru. Seorang tokoh ilmuan, Motivator dan pendakwah terkenal di Malaysia. Saya suka nasihat-nasihatnya, simple, mudah dan melekat di hati :

“ Apabila masuk ke dalam dunia penerbitan ini, banyak pahit getirnya."

" Perlu banyak bersabar.”

“ Menulis buku atau majalah bukan untuk popular atau glamor.Jaga hati kita”

“ Jaga keikhlasan dan kebersihan hati. Itulah syarat bantuan Allah SWT.”

“ Berdakwahlah dengan kesungguhan!”

Saya teringat sewaktu di alam IPT dahulu, 5 tahun yang lalu ketika Ustaz Zahazan masih menjadi pensyarah di UIA. Saya dan seorang sahabat saya waktu itu pernah bersembang-sembang dengannya. Beliau mempelawa sahabat saya untuk menulis di bawah Telaga Biru. Sahabat saya, menolak kerana katanya kurang berminat untuk menulis. Namun Ustaz Zahazan tersenyum dan memberikan sedikit taujih buat kami , latihlah diri untuk menulis. Dakwah melaluinya ada kesannya.

Tidak sangka, Ustaz Zahazan begitu serius. Beliau mengambil keputusan berhenti dari UIA sebagai pensyarah dan full time dengan Telaga Biru. Tekad seorang pendakwah.


6. Alhamdulillah, lebih kurang 3 jam kami di Telaga Biru. Belajar, memerhati, meminta tunjuk ajar dan sebagainya. Suatu yang saya suka ialah sikap mereka yang suka memberi, berkongsi dan mencurahkan ilmu yang ada. Mereka sentiasa mengalu-alukan pelbagai penerbitan untuk memakmurkan dunia penerbitan Islam. Banyakan alternatif bahan bacaan.

7. Harapan saya, semoga kami mampu mengorak langkah mencontohi mereka. Saya bercita-cita untuk menceburi bidang penerbitan ini secara serius. Bersembang-sembang dengan sahabat saya, tercetus daripada kami untuk menghasilkan majalah memfokuskan remaja dan mahasiswa. Rasa-rasanya, apakah nama majalah yang sesuai? Anda ada cadangan?

8. Pernah bersembang-sembang dengan CEO Langit Ilahi,sahabat saya Hilal Asyraf – sama-sama memasang impian untuk menerbitkan majalah Langit Ilahi. Konsepnya dan reka bentuknya masih terawang-awang di minda. Mampukah ia dijelmakan di alam realiti?

9. Medium ini, adalah medium dakwah buat masyarakat. Ia adalah salah satu capaian yang ada. Usaha-usaha sebegini harus diperbanyakan lagi. Ada orang berkata, “ Ala.. Cukuplan tu, buat apa banyak-banyak majalah-majalah atau buku-buku berbentuk macam ini.”

Mereka silap. Lihatlah di pasaran media cetak hari ini, berselerak dengan majalah-majalah picisan, komik-komik yang merosakan dan pelbagai buku-buku yang melalaikan.

Jadi, dunia buku serta penerbitan berteraskan dakwah tulin dan unsur Islamik harus diperbanyakan dan diperluaskan.

Siapa yang akan ambil tindakan?

Kata murabbi saya,” Bagi yang berkesedaran, inilah peluang ada. Peluang berbuat amal.”

10. Semoga Allah SWT permudahkan segala cita-cita ini. Terima kasih, buat sahabat-sahabat di Telaga Biru kerana memberikan kami kesempatan untuk meneguk ibrah yang menyejukan di dalam telaga anda. Syukran, semoga Telaga Biru terus sukses di masa hadapan.

BroHamzah
16 Ramadhan 1432 H
Bukit Naga, Klang

19 comments:

Muhammad Imran Khairman August 15, 2011 at 9:49 AM  

Assalamualaikum..
saya bersetuju dgn pandangn untuk memperbanyakkn bhn bacaan islami kpd masyarakat :D
insyaAllah majalah LangitIlahi mampu diterbitkan..

anonymax,  August 15, 2011 at 2:01 PM  

salam...semoga berjaya

BroHamzah August 15, 2011 at 3:30 PM  

Muhammad Imran Khairman

Walaikumusalam,
Doakan kami agar bergerak ke arah itu. InsyaAllah.

BroHamzah

BroHamzah August 15, 2011 at 3:32 PM  

anonymaz

Wassalam, syukran atas dokongan dan saranannya serta doa.

BroHamzah

Nazihah@Jiha August 15, 2011 at 3:52 PM  

Assalamualaikum.

sy suka baca buku keluaran telaga biru.menjadi pilihan utama :)

insyaAllah,semoga usaha murni hendak menerbitkan majalah langitilahi dpt dijayakan.

BroHamzah August 15, 2011 at 3:54 PM  

Walaikumusalam,

Ya. Alhamdulillah. Doakan agar impian menjadi kenyataan. InsyaAllah

BroHamzah

Anonymous,  August 15, 2011 at 5:10 PM  

Assalamualaikum.

pc suka dengan semua buku keluaran telaga biru, pendekatan yang digunakan berkesan. dengan pemikiran dan masalah masyarakat masa kini, pendakwah perlu bijak susun strategi untuk 'tackle' mereka(penulis telaga biru ada potensi itu).insyaAllah akan lebih ramai yang sedar dari lena yang panjang.

majalah langitIlahi?pc tak sabar untuk membacanya?^^semoga Allah redha.amin.

BroHamzah August 15, 2011 at 6:09 PM  

Walaikumusalam

pengemis cinta.
pc itu pakcik ka? Doakan akan lahirnya majalah yang memenuhi keperluan ummah.InsyaAllah

BroHamzah

Syed Ahmad Fathi August 15, 2011 at 11:35 PM  

Moga kita dapat meramaikan penerbitan majalah Islam :)

Anonymous,  August 16, 2011 at 8:04 AM  

Salam Ukhuwwah...Tahniah dan syabas duhai anak muda Islam yg hebat!Moga menjadi inspirasi kepada anak2 muda Islam lain untuk menuruti jejak langkah mu.InsyaAllah..Sungguh benar pena itu matanya tajam lebih drp mata pedang.Terpulang padamu untuk memanfaatkan ia ke arah mana.. Mencari redho Allah dan manis`di sana' atau mengejar janji dunia yg sementara dan pujian manusia yg selalu saja`brkepentingan'
. Alhamdulillah. Telaga Biru adalah `madrosah' terbaik mendidikmu jadi penulis hebat suatu masa nanti..InsyaAllah.Akak doakan.Selamat Maju Jaya duhai anak muda hebat!- KAK ELA,Hijau evergreen.

Ariffah9 August 16, 2011 at 11:22 PM  

saya pernah ke syarikat Tlga Biru jga , teman ayah saya ( salah seorang penulis Telaga Biru ) untuk sesi bergambar .

suka lihat cara mereka berbisnes , beradab sepertimana adab yang patut diamalkan muslim !

Ariffah9 August 16, 2011 at 11:25 PM  

oh ya , komen di bahagian atas .. yang ditulis pengemis Cinta~ . pc = Pengemis Cinta , agaknya .

BroHamzah August 17, 2011 at 5:20 PM  

Syed Fathi

Doakan dan doakan. Bukan hanya setakat itu tetapi yang terpenting pengisiannya dan matlamat asalnya itu tercapai.

BroHamzah

BroHamzah August 17, 2011 at 5:21 PM  

mr IQ

Doakan dan teruskan tadahan doa antum.
Yang terpenting ialah mendapat keredhaan dan keberkatan daripada Allah SWT.

BroHamzah

BroHamzah August 17, 2011 at 5:23 PM  

Anonymous aka Kak Ela

Kerdil rasanya diri ini. Saya tidak berhajat untuk menjadi penulis yang hebat, tetapi hamba yg dekat.

Dekat dengan Rabb-Nya.
Syukran atas coretannya.

BroHamzah

BroHamzah August 17, 2011 at 5:24 PM  

Ariffah

Syukran atas coretan. Dan terima kasih juga atas pandangan itu.

Semoga Allah redha
BroHamzah

mu'minah August 20, 2011 at 10:40 PM  

salam

tentang cadangan majalah antum nanti, insyaallah,kita menyokong 100% sebarang usaha mbanyakkan lagi majalah2 islam. kita wajib baiki masyarakat melalui penulisan. Even kita merdeka dulu pun antara majalah yg paling berpengaruh membuka minda masyarakat ketika itu ialah majalah Pengasuh yg mengajak kembali kepada Islam.

dan peranan para sasterawan dan wartawan2 yang mencapahkan pemikiran oramg2 melayu ketika itu untuk membebaskan diri drpd cengkaman penjajah secara hakikatnya, juga secara maknawinya (penjajahan pemikiran)

betapa hebatnya peranan penulisan dalam mengubah pemikiran,sikap dan keadaan sesuatu bangsa. ayuh sama2 sokong semua majalah islam dalam membina masyarakat dan mencorakkan minda mereka dgn warna2 islam yg sebenar.

احلام اليوم حقائق الغد!!!

mimpi hari ini adalah kenyataan hari esok

Jadi, usah takut utk bermimpi. kami semua doakan

BroHamzah August 21, 2011 at 12:15 AM  

mu'minah

Wassalam, alhamdulillah. Semoga Allah SWT berikan kekuatan untuk kita menggerakan cita-cita ini.InsyaAllah.

BroHamzah

Post a Comment

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP